View: 3562|Reply: 34
|
[Tempatan]
Rezeki musim tengkujuh: Siput laut mendarat di Pantai Rusila
[Copy link]
|
|
Edited by Nahnukutu at 21-11-2020 12:44 PM
Siput laut mendarat di Pantai Rusila
MyMetroMutakhir
SIPUT laut yang kini boleh diperolehi di Pantai Rusila. FOTO Bernama.
BERNAMA
Marang: Isinya sedap seperti sotong dan cengkerangnya yang cantik boleh dibuat hiasan, menyebabkan Pantai Rusila dekat Kampung Rhu Dua di sini menjadi tumpuan orang ramai, untuk mencari siput laut yang banyak terdampar pada musim tengkujuh kali ini.
Kebanyakan penduduk berusia lebih 50 tahun yang ditemui Bernama mendakwa, siput laut itu hanya pernah dilihat ketika mereka masih kecil kira-kira 40 tahun lalu dan tidak pasti apakah nama atau spesis sebenar siput itu.
Kamariah Mohammad, 64, berkata, kemunculan semula siput laut itu sejak dua hari lalu, mengimbau kembali kenangannya sewaktu kecil dan dia teruja dapat menikmati isi hidupan laut itu yang sangat enak untuk dimakan dengan pelbagai jenis masakan.
"Mak cik saja datang ke pantai ini sebab tengok makin ramai cari siput laut, lagipun rumah dekat sahaja. Tak sangka pula, siput laut ini masih wujud sebab sudah lebih 50 tahun tak nampak.
"Kebanyakan yang datang cari siput laut ini tidak jual sebab mereka nak rasa sendiri... Ada yang agihkan kepada penduduk kampung dengan niat berkongsi rezeki," katanya ketika ditemui Bernama di sini.
Tahun lalu, Pantai Rusila menjadi tumpuan orang ramai disebabkan fenomena kerang bulu yang terdampar dalam jumlah banyak, namun pada musim tengkujuh kali ini, jumlah siput laut pula lebih banyak ditemui berbanding kerang.
Seorang lagi penduduk Kampung Rhu Dua Muhammad Nasaruddin Ramli, 26, berkata, dia memperoleh hampir tujuh kilogram (kg) siput laut, setelah mencari hampir tiga jam.
"Semalam dapat hanya tiga kg dan keluarga kata sedap dibuat gulai masak lemak serta masak tumis serai. Saya niat hendak sedekah pada saudara dan jiran yang tidak berkesempatan datang hari ini," katanya yang tidak pernah melihat siput itu sebelum ini.
PENDUDUK tempatan mencari siput laut yang banyak terdampar di Pantai Rusila, Kampung Rhu Dua. FOTO Bernama.
Selain mencari siput laut, pengunjung yang datang juga tidak melepaskan peluang bermandi-manda dan bersantai bersama keluarga berikutan cuaca yang agak baik, namun pada masa sama mereka mengakui sangat berhati-hati dan menetapkan had jarak agar tidak terlalu jauh ke tengah laut.
Seorang lagi penduduk, El Gamillo Habibun Tan, 40, berkata, dia ke pantai itu sejak petang semalam selepas dimaklumkan sahabatnya mengenai fenomena unik yang jarang terjadi sebelum ini.
"Alhamdulillah, musim tengkujuh di Terengganu kali ini terus memberi pelbagai rezeki dan nikmat kepada penduduk, terutama penggemar makanan eksotik. Semalam ramai ke Pantai Pandak dekat Chendering untuk mencari kerang dan hari ini, Pantai Rusila pula jadi tumpuan.
"Ada rakan saya di Sabah kata siput ini dikenali sebagai 'sikad-sikad' dan mudah ditemui di perairannya. Saya ke sini untuk merakam foto dan video, kerana mahu menyimpannya sebagai kenangan berharga sepanjang bertugas di Terengganu," katanya yang mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Marang.
Sementara itu Pensyarah Kanan Institut Akuakultur Tropika dan Perikanan Universiti Malaysia Terengganu Norainy Mohd Husin berkata, beliau akan ke Pantai Rusila untuk melihat sendiri siput laut yang didakwa sudah berpuluh tahun tidak ditemui.
