CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5594|Reply: 101

[Tempatan] Sarawak bakal miliki syarikat penerbangan sendiri

[Copy link]
Post time 23-11-2020 05:48 PM | Show all posts |Read mode
Sarawak bakal miliki syarikat penerbangan sendiri
    myMetromutakhir
Melvin Joni

Kuching: Kerajaan Sarawak optimis menubuhkan syarikat penerbangan sendiri bagi membolehkan negeri ini dihubungkan dengan lokasi strategik seperti Hong Kong, Korea, Jepun, Australia termasuk destinasi berdekatan yang lain.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata melalui perhubungan udara yang strategik seperti itu, ia akan membawa serta meningkatkan kemasukan pelancong ke Bumi Kenyalang ini.

"Kami masih menelitinya (rancangan menubuhkan syarikat penerbangan sendiri) dan saya optimis kita mesti mempunyai syarikat penerbangan sendiri untuk berhubung dengan lokasi strategik bagi membawa masuk pelancong ke Sarawak.

" Kerajaan Sarawak sebelum ini ada merancang untuk membeli bahagian syarikat penerbangan tertentu namun ia tidak dapat dilaksanakan disebabkan syarikat penerbangan terbabit mempunyai tanggungjawab tertentu," katanya.

Beliau berkata demikian semasa Webinar Ketua Menteri bertajuk 'Bajet Sarawak 2021: Menuju Masyarakat Berpendapatan Tinggi Pada 2030' yang dianjurkan oleh Persekutuan Perniagaan Sarawak, hari ini.

Beliau berkata, jika melalui pembelian atau memperoleh saham serta berada di blok minoriti, ia tidak memberi kesan dan oleh itu lebih baik menubuhkan syarikat penerbangan sendiri.

Selain itu, Abang Johari berkata usaha sedang dilakukan bagi menghidupkan semula dan meningkatkan hubungan udara dengan melakukan penerbangan sewaan dari Sarawak ke negara berdekatan seperti Singapura.

"Saya telah meminta Hornbill Skyways Sdn Bhd (pengendali perkhidmatan pesawat sewaan di Sarawak) untuk melihat kemungkinan menyediakan penerbangan sewaan.

"Dengan pandemik Covid-19 secara drastik, ia banyak mempengaruhi industri terutama pelancongan. Penerbangan sewaan dapat berfungsi sebagai salah satu aset yang dapat dimanfaatkan untuk memacu sektor pelancongan negeri," katanya.

Sementara itu, Abang Johari berkata Kerajaan Sarawak merancang untuk memperluaskan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) memandangkan lapangan terbang ini sudah mencapai kapasiti penuh.

"Berdasarkan statistik yang diterima, LTAK yang ditetapkan kapasiti lima juta penumpang setahun tidak lagi dapat menerima jumlah penumpang yang ditetapkan. Oleh itu, rancangan mesti dibuat sekarang untuk mengatasi masalah ini.

"Masih terlalu awal bagi saya untuk mengungkapkan apa yang ada di fikiran kami pada masa ini, tetapi kami pasti mencari lapangan terbang yang lebih besar untuk menampung peningkatan jumlah penerbangan dan potensi kedatangan pelancong selepas wabak Covid-19," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 November 2020 @ 4:52 PM

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2020 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Antara cara cara nak kasi periap hasil bumi dan minyak Sarawak?????

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by PristineOne at 23-11-2020 06:22 PM

Boleh belajar ngan bosAsia...mcm mana dia deal ngan Ayerbas ...berapa tumbuk rusuk yg dapat atas tiap satu keterbang....yang mana biaya beli kapal datang dari public fund dan duit loan yg airline tanggung.  

Tu la Bowing tak pandai....Ayerbas tao rate tumbuk rusuk nak kasi personal kat Bigboss Asia
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow tatkala company penerbangan lain bakalan bungkus, sarawak nk tubuh yg baru...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Bakal menjadi seperti rayani air kah
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 06:15 PM | Show all posts
Except for COVID 19, saya rasa memang dah sampai waktu nya Sarawak buka penerbangan sendiri. They can focus domestic flight untuk tourism.  Upgrade rumah panjang di kawasan kawasan dan yang penting infrastructure lain juga
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2020 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh jer deal ngan Malindo.....banyak kapal Malindo gronded..... satu kapal boleh amik 5-6 juta perbezaan harga....kalao airline baru nak tubuh...paling tidak satu fleet kena ada 10 kapal minimum.....situ dah ada 50-60 juta...kalao kengkunun nak serve Asia Pasifik kena lak ada widebody sikit....lenjan lagik 50-60 juta perbezaan harga kapal.

