CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3723|Reply: 42

[Tempatan] Impak Covid-19. Pekerja WFH. Muncul byk service penghantaran. Ada kenakan caj RM

[Copy link]
Post time 24-11-2020 07:38 AM | Show all posts |Read mode
Kos penghantaran biar masuk akal
SARINAH MAT KASIM | | 24 November 2020

PANDEMIK koronavirus (Covid-19) yang melanda Malaysia sejak penghujung tahun lalu sehingga kini masih belum menunjukkan tanda-tanda akan berakhir. Saban hari masih ada kes baharu di serata negeri sehingga menyebabkan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Namun, sebaik sahaja PKPB diumumkan, ramai mengeluh khususnya peniaga yang rata-rata mengatakan sumber pendapatan mereka pasti akan berkurangan.

Bagi meneruskan kelangsungan hidup, peniaga kini semakin kreatif dan tidak lagi hanya menunggu pelanggan di premis, sebaliknya mempelbagaikan usaha mencari tempahan melalui dalam talian, perkhidmatan ke rumah, media sosial, mahu pun pelbagai aplikasi lain dengan hanya menggunakan telefon bimbit.

Perkhidmatan penghantaran ke rumah paling banyak ditawarkan kerana orang ramai tidak boleh keluar rumah dengan bebas seperti dahulu. Penghantaran ke rumah memudahkan, namun persoalannya ada pelanggan yang 'bising’ dan tidak berpuas hati dengan kos penghantaran yang dikenakan.

Ini kerana kos penghantaran yang dikenakan terlalu mahal sehingga mencecah RM20, sedangkan lokasinya dekat sahaja tidak sampai tiga kilometer. Macam tak masuk akal pula.

Isu itu pernah disuarakan oleh pelakon terkenal filem Jebat, Sharnaaz Ahmad yang turut meluahkan rasa kecewanya terhadap kos penghantaran yang dikenakan peniaga sebanyak RM20, walaupun jarak antara rumah dengan premis perniagaan tidak sampai lima kilometer.

Apabila difikirkan, ada betul juga apa yang dikatakan oleh pelakon popular itu. Siapa sebenarnya yang mengawal harga bagi kos penghantaran? Adakah peniaga atau runner itu sendiri.

Kalau kos penghantaran lebih mahal daripada harga barang, baik kita ambil sendiri barang tersebut daripada peniaga.

Muhasabah

Bayangkan, kita membeli nasi bajet berharga RM5 dan kos penghantaran pula RM4, jadi jumlah keseluruhan RM9. Adakah berbaloi jika kita menggunakan perkhidmatan penghantar makanan?

Hanya tambah RM1 lagi, kita sudah boleh membeli satu lagi nasi bajet. Ada situasi harga barang RM10 tetapi kos penghantaran sebanyak RM15. Adakah kita masih mahu membuat tempahan secara dalam talian atau keluar sendiri membeli?

Mungkin ada segelintir peniaga yang akan berkata: “Saya tak paksa pun beli, kalau tak nak beli pun tak apa.” Mereka perlu ingat dan bermuhasabah kerana punca rezeki mereka juga datangnya daripada pembeli.

Bukan semua orang yang membuat tempahan itu berduit, kadangkala mereka juga ada masalah lain, misalnya tidak dapat keluar, terlalu banyak kerja sehingga tidak sempat untuk keluar membeli.

Namun, ada juga pembeli tidak kisah dengan kos penghantaran yang dikenakan, selain mahu membantu pengusaha dan runner sebagai tanda sokongan kepada mereka yang mencari rezeki.

Memang benar, kos penghantaran yang dikenakan itu adalah sumber pendapatan kepada si penghantar tetapi jika diletakkan harga setinggi 'kayangan’ mungkin tidak masuk akal juga.

Pembeli tidak kisah untuk membayar kos penghantaran. Ada yang melihat dari sudut lain iaitu pekerja yang menghantar barang itu bersusah payah tanpa mengira cuaca.

Mungkin si penghantar itu adalah rakan kita yang dibuang kerja akibat Covid19. Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul. Kalau kita sama-sama bertolak ansur, pasti kedua-dua pihak akan rasa gembira.

Tetapi janganlah terlalu fikirkan keuntungan semata-mata sehingga mengenakan caj penghantaran yang melampau atau 'cekik darah’.

Peniaga juga perlu ingat, kalau tiada pembeli, perniagaan anda mungkin tidak laku, bahkan anda juga yang akan rugi. Lebih teruk lagi jika pembeli memboikot perniagaan anda.

Bak kata pepatah, sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk, kita perlu bersama-sama bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu urusan jual beli itu.

Ibarat susah senang dikongsi bersama.

* Sarinah Mat Kasim ialah Ketua Wartawan Sinar Harian Edisi Melaka dan Negeri Sembilan

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2020 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau beli banyak biasanya berbaloi.. kos tu kalau kira minyak, masa yg kita jimat, risiko diri expose penyakit ie covid dan tenaga nak angkut brg kalau berat sbb u duduk bangunan tinggi.. tapi kalau tk berbaloi, keluar beli sendiri je la..
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 08:27 AM | Show all posts
beli sebungkus nasi rm5 memang la tak berbaloi...  kalau beli banyak, baru berbaloi... nak order pun buat la kira2 sikit utk rasa berbaloi.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Teringat kes viral dulu
Yg penjual tu caj kos delivery pd setiap pax order walaupun hantar kt 1 org je tukang kumpul order.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 09:47 AM | Show all posts
pearl.silver replied at 24-11-2020 09:03 AM
Teringat kes viral dulu
Yg penjual tu caj kos delivery pd setiap pax order walaupun hantar kt 1 org ...

