CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3775|Reply: 20

“Retak Tempurung Kepala, Pendarahan,” - Doktor Tergamam Lihat CT Scan Otak Baby

[Copy link]
Post time 23-11-2020 10:37 AM | Show all posts |Read mode
Mungkin ada ibu bapa yang mengambil mudah tentang penggunaan baby walker terhadap anak-anak.

Rata-rata tujuan ibu bapa menggunakan walker adalah untuk memudahkan proses pergerakkan bayi ketika tidak dikendong.

Bagaimanapun seorang Pegawai Perubatan Pediatrik, Dr Redza Zainol menerusi akaun Facebook miliknya berkongsi satu insiden yang boleh dijadikan sebagai pengajaran buat ibu bapa.



Foto: Premier Health


Menurut Dr Redza, sepasang suami isteri berdepan saat cemas apabila walker yang dinaiki anak mereka terbalik sebelum terjatuh di tangga.

“Saya tergamam bila lihat keputusan CT scan otak bayi ni. Bayi ini naik baby walker dan entah macam mana walker tu terbalik dan dia jatuh di tangga.

“Tangga tu tak tinggi pun, tapi CT scan sahkan dah ada pendarahan dalam otak siap retak tempurung kepala anak tu.

“Lidah saya kelu. Saya dan doktor lain cuma mampu merujuk bayi itu ke hospital yang lebih besar untuk dia dapat rawatan yang lebih baik.

“Ayahnya tersandar di dinding. Ibunya pula hanya mampu duduk di sebelah anak. Benda dah jadi. Menyesal pun tak guna,” kongsinya.

Tambah Dr Redza lagi, kes melibatkan baby walker juga banyak tidak kira sama ada di Malaysia atau pun luar negara.

“Sebenarnya selain terjatuh, banyak kes bayi dikejarkan ke hospital sebab tersepit dan melecur kulit ketika menggunakan baby walker.

“Di Canada sana, baby walker dah diharamkan sepenuhnya. Menurut American Academy of Pediatrics, mereka tegas mengatakan baby walker tak boleh diletakkan di rumah atau pusat penjagaan kanak-kanak,” tulisnya.




Dalam pada itu, Dr Redza juga turut berkongsi cadangan yang mungkin boleh digunakan oleh ibu bapa untuk mengelakkan insiden tidak diingini berlaku kepada bayi.

“Salah satu cadangan American Academy of Pediatrics yang saya suka ialah untuk mak ayah gunakan “Play yards atau Playpens”.

“Kita cipta satu ruang yang selamat untuk letakkan bayi kita yang dah pandai duduk, menyelar, merangkak dan berdiri.

“Bila buat macam ni, dia takkan dapat bergerak sampai ke tangga, bawah meja atau dapur tanpa mak ayah sedar.

“Sambil mak ayah buat kerja yang banyak kat rumah tu, bayi kita boleh main dengan permainan yang kita dah letak kat dalam tu. Adik beradik lain yang dah besar pun boleh tumpang main sekali.

“Walaupun kita tak guna baby walker, tetap kena pantau anak kecil tu supaya sentiasa dalam keadaan selamat," jelasnya.  

Sehingga kini, perkongsian itu meraih lebih 1200 di Facebook selain ratusan komen-komen netizen yang bersetuju dengan penulisan Dr Redza. -CARI


Sumber:  Gempak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2020 10:55 AM | Show all posts
yatt sejadah, sila take note!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Playpen murah saja.. Aku ada beli hadiah kat xicit tok..

