CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2254|Reply: 7

[Politik] Game Che Det terbongkar

[Copy link]
Post time 21-11-2020 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

Dr M sokong Muhyiddin-Azmin secara senyap, kata naib ketua AMK
Diterbitkan 3 jam lepas
Dikemaskini 3 jam lepas

Pemuda PKR (AMK) menyifatkan serangan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad ke atas presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai usaha untuk  menyokong "secara senyap" Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali.

Menyentuh kenyataan Mahathir yang mengimbas semula gerakan politik yang menyaksikan kejatuhan Pakatan Harapan (PH), Naib Ketua AMK Thiban Subbramaniam mendakwa ramai orang percaya Mahathirlah “dalang” di sebalik Langkah Sheraton yang menyaksikan kejatuhan PH dan kegagalan Anwar menjadi perdana menteri.

“Coretan Tun (Mahathir) yang menyerang Anwar adalah satu cubaan untuk melagakan, memecahbelahkan PH dan menyokong Muhyiddin-Azmin kekal berkuasa secara senyap.

“Kita semua tahu bahawa Mahathir tidak pernah ikhlas semasa PH menjadi kerajaan. Beliau yang menyusun segala langkah untuk Muhyiddin (Yassin), Azmin (Ali) dan Hamzah (Zainuddin) menyusun Langkah Sheraton.


“Baling batu dan sembunyikan tangan, ini politik Mahathir sekarang bagi memastikan Najib (Razak) dan Anwar sekaligus hilang daripada politik negara […]” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hari ini, dalam coretan di blognya, Mahathir mempertahankan keputusannya meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

Katanya, selepas Muhyiddin membawa Bersatu keluar daripada PH dan bekerjasama dengan Umno dan PAS sebagai Perikatan Nasinal (PN), PH masih berpeluang untuk kembali berkuasa ketika Yang di-Pertuan Agong bertemu ahli parlimen untuk menentukan majoriti, sebelum Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai perdana menteri.

Kata Mahathir, pada ketika itu, dia sudah mempunyai sokongan 66 ahli parlimen, namun Anwar memujuk ahli 92 parlimen PH untuk menyokong dirinya sendiri, menyebabkan jumlah 158 sokongan yang sepatutnya dimilikinya, tidak kesampaian.

“Saya kalah dan Anwar juga gagal,” kata Mahathir.

Menyentuh soal majoriti yang dibangkitkan Mahthir, memandangkan Anwar memiliki 92 sokongan berbanding 66 yang dimiliki Mahathir, Thiban memberi bayangan bahawa seharusnya bekas pengerusi Bersatu itu yang mengalah, bukannya Anwar.

Kalau anda terlepas...


Saranan murid ditahan dari naik kelas tak relevan, kata NUTP
“Siapa yang harus mengalah dalam situasi sebegini? Jika Tun tidak dapat menyokong Anwar pada masa itu bagaimana dia boleh dapatkan sokongan untuk Anwar selepas enam bulan beliau jadi perdana menteri?

“Ingat rakyat bodoh ke?"

Thiban turut menuduh Mahathir mempunyai agenda jahat menerusi rakaman audio yang bocor beberapa bulan lalu semasa mesyuarat PH dan Bersatu - yang pernah dijawab Mahathir sebagai hasil suntingan dan berniat jahat.

Thiban juga menyifatkan serangan terbuka Mahathir terhadap Anwar menunjukkan presiden PKR itu berjaya meraih sokongan.

“... Perubahan bakal berlaku dalam masa terdekat. Ini masanya untuk PH dan yang lain berdiri teguh bersama Anwar,” katanya lagi.

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2020 02:41 AM | Show all posts
I respect dengan Tun M. Walaupun dia ada konflik sepanjang 20 tahun dengan DSAI
dan dia jadi PM ke 7 lagi sekali atas perjanjian dengan DSAI dan bantuan DAP.
tapi Tun M masih lagi pegang janji dia.

Musuh adalah Musuh .

Yand DAP lidah Bercabang. Yang DSAI macam lalang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2020 02:44 AM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 22-11-2020 02:41 AM
I respect dengan Tun M. Walaupun dia ada konflik sepanjang 20 tahun dengan DSAI
dan dia jadi PM ke ...

Tun M adalah politikus yg sukar dijangka ....
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2020 02:55 AM From the mobile phone | Show all posts
abcdotcom replied at 22-11-2020 02:44 AM
Tun M adalah politikus yg sukar dijangka ....

Tapi pekuda amk pkr Thiban Subbramaniam dah boleh dan mampu menjangka startegi Tun M bervanding politikus-politikus tua PH yg suka ambik gambar ramai-ramai tu. Hmmm
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2020 08:38 AM | Show all posts
sejak aku tau masih ada bayangan TM dalam PN, hilang respek kat abahkau....
pengkhianat...sebab tu MN kacau bilau sekarang....
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2020 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 22-11-2020 02:41 AM
I respect dengan Tun M. Walaupun dia ada konflik sepanjang 20 tahun dengan DSAI
dan dia jadi PM ke ...

Akak hairan Tun M mampo pulak terima Azmin biseks, tapi anti namampus dengan Nuar biseks.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-11-2020 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh la cikgu2 tanahair ajar anak murid, nak berkuasa, cepat naik dan kekal di atas kalu, musti jadi jahat. Orang baik dan jujur memang tak ke mana di dunia.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2020 11:32 AM | Show all posts
dua_chzy replied at 22-11-2020 08:42 AM
Akak hairan Tun M mampo pulak terima Azmin biseks, tapi anti namampus dengan Nuar biseks.

Sebab Nuar dah kata macam-macam kat dia dengan motto KKM iaitu Kolusi, Korupsi dan Nepostisme.

Orang tua bukannya Melayu 100% jadi bukannya mudah lupa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:53 AM GMT+8 , Processed in 0.057793 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list