CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: I.am.PH

[Jenayah] Saksikan video pakcik tua berkain pelikat tembak anjing, jika ada warga forum ke

[Copy link]
Post time 23-11-2020 10:56 PM | Show all posts
Kesihanya pada pakcik tua ni tak ada pepiling lansung!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2020 11:16 PM | Show all posts
apa ini pakcik, buang peluru betul. Len kali beli sardin satu tin, campur racun pastu baling je kat anjing tu. Setel.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
MissYouSayang replied at 23-11-2020 10:21 PM
i plak gabra bila nampak hanjeng dr jauh ,tacod kena kejar je..

i pnh kene kejar..hampir2 kaki kene kokak..mmg trauma smp skrg..tiap kali nmpk anjing mmg berdebar2..walau i duk dlm kete tp anjing lalu je kt luar kete berdebar2 nye x tau nk ckp..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
tapi kes ni kesian plak dengar anjing tu merintih kesakitan..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 11:36 PM | Show all posts
kat sini langsung tak da anjing liar,
tak tahu camana dorang buang, tapi wajib
daftar dan anjing mesti pakai colar
dengan phone number, kalau tak da, hantar pusat lindungan yang
me pasti kemudian ditidurkan kalau tak da sapa adopt.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Lililisa replied at 23-11-2020 11:27 PM
i pnh kene kejar..hampir2 kaki kene kokak..mmg trauma smp skrg..tiap kali nmpk anjing mmg berdebar ...

So far alhamdulillah lom lg kena kejar..biase lau jupe je hanjeng ni i akan buat2 xnmpk & teruskan berjalan biar pon dlm hati dah berzikir mcm2....haha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-11-2020 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 23-11-2020 10:31 PM
Most anjing baik dgn manusia tu sebab orang panggil men's best friend.

i ni jenis penakut jgk la...nmpk lipas terbang je i dah kerasukan...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
MissYouSayang replied at 24-11-2020 12:06 AM
So far alhamdulillah lom lg kena kejar..biase lau jupe je hanjeng ni i akan buat2 xnmpk & teruskan ...

Anjing ni cerdik so dorang pun pandai psycho. Kalau dia tau kita takut dia jadi berani. Kita kena tunjuk kita in command baru dia respek.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2020 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebenarnye jadi satu kesalahan kalau guna senapang tembak anjing, sebab masa mohon lesen tu kan kene state reason kt polis knp nk pakai senapang. Kalau kt kampung selalu alasan diberi sbb nk tembak binatang liar mcm babi hutan. Anjing liar tak silap aku bkn kategori haiwan liar, tapi haiwan peliharaan. Kalau korg kene gigit pun korg tak layak dpt bantuan serangan binatang buas.

Lesen senapang bkn senang2 individu nk dpt. Kalau ko nk amek lesen atas alasan keselamatan diri mmg tak lepas punye kecuali kalau korg ada company security. So nasihat aku pakcik ni layak utk direport pd polis sbb dah salah guna senapang
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 01:34 AM From the mobile phone | Show all posts
zull4rs replied at 23-11-2020 09:43 PM
Dua2 tak betul. Anjing tu takde akal, ang tembak bt apa. Panggil majlis kutip suda.

Yg SPCA pula ...

Suruh org.kutip memang mudah, tapi bila ada org.yg.sanggup kutip, abis dicemuh dicacimaki. Tu lah mulayu
*****************
Doktor dicemuh rawat 200 anjing liar

KUALA LUMPUR: Murninya hati doktor veterinar ini kerana sanggup menyelamatkan dan merawat kira-kira 200 anjing liar dengan kos sendiri meskipun tindakannya mendapat cemuhan segelintir masyarakat.

Bagaimanapun, cemuhan itu tidak menjadi kudis kepada dirinya dan sebaliknya lebih giat memanfaatkan kepakarannya membantu haiwan berkenaan tanpa mengambil pusing pandangan serong orang ramai.


Dr Muhamad Taqiyudin Zainal Ulum, 31, berkata, baginya anjing sama seperti haiwan lain yang perlu diberikan rawatan sekiranya sakit, mendapat perhatian dan kasih sayang.

Kata beliau, malangnya hanya kerana anjing adalah haiwan najis menyebabkan masyarakat mewujudkan stigma negatif dan jurang terhadap haiwan itu.

