CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5089|Reply: 61

[Tempatan] Update: Bekas PANGLIMA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA: BATALKAN LARANGAN jual arak #4

  [Copy link]
Post time 22-11-2020 12:31 PM | Show all posts |Read mode
Edited by I.am.PH at 24-11-2020 11:47 AM

Patriot kecam larangan penjualan alkohol, dakwa rasuah lebih merosakkan
FMT Reporters -November 22, 2020 12:23 PM



PETALING JAYA: Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) menyifatkan tindakan melarang penjualan minuman beralkohol sebagai tidak masuk akal, sekali gus mempersoalkan pihak berkuasa jika perbuatan meminumnya lebih berbahaya daripada rasuah.

“Kita mahu tanya Ahmad Marzuk Shaary untuk menjelaskan sekiranya meminum arak atau rasuah merupakan kejahatan yang lebih besar,” kata presidennya, Mohamed Arshad Raji, merujuk kepada timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri (hal ehwal agama).

“Mana lebih bahaya kepada masyarakat dan negara kita? Kejahatan mana yang paling banyak menarik orang Melayu?”

Arshad meminta Ahmad Marzuk dan Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa supaya meneliti kes tangkapan ramai pegawai imigresen atas dakwaan pemerdagangan manusia dan ramai ahli politik kini berdepan pertuduhan rasuah.

“Kejahatan itu yang perlu diutamakan? Sama ada melarang minuman keras atau membasmi bencana rasuah dalam kalangan masyarakat Melayu,” katanya, selain menambah bahawa rasuah pada umumnya lebih banyak merosakkan masyarakat.

Mengulas pendapat Shary bahawa keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengenai penjualan minuman keras yang mungkin diperluas ke seluruh negara, Patriot berkata, itu bukan sahaja tidak perlu, malah tidak masuk akal.

Annuar baru-baru ini mengumumkan peraturan baru yang akan berkuatkuasa di semua negeri Wilayah Persekutuan Oktober depan.

Di bawah peraturan baru itu, kedai serbaneka dan kedai runcit, kedai serbaneka serta kedai ubat-ubatan Cina dilarang menjual alkohol.

“Orang ramai, terutama orang bukan Islam, sedar bahawa pemimpin PAS selalu berkata bahawa mereka tidak akan dikenakan peraturan berkaitan Islam, termasuk hudud.

“Patriot ingin mengingatkan Marzuk dan pemimpin PAS lain supaya tidak mempermainkan kata-kata mereka.

“Jika tidak, persepsi masyarakat terhadap sikap hipokrit mereka akan menjadi bertambah buruk,” kata Arshad.

Katanya, sekiranya keputsan melarang penjualan alkohol itu disebabkan isu memandu di bawah pengaruh alkohol, maka terdapat cara yang lebih baik untuk mengatasi masalah tersebut.

“Pendekatan itu mestilah melibatkan rundingan menyeluruh yang mesti melibatkan ahli perniagaan, bukan hanya kumpulan terpilih.

“Sekiranya kesihatan adalah isunya, mereka harus tahu bahawa terdapat banyak makanan dan minuman lain yang lebih bahaya berbanding bir dan minuman beralkohol ringan.

“Bukan urusan Patriot untuk mempromosikan minuman beralkohol. Tetapi menegakkan keadilan sosial, menggalakkan amalan perniagaan yang adil dan bersuara menentang taktik buli adalah sebahagian daripada urusan kita,” katanya.

Arshad berkata, rakyat hidup dalam suasana penuh toleransi, persefahaman dan saling menghormati sejak beberapa generasi lepas.

“Berdasarkan persefahaman inilah penjajah memberikan kemerdekaan pada 1957.

“Ahli politik perlu diingatkan tentang kesan keputusan mereka dalam melarang penjualan minuman keras dan tidak mengeluarkan lesen.

“Ini akan mempengaruhi pekerjaan, perniagaan kecil, pengangkutan, restoran, hotel, pelancongan, dan pendapatan negara.

“Selain itu, orang lain mungkin melihat pemimpin kita seperti Taliban,” katanya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-11-2020 12:32 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2020 12:42 PM | Show all posts
Kecaman Patriot ini ada asasnya, sebab jika kita layari SPRM Hall of Shame, jelas sekali orang kita mudah tergoda dengan jenayah rasuah...

Seperti contoh tiga muka surat pertama, 90% pesalah rasuah adalah orang kita...

https://www.sprm.gov.my/index.ph ... data-pesalah-rasuah







Malu apa Bossku...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2020 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasuah tidak mmbunuh. Arak mabuk otak tidur. Langgar orang mati maaaa. Kaum cina klu paling ramai kt malaysia ni cnfirm lagi banyak merasuah dan menindas. U balik tanah besar china sanalahh nak mabuk2.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2020 12:51 PM | Show all posts
Bir bukan minuman keras, boleh dijual di kedai runcit, kata Annuar Musa
Oleh MALAYSIA DATELINE November 22, 2020 8:20 am



Baru sahaja penyokongnya meloncat gembira dengan pengumuman bahawa semua kedai runcit dan serbanika tidak lagi dibenarkan menjual arak di Kuala Lumpur, tetapi ia telah menjadi u-turn.

