CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10821|Reply: 261

[Tempatan] Persatuan peniaga ummah suchi mohon kerajaan pertimbangkan semula keputusan lara

  [Copy link]
Post time 23-11-2020 08:20 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Modngengade at 24-11-2020 11:57 AM

KUALA LUMPUR - Persatuan peniaga Cina memohon kerajaan mempertimbangkan semula keputusan muktamad larangan penjualan arak di tiga jenis premis seperti kedai runcit, kedai serbaneka dan ubat Cina susulan daripada keputusan yang dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) baru-baru ini.

Pengerusi Persatuan Peniaga Minuman Keras Cina Selangor dan Kuala Lumpur, Kenny Yeo Seen Kwang berkata, keputusan itu dilihat menjejaskan ekonomi peniaga di premis berkenaan.

Menurutnya, peniaga runcit dan ubat Cina kini sudah mengalami penurunan jualan pendapatan akibat penularan pandemik Covid-19.

“Langkah itu tidak hanya merugikan perniagaan, malah mengurangkan pendapatan cukai kerajaan.

“Bahkan, penguatkuasaan yang melarang kedai runcit menjual minuman arak juga membawa kesan daya saing mereka berbanding dengan pasar raya yang mempunyai lebih banyak barangan untuk pilihan pengguna,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Kenny Yeo berkata, pihaknya berharap kerajaan dapat mempertimbangkan semula keputusan larangan di tiga premis berkenaan agar peniaga dapat meneruskan perniagaan.

“Kami memohon agar pihak berkuasa boleh mempertimbangkan cadangan dan pendapat kami demi kebaikan pengguna dan peniaga.

“Dari segi operasi dan pelaksanaan penjualan arak, kami akan mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang ditetapkan sebelum ini,” katanya.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... a-rayu-pertimbangan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2020 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebab cina nampak drunk driving ni masalah pemandu bukan masalah arak.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan jualan kedai runcit tu rancak ka skrg.. Lagi laku dari sebelum  covid-19
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 08:44 AM | Show all posts
Kenny Yeo berkata, pihaknya berharap kerajaan dapat mempertimbangkan semula keputusan larangan di tiga premis berkenaan agar peniaga dapat meneruskan perniagaan.
larangan penjualan arak di tiga jenis premis seperti kedai runcit, kedai serbaneka dan ubat Cina

kedai runcit dan kedai serbaneka patut nya tak jual arak pun ...

kedai ubat cina ... kalau betul untuk perubatan boleh jer rasa nya...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2020 08:53 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 23-11-2020 08:22 AM
Sebab cina nampak drunk driving ni masalah pemandu bukan masalah arak.

Betul sis akak setuju sangat2...pengedar2 dadah pun nampak masalah mat pet yg bunuh orang setelah high disebabkan oleh mat pet tersebut, bukan disebab dadah kan?

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Modngengade replied at 23-11-2020 08:53 AM
Betul sis akak setuju sangat2...pengedar2 dadah pun nampak masalah mat pet yg bunuh orang setelah  ...

Arak ini dah tahap ruji bagi orang cina. Cuba ban budu boleh? (contoh untuk melayu yg cuba nak faham)

Setakat ni diorang takde masalah guna pendekatan yg lebih bersasar untuk drink driving mcm stricter penalty etc.

Rempit pun masalah. Ban motorsikal?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-11-2020 09:13 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 23-11-2020 09:05 AM
Arak ini dah tahap ruji bagi orang cina. Cuba ban budu boleh? (contoh untuk melayu yg cuba nak fah ...

Budu adalah ruji sskjp...namun akak kawatir yg kemudaratan budu tidak begitu ketara jika dibandingkan dgn arak




Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 09:17 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 23-11-2020 09:05 AM
Arak ini dah tahap ruji bagi orang cina. Cuba ban budu boleh? (contoh untuk melayu yg cuba nak fah ...
Arak ini dah tahap ruji bagi orang cina. Cuba ban budu boleh? (contoh untuk melayu yg cuba nak faham)
FC anggap ayat ni kira nya untuk yang "ketagih" la gtu ...

perbandingan yang bagus ... cuma impak minum arak dan makan budu tu agak ketara perbezaan nya ...

lagipun arahan larangan tu kat kedai runcit dan serbaneka ... yang kedai ada mempunyai lesen ... masih boleh lagi ke camne...?


satu lagi ...
Arak ini dah tahap ruji bagi orang cina.
kalau dah kira ruji tu ... kebiasaan ... rasa nya tak lah sampai mabuk kan ...
masalah kat sini... yer ke bangsa cina jer ...? tu persoalan nya ...