“Islam agama yang mudah dan indah yang mana seseorang itu boleh melakukan proses sertu apabila menyentuh najis berat iaitu anjing.

“Saya juga tidak mempunyai masalah untuk melakukan proses ini (sertu) berulang kali dalam masa sehari selepas merawat anjing,” katanya yang menetap di Klang, Selangor.


Ini kerana, menurutnya, tanggungjawab doktor veterinar ialah memberikan rawatan kepada semua haiwan termasuk anjing dan khinzir tanpa pilih kasih.

Berkongsi pembabitan awalnya membantu dan merawat anjing secara percuma, Dr Muhamad Taqiyudin berkata, ia bermula pada 2015 apabila seekor anjing yang mengalami kecederaan patah kaki datang ke rumahnya.

“Kemudian saya membawa haiwan ini ke klinik saya di Klang untuk diberikan rawatan. Sepanjang proses pemulihan, anjing ini tinggal di rumah saya di ruangan khas yang disediakan.

“Bagaimanapun, selepas pulih daripada kecederaan, anjing ini enggan meninggalkan rumah saya dan berada di bawah jagaan saya sehingga ke hari ini,” katanya.

Menurutnya, tidak dinafikan ada jiran yang menegur kerana bunyi bising salakan anjing. Disebabkan itu juga bapanya yang aktif di masjid turut terkena tempias pandangan serong masyarakat.

“Saya gembira kerana ayah tidak pernah mengambil hati dengan perkara itu dan tidak menghalang saya untuk terus membantu serta merawat anjing.

“Malah, ayah turut membantu memberikan makanan kepada anjing yang dalam proses pemulihan. Lazimnya saya akan melepaskan semula anjing yang sudah pulih daripada kecederaan,” katanya.

Dr Muhamad Taqiyudin berkata, dia membantu anjing liar yang dijumpai di tepi jalan secara tidak sengaja sama ada dalam perjalanan ke tempat kerja atau pulang ke rumah.

“Setiap anjing ini saya bawa ke klinik dan memberikan rawatan termasuk mengembirikan haiwan itu,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 01:35 AM From the mobile phone | Show all posts
dizekni replied at 23-11-2020 09:34 PM
Nak elak kena tembak ka apa ka, korang rajin2 la turun tangkap anjing terbiar

ni nak cari orang t ...

....lihat post 30# .... Becakap memang sedap kan
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 01:48 AM From the mobile phone | Show all posts
ANJING bkn blh buat main ...Taman aku ni ada budak kena gigit sampai masuk ICU ....
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 01:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Anjing i lebih ber otak dari pakcik itu
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 01:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Seorang pelacur diampun dosanya kerana beri minum anjing yg.kehausan.
Bayangkan betapa besar dosa menembak anjing yg.kelaparan
.... Pokcik ni mesti golongan liberal/atheist/komunis atau non-practicing Moslem. Kalau dia beriman takkan berbuat begitu
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 02:01 AM | Show all posts

(Video) 'Kena Kaki! Kena Kaki!' - Pakcik Beruban Tembak Anjing Terbiar Diselar N






Persatuan Haiwan Malaysia hari ini menyeru mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai lelaki yang menembak anjing dalam video viral di media sosial, untuk tampil memberi maklumat dengan ganjaran RM2,000 akan diberikan.


Video yang dimuat naik oleh persatuan itu di Facebook rasminya menunjukkan seorang lelaki berusia 50-an tidak berpakaian memegang senjata api yang dipercayai senapang patah, sedang memerhati keadaan di luar rumah.


Dalam malam yang gelap disusuli dengan hujan itu, lelaki berkenaan secara tiba-tiba melepaskan tembakan dan terkena pada seekor anjing yang berada di luar rumahnya menyebabkan haiwan tersebut merintih kesakitan.


Presiden Persatuan Haiwan Malaysia, Arie Dwi Andika berkata, sehingga kini pihaknya masih belum menerima sebarang maklumat mengenai lelaki itu dan berharap orang ramai tidak kira ahli keluarga, jiran mahupun mereka yang mengenali lelaki terbabit untuk tampil memberi maklumat melalui WhatsApp Hotline Animal Malaysia di 011-2090-1097.


Di media sosial, netizen menyelar tindakan lelaki tua itu yang tidak mempunyai sifat belas kasihan dan simpati sehingga sanggup bertindak zalim terhadap haiwan berkenaan.


