Dalam satu laporan media baru-baru ni, terdapat pakar perubatan menyatakan ketum sebenarnya tidak membawa sebarang mudarat kepada pengamalnya. Kajian itu dilakukan oleh Dr Rusli Abd Rashid dari Pusat Pakar Perubatan Universiti Malaya (UMSC). Selain itu, kajian dari Universiti Sains Malaysia (USM) juga menyenaraikan kebaikan ketum dalam dunia perubatan. Daun ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin. Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, juga bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan serta bagi merawat sakit belakang. Bagi mereka yang melakukan kerja berat seperti di ladang atau nelayan, tumbuhan ini dikatakan mampu memberi tenaga dan mengurangkan keletihan. Sumber: unhas.ac.idDifahamkan daun ketum juga adalah herba yang paling mujarab diantara herba alternatif yang dicuba dalam mengawal kadar gula dalam darah. Rebusan melalui daun yang kering juga digunakan sebagai tonik untuk menghilangkan rasa lesu, rasa lenguh, kejang otot, keradangan dan juga lelah.
|