Setakat ni diorang takde masalah guna pendekatan yg lebih bersasar untuk drink driving mcm stricter penalty etc.
Ini FC setuju 1000%

kalau langgar sampai mati sebab kandungan alkohol tinggi dalam badan masa tu ... hukum gantung sampai mati juga ...
kalau membunuh sebab mabuk ... pun patut nya  hukum bunuh juga ...




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2020 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Modngengade replied at 23-11-2020 09:13 AM
Budu adalah ruji sskjp...namun akak kawatir yg kemudaratan budu tidak begitu ketara jika dibanding ...

Betul. Arak, budu, durian, rokok punya tempat yang sangat berbeza di hati manusia.

Aku bagi contoh sebab mungkin ada orang cuba nak faham. Ada ja orang yg memang tak nak faham. So terserah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2020 09:25 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 23-11-2020 09:22 AM
Betul. Arak, budu, durian, rokok punya tempat yang sangat berbeza di hati manusia.

Aku bagi con ...

ketagihan benda yg x mudarat dgn ketagihan benda yg mudarat dua perkara yg berbeza sister, kau sekolah tak?
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Aik? Still ada isu ke? Ke mmg ada kedai yg menjual arak sblom ni?
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 23-11-2020 09:17 AM
FC anggap ayat ni kira nya untuk yang "ketagih" la gtu ...

perbandingan yang bagus ... cuma impa ...

I won't say ketagih lah just casual drinker pun mahu kan hak mereka untuk enjoy their hobby dgn aman tidak di ceroboh.

Tentang bukan cina yang sebenarnya penyebab masalah itu i tak mau komen.

Mabuk bawak keter langgar orang mati tu pun banyak implikasi perundangan. It's not as straight forward as mabuk bunuh orang. Biar orang yg faham undang2 yg komen.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols takleh brain bila ada org nak samakan level arak dgn budu dan doyan.
Tak tau pula minum arak ni hobi sesetengah org. Yg iols tahu, org yg merasa arak sbg hobi bknnya minum sampai mabuk. Ke depa minum sampai mabuk juga? Sapa tau?
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 12:50 PM | Show all posts
Tukak bisnes saja la ahpek

apa lu ingat olang2 sumua mati ka jikalau
talak juai ALAK,  hohh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2020 12:51 PM | Show all posts
Tinot7 replied at 23-11-2020 12:46 PM
Iols takleh brain bila ada org nak samakan level arak dgn budu dan doyan.
Tak tau pula minum arak  ...

Rujuk komen akak #10


kan....umpama membandingkan apple dgn durian....akak senyum sinis dgn heshe....moga sel2 otak beliyau lebih berhubung dimasa2 akan2 dtg

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 23-11-2020 09:22 AM
Betul. Arak, budu, durian, rokok punya tempat yang sangat berbeza di hati manusia.

Aku bagi con ...

Kahkahkah...arak sesuatu yg intoxicated nak dibandingkan dgn budu, durian, rokok !!!

Adoiiyaii....akai ada kaa tambii.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2020 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Sepatutnya persatuan peniaga-peniaga dan pekebun melayu daun herba ketum dan herbs ganja pun buat permohonan kepada kerajaan supaya dapat dipertimbangkan balik keputusan kerajaan mengharam dan menghukum keras peniaga-peniaga daun ketum dan ganja melayu. Daun buat ubat aje pun. Yg salah guna tu isu lain. Sekali sekala bantulah peniaga dan industri melayu
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 23-11-2020 12:46 PM
Iols takleh brain bila ada org nak samakan level arak dgn budu dan doyan.
Tak tau pula minum arak  ...

Tak sama bagi kita tapi sama bagi orang lain. Itu lah perlu nya kita meletakkan kaki kita ke dalam kasut orang lain dan melihat dari perspektif mereka.

Betul ia amat susah tapi ada yang mampu melaku kan nya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Redskin replied at 23-11-2020 01:21 PM
Kahkahkah...arak sesuatu yg intoxicated nak dibandingkan dgn budu, durian, rokok !!!

Ado ...

Aku tak kata benda tu sama tapi perbandingan itu boleh membantu kalau ko nak cuba melihat isu dari perspektif orang lain.

Kalau tak mau pun tak apa.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 02:32 PM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 22-11-2020 10:33 PM
Decaffeinated replied at 22-11-2020 10:28 PM
Aku tak kata benda tu sama tapi perbandingan itu boleh membantu kalau ko nak cuba melihat isu dari ...

Agama juga menjadikan manusia menjadi gila dengan membunuh berperang bomb sana bomb sini.. jadi adakah agama juga harus di haramkan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 10:26 PM GMT+8 , Processed in 0.077277 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list