"Berdasarkan gambar dan video yang saya lihat, nama saintifik siput ini ialah Margistrombus dan ia boleh dimakan.
"Siput ini banyak terdapat di perairan Indo-Pasifik termasuk Sabah dan Johor. Cuma di Terengganu, kemunculannya mungkin disebabkan beberapa faktor semula jadi yang perlukan kajian lanjut," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 November 2020 @ 12:10 PM
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Macam rupa belitong..
Iols suka je kepah, tijoh , mentarang, lala, pepahat dll..
Ritu beli pepahat dgn kelig bawa blk dr kuala selangor kot..
Sampai umah tgk abes pecah2 kulit..
Huhu
Adalah tu tertindih kat mana2..
Terpaksa pula pilih2 yg elok kulitnya baru dimasak bercili..
Dapatlah separuh je yg cantek kulit masih intact..jenuh memilih..
Yela takkan nk masak dan hidang yg tak sempurna pecah2. |
|
|
|
|
|
|
|
i is jeles...bestnya dpt cari siput laut, msk letak cili padi, bwg putih, kicap ikan sikit ke dh sedap , xyah sambal2. |
|
|
|
|
|
|
|
Sedap.. siput2 jenis gni waktu kecik2 dulu selalu makan. Korek keluar guna jarum peniti |
|
|
|
|
|
|
|
tgk news semlm ombak mcm kuat je hrap hati2 la dok kutip siput tu. xpernah mkn mcm takut lak dok tbyang siput lmbik bgetah gtu |
|
|
|
|
|
|
|
Sedapnya siput ni. Rebus dan cicah sos seafood thai yang pedas dan masam tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Tulah kecik2 dulu banyak org buat birai perhiasan |
|
|
|
|
|
|
|
Tak takut ombak ke bebudak ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
ellez replied at 21-11-2020 01:02 PM
Macam rupa belitong..
Iols suka je kepah, tijoh , mentarang, lala, pepahat dll..
Ritu beli pepahat ...
Iols kenal kepah dgn lala je. |
|
|
|
|
|
|
|
Pernah makan siput bakar kat Thailand
|
|
|
|
|
|
|
|
ellez replied at 21-11-2020 01:02 PM
Macam rupa belitong..
Iols suka je kepah, tijoh , mentarang, lala, pepahat dll..
Ritu beli pepahat ...
Sedap2 semua itu sedapppppp... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku bila tgk siput2 ni asyik terigt mkn2 kat thailand jer dapnye.tak pnh lg pegi kedai mkn nasi campor area kg2 dkt dgn laut..agaknye ada kot ye siput2 ni peniaga msk lauk siput. |
|
|
|
|
|
|
|
Baru tahu siput laut tu boleh makan. Dulu2 kat rumah aku byk koleksi kulit siput mcm ni. |
|
|
|
|
|
|
|
El Gamillo habibun tan.. fuhhh.. nama.. america latin + indon + cina.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nahnukutu replied at 21-11-2020 03:19 PM
apa rasa dia, macam sotong ka?
x pnh mkn pun. tgk video cina masak style gitu. guna lidi cungkil keluar mcm selera je nmpak. mcm dpt bygkan lemak2 masin. xpun mcm siput sedut. siput sedut tu fevret. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Pikapikachu at 21-11-2020 06:56 PM
FAv iols siput ni.. kitorg panggil siput gonggong.. buat masak sweet sour, black pepper.. fuh! Nak murah sikit g makan kat Batam.. melantaklaa puas-puas. Ntah bila laa tu.. hurmmm |
|
|
|
|
|
|
|
green~tea replied at 21-11-2020 03:51 PM
Sedap2 semua itu sedapppppp...
Tidak dilupa lokan dan juga tibeng
Rebus2 je dah memadai..cecah sos.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 21-11-2020 03:24 PM
Iols kenal kepah dgn lala je.
Bolehlah cuba..
Rasa lebih kurang sama je semua kerang kerangan tu |
|
|
|
|
|
|
|
ellez replied at 21-11-2020 08:00 PM
Tidak dilupa lokan dan juga tibeng
Rebus2 je dah memadai..cecah sos..
Pernah dgr lokan. Tibeng tak pernah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|