Rasanya byk kali kes mcm ni..tak salah aku rasanya parenting tips pun tak galakkan guna baby walker ni.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 11:14 AM | Show all posts
Banyak alasan parents guna sebab nak letak baby sementara dorg mandi, masak etc. Belila jumper tu. Letak kat dapur, depan bilik air, tv etc masa korang buat kerja. Tak begerak pun benda tu. Lagi selamat and menarik boleh lompat-lompat.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 11:22 AM | Show all posts
betul walker mmg bleh buat budak tertomoih... tp kalu dh mak bz sgt nak wat gumana kan
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak no 1 iols guna
Tapi mmg seluruh ruang tamu iols letak.eva mat tu...
Pastu bila baca risiko..anak no 2 n no 3 iols tak guna dah...
Biaq pi depa nak terlentang terlungkup kat karpet tebal tu...hahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2020 12:16 PM | Show all posts
mak bapak pun malas pikir..
dah tau rumah bertangga, pi guna walker..
pastu tinggal takde pengawasan..
ko pikir walker tu nanny jaga anak ke..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 12:19 PM | Show all posts
penah guna juga tapi hakak ikatkan tak la aktif merata2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2020 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak berani nak guna dah la rumah iols byk barang
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
entah lerr malas nk nasihat mak2 mcm ni bkn kisah pon kalau org nasihat. so lantak kan je.tgk la iq2 mak pak bengap level2 aeril wawa jah. suruh guna car seat bukan main susah lg. aeril wawa tu nmpk mcm jnis mak pak pemalas. malas nk siapkan ank, mls nk masukkan ank dlm car seat. yg pnting mekap x tggal
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
manehnya: betul walker mmg bleh buat budak tertomoih... tp kalu dh mak bz sgt nak wat gumana kan


kalau busy yg amat sgt smpai terpaksa guna walker maksudnya xmampu nk ada ank kecik la tu. so jgn beranak, jgn susahkn hidup ank tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz: Anak no 1 iols gunaTapi mmg seluruh ruang tamu iols letak.eva mat tu...Pastu bila baca risiko..anak no 2 n no 3 iols tak guna dah...Biaq pi depa nak t ...



kenapa dgn eva mat? sbb kurang rangsangan kah kaka?
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 03:13 PM | Show all posts
Sangat bahaya lagi2 baby yang aktif dan pandai keluar sendiri dari walker. Kalau terjatuh kena kat kepala dulu bahaya sangat macam kes ni.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 04:00 PM | Show all posts
alahai...


kesiannya kat baby. moga cepat sembuh yea baby...


Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 04:21 PM | Show all posts
Rasanya dari dulu dah ramai melarang penggunaannya tapi masih ramai yang tak ambil peduli hingga kemalangan berulang semula.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 05:04 PM | Show all posts
anak first aku guna baby walker.. masa tu tak tau.. alhamdulillah takde kejadian pelik2 bahaya yg berlaku. Tapi dia memang lebih bebas ke tempat2 yg sepatutnya dia tak boleh sampai.. capai2 barang atas meja.. sbb dia dah bole berdiri guna walker tu.

Anak2 seterusnya (4 lagi) tak guna walker. Jenis bergayut kat kaki jugak payah buat keje.. tapi usaha jugak. Paksa diri utk tak guna walker.. jangan beli walker. Beli playpen. Letak dekat dengan ruang dapur kalau tengah memasak.

Anak yg first dulu mmg cepat berjalan.. 9bln lebih dh berjalan. Itu yg orang kata bagus guna walker. Walhal.. anak tu dh skip banyak proses.. proses merangkak.. jatuh berpapah .. rugi2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2020 06:03 PM | Show all posts
Tak pernah guna plus Canada haramkan penjualan.

Tak da masalah nak mandi atau masak.

Ada playpen dan high chair, so letak anak kat situ...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 04:11 AM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous: entah lerr malas nk nasihat mak2 mcm ni bkn kisah pon kalau org nasihat. so lantak kan je.tgk la iq2 mak pak bengap level2 aeril wawa jah. suruh guna  ...


Gosokkan gigi anak ikat rambut anak pun diorg xbuat kan...
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2021 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
walker ni parents kena monitor jugak lah if nak pakai. definitely not for you to let your baby in walker pastu u tinggal.. bukan bahaya jatuh je, sometimes baby tu can tarik2 anything.. kena kat dia ke ape.. just dontttt use this!
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2021 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak2 i takde sorang pun guna walker.
Dapat hadiah walker, I jual kat mudah dot com

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 11:43 PM GMT+8 , Processed in 0.071055 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list