CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4470|Reply: 24

[Jenayah] Lagi dan lagi... Saksikan video Leftenan Kolonel dan Brigadier Jeneral (Bersara)

  [Copy link]
Post time 23-11-2020 08:05 PM | Show all posts |Read mode
Edited by I.am.PH at 24-11-2020 02:39 AM

Pegawai kanan, pesara didakwa seleweng RM920,000
Isnin, 23 November 2020 @ 3:19 PM


Kuala Lumpur: Seorang pegawai kanan tentera Akademi Latihan Ketenteraan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan pesara didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, masing-masing atas dua pertuduhan pecah amanah serta salah guna harta berhubung skim pelaburan yang tidak wujud berjumlah RM920,000.

Pengarah Akademi Leftenan Kolonel Azman Mohamed Yasin, 57, dan bekas komandan akademi Brigadier Jeneral (Bersara) Datuk Mohamad Adkaa Solahuddin, 63, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Mahyon Talib.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, mereka yang ketika itu masing-masing pengarah dan komandan akademi berkenaan didakwa melakukan pecah amanah dengan meluluskan pembayaran berjumlah RM500,000 dan RM420,000 milik Tabung Kebajikan Akademi untuk pelaburan melalui institusi kewangan tidak berdaftar dan tidak sah.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di akademi berkenaan di UPNM, Kem Perdana Sungai Besi di sini antara 3 Ogos dan 23 September 2016 mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua lelaki itu masing-masing turut didakwa atas pertuduhan pilihan menyalahgunakan RM500,000 dan RM420,000 di tempat dan masa sama, mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Shafini Mustafha menawarkan jaminan RM100,000 bagi semua pertuduhan terhadap kedua-dua tertuduh dengan seorang penjamin, berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah dan melapor diri ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang berdekatan setiap bulan sehingga kes selesai.

Azman yang diwakili peguam Mohd Amir Aizat Abdul Rani memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya tidak mempunyai sumber pendapatan lain selain gaji yang diperoleh sebagai pengarah akademi tersebut.

"Anak guam saya masih menanggung isteri serta empat anaknya dan beliau juga sedang dibicarakan di Mahkamah Tentera berkaitan tuduhan hari ini. Saya mohon jaminan rendah dibenarkan," katanya.

Mohamad Adkaa yang diwakili peguam Nur Asyikin Zakaria memohon jaminan dibayar secara berkala sebelum atau pada 7 Disember kerana dia hanya mampu membayar RM15,000 pada hari ini dan menggunakan wang pencen untuk meneruskan kehidupan.

"Anak guam saya juga mengalami penyakit lemah jantung dan masih mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) ketika ini. Beliau juga tidak pernah gagal melapor diri di pejabat SPRM sejak direman pada Februari tahun ini," katanya.

Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh masing-masing diikat jamin RM80,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah dan melapor diri setiap 1 haribulan di pejabat SPRM berdekatan serta turut membenarkan permohonan Mohd Adkaa untuk membayar baki jaminan pada atau sebelum 7 Disember.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 22 Disember.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-11-2020 08:10 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2020 08:12 PM | Show all posts
Maka tidak hairanlah Patriot bersuara...

Patriot kecam larangan penjualan alkohol, dakwa rasuah lebih merosakkan: “Mana lebih bahaya kepada masyarakat dan negara kita? Kejahatan mana yang paling banyak menarik orang Melayu?”
https://mforum1.cari.com.my/foru ... ead&tid=1224496


Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 08:44 PM | Show all posts
ni tanda2 pru nak dekat sangat setiap kali PRU mmg ternampak pattern begini.  
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah capai KPI?
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
sudah tiba masanya sprm gepur tentera
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-11-2020 02:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Jauhi rasuah...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Benda dah well known dlm kem..dari sekecil2 projek hingga sebesar2 tender...

Mentang2 la boleh letak MP/Provos jaga pintu masuk..SPRM takkan tgk je kut..?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-11-2020 08:40 AM | Show all posts
Tidak lama lagi bolehlah gambar mereka masuk dalam...

SPRM Hall of Shame...

https://www.sprm.gov.my/index.ph ... data-pesalah-rasuah

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 09:55 AM | Show all posts
tered yg bakalan sendu sbb OKT nya adalah...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 10:02 AM | Show all posts
apepun aku rasa sprm zaman pn walaupun tak smpi sethn berganda2 bagus drpd zaman ph. zaman ph trending sebab bocorkan rakaman pasal najib tu je kan tak silap aku
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2020 10:34 AM | Show all posts
Ish... tak habis-habis...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2020 10:39 AM | Show all posts
[youtube]cNHmsEdCBOo[/youtube]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2020 10:46 AM | Show all posts
[youtube]pn6MYEC8K5Q[/youtube]
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 10:47 AM | Show all posts
Apa nak jadi Malaysia ni. Tak cukup lagi ke dengan gaji, pencen, pangkat, kuasa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2020 10:48 AM | Show all posts
Bulan lepas tentera juga! Sampai RM3.5 juta!

Ish... ish... ish... apa nak jadi lah...

[youtube]2GqiNyeM1IM[/youtube]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-11-2020 12:09 PM | Show all posts
Saya merasa sedih apabila melihat SPRM Hall of Shame...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2020 01:53 PM | Show all posts
Dah boleh join dengan Bossku di Hall of Shame SPRM...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2020 03:14 PM | Show all posts
Lagi dan lagi....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2020 03:52 PM | Show all posts
Sungguh menakutkan...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:23 PM GMT+8 , Processed in 0.082836 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list