Apa ada hal....bukan pakai duit elaun Dewan Undangan dan gaji menteri....beli kapal pakai duit kerajaan negeri.  Ni la masa nak periap hasil bumi negeri sendiri.
Bila lagi...

Zaman Tok Uban dah berlalu...dari Datu Patinggi dah pakai gelaran diraja - Pehin

Tok Nan pun dah aruah...

Senang jer...tubuh ja airline negeri - lingkup setahun dua lagi....apa ada hal...Janji 100 juta masyukkk...

Jual kapal masa airline negeri melingkup esuk....ada chance buat duit lagik..

Syabas semua..... Good idea semua nih demi kesejahteraan negeri

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
apa yg menarik di Sarawak untuk dilawati...??????? Sampaikan nk ada syarikat penerbangan sendiri bawa pelancong msk.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2020 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Stupid idea by Sarawak Gomen
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok lah tu, pasni boleh buka lebih bnyk route ke pedalaman2 srwk, boleh la bantu rakyat sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
apa yg ada kt Sarawak..?

Pantai2 pon banyak belum di komersilkan..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus juga

tengok pada saiz, sarawak patut ada sekurangnya 3 lapangan terbang antarabangsa
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 09:26 PM | Show all posts
Skuau replied at 23-11-2020 07:08 PM
apa yg menarik di Sarawak untuk dilawati...??????? Sampaikan nk ada syarikat penerbangan sendiri baw ...

Selain dari tourism, ianya lebih kepada kemudahan dan praktikaliti. Sebagai contoh Royal Brunei Link, yang menghubungi Kuching, Sibu, Bintulu ke Brunei, demand amat meberangsangkan dimana kos untuk connecting international from Brunei lebih kos effective daripada menggunakan KLIA2.

I think ini yang kerajaan Sarawak nampak pada masa ini...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 09:34 PM | Show all posts
jangan sempitkan pemkiran..

Tau ka anda, sayur midin, ikan talapia dan patin Sarawak diterbangkan setiap hari ke Singpura sekarang.


Pd masa ini, 2 hub pengangkutan udara sedang dibina supaya dapat diterbangkan ke negara lain terus dari ladang...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan katanya operasi MAS di Sarawak pun di subsidized oleh international operations. Viable ka nak setup airline sendiri?
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
dizekni replied at 23-11-2020 08:50 PM
Bagus juga

tengok pada saiz, sarawak patut ada sekurangnya 3 lapangan terbang antarabangsa

Airport Kuching, Sibu, Bintulu, Miri tu semua International bro. Ada immigresen untuk ummah Malaya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2020 09:46 PM | Show all posts
cmf_shalom replied at 23-11-2020 09:34 PM
jangan sempitkan pemkiran..

Tau ka anda, sayur midin, ikan talapia dan patin Sarawak diterba ...

Rasa nya jumlah Airport kat Sarawak lebih banyak dari Semanjung kot....
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Reymz replied at 23-11-2020 09:26 PM
Selain dari tourism, ianya lebih kepada kemudahan dan praktikaliti. Sebagai contoh Royal Brunei Li ...

Apa destinasi dari Brunei yg tak boleh fly dari Kuching?
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 09:48 PM | Show all posts
sesuai ke dgn situasi sekarang? airline yg dah established pon semput ...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 09:51 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 23-11-2020 09:47 PM
Apa destinasi dari Brunei yg tak boleh fly dari Kuching?

Mostly dari Kuching pun kena transit KLIA. One good thing transit kat Brunei nie, Airport dia kecil dan tak crowded sangat... memang santai dan relax
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada Bezza pada 2023
ultra78'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada
Views : 9488 Replies : 28
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 5956 Replies : 63
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6218 Replies : 20
Janji manismu
maklukpenggodaJanji manismu
Views : 25419 Replies : 2
Kekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon sewaktu ketibaan jenazah komander firdaus di masjid sungai nibong
YgBenarKekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon
Views : 4714 Replies : 15
Penyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut Hak’ – Kenyataan Watak Imani Dalam ‘Lelaki Itu’ Mula Dibenci Netizen
YgBenarPenyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut
Views : 13226 Replies : 172
'Diam sajalah Sanusi'
maklukpenggoda'Diam sajalah Sanusi'
Views : 5021 Replies : 8
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 17996 Replies : 89
Betul ke tu….cinter?
stingerkentotBetul ke tu….cinter?
Views : 16382 Replies : 15

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:02 PM GMT+8 , Processed in 0.082994 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list