Ini berikutan pengumuman Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa yang memaklumkan, bir tidak tersenarai minuman keras yang memabukkan dan masih dibenarkan dijual di kedai runcit serta serbaneka, namun perlu mengikut tempoh waktu ditetapkan.

Penjualan minuman keras di kedai ubat tradisional Cina juga dibenarkan untuk tujuan perubatan yang disahkan mengikut kategori-kategori yang ditetapkan.

“Bir masih boleh dijual di kedai sedemikian tapi pada waktu-waktu ditetapkan yang peraturan ini diguna pakai di semua negara.

“Ada garis panduan lama yang dikekalkan termasuk larangan menjual arak di tempat sensitif seperti berhadapan sekolah dan rumah ibadat,” katanya ketika mengulas garis panduan LMK (liquor yang memabukkan) di Wilayah Persekutuan, lapor Sinar Harian.

Sebelum ini, banyak pihak memperjuangkan agar arak termasuk bir tidak dijual di kedai-kedai runcit dan serbanika.

Pengumuman Annuar Musa bahawa keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak membenarkan kedai runcit menjual arak mulai Oktober 2021 muktamad di sambut gembira.

“Keputusan DBKL tidak membenarkan kedai runcit menjual arak mulai Oktober 2021 adalah muktamad,” kata Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh itu melalui ciapan di Twitternya.

Tetapi dengan pengumuman Annuar yang terbaru ini, pengumuman beliau sebelum ini tidak mengubah apa-apa.

DBKL sebelum ini mengeluarkan garis panduan minuman keras tidak dibenarkan di jual kedai runcit, serbaneka dan kedai menjual ubat tradisional Cina sekitar Kuala Lumpur bermula 1 Oktober 2021.

Ia disambut dengan baik oleh pelbagai pihak khasnya Pas dengan anggapan semua jenis arak tidak akan dijual lagi di mana-mana kedai runcit dan serbanika (7-eleven, Speedmart dan lain-lain)  di Kuala Lumpur.

Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar Pas Pusat, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, dengan penguatkuasaan tersebut ia tidak bermakna masyarakat bukan Islam tidak dibenarkan meminum minuman keras kerana ia boleh dibeli di kedai-kedai menjual arak.

Anak presiden Pas itu berharap semua pihak mematuhi arahan mahu pun garis panduan baharu itu kerana ia adalah untuk kebaikan semua dan meminta agar ia tidak dipolitikkan.

“Saya merasakan bahawa usaha ini wajar diberikan pujian dan berharap langkah ini dicontohi oleh negeri-negeri lain mahu pun pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya.

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2020 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Raja segala kejahatan adalah arak. Ada disebut dalam Quran/hadis. Rasuah pun jahat dan tak bole kompromi, tapi apa masalahnya haramkan penjualan arak?

Jahatnya arak sampai pembuat, penghantar, penjual, penghidang dan peminum arak semua dilaknat. Patriot ni Islam ke tidak?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-11-2020 01:07 PM | Show all posts
printercomel replied at 22-11-2020 04:58 AM
Raja segala kejahatan adalah arak. Ada disebut dalam Quran/hadis. Rasuah pun jahat dan tak bole komp ...




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2020 02:01 PM | Show all posts
Patriot ini adalah veteran tentera...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2020 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Akan mampus ke if tak minum arak?
Dari minum tp sebabkan kematian...  
Eloklah pun minimise tempat jualan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2020 02:11 PM | Show all posts
FB Persatuan Patriot Kebangsaan: https://ms-my.facebook.com/mafpolciv/

Website Persatuan Patriot Kebangsaan: https://patriotkebangsaan.org.my/
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2020 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
sama je rasuah dgn arak ni, mcm laki bini sehidup semati. dua2 merosakkan dan boleh memudaratkan org lain. haramkan arak, banteras rasuah.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2020 02:21 PM | Show all posts
ke dua-duanya merosakkan.
Yang mana dapat dikekang dulu, sekat.
Yang ambil masa, teruskan perjuangan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2020 02:27 PM | Show all posts
naina replied at 22-11-2020 04:48 AM
Rasuah tidak mmbunuh. Arak mabuk otak tidur. Langgar orang mati maaaa. Kaum cina klu paling ramai kt ...

Maaf sekiranya tidak berkenan, tetapi fenomena mabuk kerana alkohol ini tidak mengenal bangsa dan agama...

Adalah satu fikiran yang sempit jika beranggapan jenayah rasuah tidak membunuh...

Jenayah rasuah menjadi katalis kepada perkara yang berbahaya dan memudaratkan nyawa orang ramai...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2020 02:38 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2020 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
PEPPERMAN replied at 22-11-2020 02:21 PM
ke dua-duanya merosakkan.
Yang mana dapat dikekang dulu, sekat.
Yang ambil masa, teruskan perjuang ...

Setuju...semua kejahatan tu merosakkn
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2020 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Atuk arshad rengsa kenapa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-11-2020 04:58 PM | Show all posts
Jangan rasuah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2020 05:10 PM | Show all posts
Pendedahan SPRM baru-baru ini sungguh mengejutkan...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2020 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Pemberi rasuah kaum apa terbanyak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2020 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Patriot menyuarakan pandangan mereka demi kepentingan ramai...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:26 PM GMT+8 , Processed in 0.476851 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list