Biasa memang cmni, walaupun satu area nak dihantar, each customer akan dicaj delivery separately. Aku kalau RM5 and below sanggup, lebih dari tu takyah la. Barang guna delivery memang dah mahal dari harga kedai, tambah caj delivery lagi, makin la mahal
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
RM20 utk 3 km?  Gila.. Aku order barang dari alor setar mai jitra pun caj RM5..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-11-2020 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
aku jika charge mahal aku ambil sendiri jer xada aku nk meroyan, harga kemalasan kan biasa order kfc dan pizza jer delivery
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 09:54 AM | Show all posts
iols senang jah, kalo xnak meroyan pegi beli sendiri.... same as kalo membebel makanan mahal, sila masak sendiri... semua benda nak merempan pdahal sendiri yg malas n bukannya tak ada option lain...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2020 10:03 AM | Show all posts
perbandingan nasi tu memang la....kos nak hantar memang camtu..sebab tu orang suruh order banyak2...

RM20 untuk 3 km memang melampau la...

cuma aku nk komen pasal kualiti makanan, sekarang banyak buat order hantar ke rumah..tapi masak tak sedap langsung....setakat nak buat duit lebih je, kualiti rasa tak jaga...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 10:05 AM | Show all posts
elok la ada yg up isu delivery cas ni

penah la sekali contact satu seller ni jual makan apa tah
saja la tanya kalau self collect location kat mana
seller tu jawab dia buat yg delivery saja, self collect not available
maknanya ko nak buat untung atas delivery cas la kan
cakap je la terang2
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 10:06 AM | Show all posts
mahalnya


camtu baik order food via FoodPanda.
skrg pun Tesco dah ada kat FoodPanda. Amannya hidup. Tak perlu nak keluar rumah langsung.



Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 10:09 AM | Show all posts
betul tu, jgn la mabik kessempatan naikkan charge delivery tu sampai tak masuk akal..
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 10:09 AM | Show all posts
3km rm 20..baiklah amik sendiri.

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 10:12 AM | Show all posts
bangang punya tamby parpu.sebelum setuju order kan dah dibagitau cas delivery rm20.kalau tak sanggup tak payah la teruskan order
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 10:22 AM | Show all posts
bottombikini replied at 24-11-2020 10:05 AM
elok la ada yg up isu delivery cas ni

penah la sekali contact satu seller ni jual makan apa tah

urmm tgk jgk delivery caj dia tu reasonable ke x?
and sometimes mmg ada seller yg x provide self collect mungkin sbb dah busy so xde masa nak layan utk self collect
plus kalo dia buat delivery selalunya diaorang akan sub ke org lain
so kt situ dh boleh tolong delovery guy pulak

tu pandangan aku la sbb kdng aku pon ada jumpa seller yg x provide self pick up ni tp delivery caj dia reasonable
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 10:35 AM | Show all posts
lifeline replied at 24-11-2020 10:22 AM
urmm tgk jgk delivery caj dia tu reasonable ke x?
and sometimes mmg ada seller yg x provide self  ...

iols almost datang keje hari2 walaupun ofis close

so balik tu bole la nyinggah amik je otw balik since daerah yg sama
kalau nak delivery leceh pula nak set time / collect kat guard segala

nak mudahkan benda je tapi kalau tak amik bisnes takpe la
iols beli je tepi2 jalan pun banyak yg jual food


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2020 10:37 AM | Show all posts
yg iklan makanan kat FB, lokasi x nak letak...
bila kau dah tny lebih2, rupanya jauh nak mampus...
nak kensel x sampai hati...
tapi tu lah kan...
alangkan Top Glove besar tu pun ditimpa musibah...
apatah lagi yg kecik2...
meniaga biar ikhlas...
orang beli sebab nak membantu ramai yg terjejas...
jangan pulak kau menangguk di air keruh...
skrg ramai wfh...
sekali datang mood rajin masing2..
xde sapa nak beli makanan on9 dah...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 10:53 AM | Show all posts
kalau delivery mahal ni, biasanya peniaga home based..
and dorang akan letak minimum order nak nampak delivery tu berbaloi
tapi dorang selalu bagitau berapa delivery charge..
kalau tak nak, tak payah beli..
guna je grab or panda..
kadang free delivery lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 11:05 AM | Show all posts
caj mcm xde otak
pastu memekak suh orang bantu ekonomi bagai
jadah hai
baik bantu ekonomi sendiri dgn berjimat dr bantu org haloba keparat
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
supermum replied at 24-11-2020 09:47 AM
Biasa memang cmni, walaupun satu area nak dihantar, each customer akan dicaj delivery separately.  ...

Bkn mcm tu uols.
Ada satu org kumpul order ngn kwn2 dia. Jd dia order la katakn 20 set kuih tu.
Seller pun hantar dan caj each set dgn caj delivery..
Tercengang si pengumpul order tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.073565 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list