"Family pun sokong orang tua ni buat perkara zalim. Bukannya nak tolong nasihatkan orang tua hilang akal ni. Nanti mendapatlah dia sama macam mana dia buat kat anjing itu. Menjerit-jerit sakitlah waktu tu," kata Ieda Yong.


"Kalaulah Allah bagi peluang pakcik dan keturunan pakcik jadi haiwan, haiwan yang pakcik tembak jadi manusia, agak-agak apa perasaan pakcik? Bersyukurlah pakcik dilahirkan sebagai manusia, ada otak, akal. Allah bagi rezeki sihat, kuat, makan sedap-sedap. Semoga suatu masa pakcik dapat merasai sendiri kesakitan dan penderitaan haiwan terbiar yang dibenci orang," kata Sunita Noor.


"Dengar tangisan suara anjing tu Ya ALlah. Aku tak boleh gambarkan kesakitan yang dia hadapi. Ya Allah kenapalah ada manusia yang sombong atas dunia ini. Kenapa Ya Allah?


"Apa salah anjing itu sampai kau tembak dia? Orang tua tak sedar diri. Pakcik, kau ingat kau dengan keturunan kau sahaja ke yang nak hidup atas dunia yang sementara ini? Kau ingat kau dengan keturunan kau hidup tongkat langit ka? Ya Allah, zalimnya kau pakcik," kata Hazwani Mohd Asri.


Individu yang didapati melakukan penganiayaan terhadap haiwan boleh didakwa mengikut Akta Kebajikan Haiwan 2015 Seksyen 30 yang memperuntukkan denda maksimum RM100,000 atau hukuman penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.






Sumber: Persatuan Haiwan Malaysia/TheReporter

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 02:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Entah la dekkkk.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2020 02:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi aku meluat jugak dengan majlis perbandaran. Anjing liar sampai masuk dalam kawasan rumah orang, kejar budak2 balik sekolah, kejar org naik moto. Dah adukan pon xde tindakan diambil.

So, apa cadangan korang yg kecam pakcik ni kalau anjing tu sentiasa masuk rumah pakcik ni? Bagi kat korang suruh korang bela?  Belai anjing tu buat binatang peliharaan?

Cer bagi cadangan sikit apa nak buat.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 02:45 AM | Show all posts
ashilalat replied at 24-11-2020 02:18 AM
Tapi aku meluat jugak dengan majlis perbandaran. Anjing liar sampai masuk dalam kawasan rumah orang, ...


dah betul dah pak cik ni tembak.anjing liar ni bukan bahaya risiko gigit anak2 je kang kena penyakit anjing gila tak pasal2. yg bingai siapa rekod ni lepas tu viral. sendiri bodoh minta netizen kecam keluarga. apa dia ingat share benda macam ni ramai yang suka..mesti ada yg kecam punya







Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 03:02 AM | Show all posts
ashilalat replied at 24-11-2020 02:18 AM
Tapi aku meluat jugak dengan majlis perbandaran. Anjing liar sampai masuk dalam kawasan rumah orang, ...

teringat kes budak kena gigit masa nak balik ke masa nak pegi sekolah dengan anjing liar...  parah budak tu...  pastu ada lagi beberapa kes lain...  sebab tu aku malas nak komen sangat berita2 ni sebab kita taktau apa yang keluarga tu dah terima...

dan yang dok laungkan tengang ketidakadilan dbkl atau mana2 perbandaran yang "tidurkan" anjing ni, pernah tak fikir mana nak letak anjing2 tu?  tau bising aje tapi takde pulak buat something...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 03:43 AM From the mobile phone | Show all posts
ashilalat: Tapi aku meluat jugak dengan majlis perbandaran. Anjing liar sampai masuk dalam kawasan rumah orang, kejar budak2 balik sekolah, kejar org naik moto.  ...

Ada jiran iols jenis suka lepaskan anjing..
Anjing dia suka kejar orang.. xsure la da gigit ke ape.. tp anjing tinggi pinggang kejar kau, seram gak la..
Bila mbpj dtg nak amik, eh boleh pulak meraung apa salahan anjing tu, knp nak tangkap..
Last2 sbb drama tu xjd nak tangkap bg warning je..
Lepas tu dia mlm2 biarkan jugak.. dia malas nak walk the dog pegi berak ke jalan2 dia gi biar je kat luar..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:13 PM GMT+8 , Processed in 0.425646 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list