CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Boomibulat

[Tempatan] Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

  [Copy link]
Post time 25-11-2020 12:20 PM | Show all posts
See...dulu bolehlah kata bagi peluang la..nak jaga rakyat la, nak golek2, baring atas jalan la. 22 bulan dapat peluang, dapat kuasa nak buat kerja baru nampak....alamak menteri ni melawak mmg sedap tapi tak pandai buat kerja. Jet kita 4 je boleh terbang katanya. Geram punya pasal hamekaw masa perbarisan merdeka semua jet terbang.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2020 12:33 PM | Show all posts
Kes tembak anggota PGA: 3 lelaki Thailand, 15 tempatan direman
MyMetroUtama


AGGOTA polis mengiringi tiga lelaki warga Thailand untuk tahanan reman. FOTO Amran Hamid.

M Hifzuddin Ikhsan
hifzuddin@bh.com.my

Kangar: Seramai 18 lelaki termasuk tiga warga Thailand direman antara empat hingga tujuh hari bermula hari ini, selepas disyaki terbabit dalam kejadian serangan ke atas anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Padang Besar, dekat sini, semalam.

Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Kangar, Monica Joseph Gaisah selepas mendapat permohonan polis bagi menyiasat semua suspek berusia antara 19 hingga 37 tahun berkenaan.

Tiga lelaki warga Thailand yang ditahan polis dalam operasi khas sejak semalam direman selama tujuh hari, manakala 15 warga tempatan direman empat hari.

Semua suspek disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Difahamkan, warga tempatan ditahan itu menjadi antara ahli sindiket penyeludupan dadah dan ketum yang aktif di sempadan Malaysia-Thailand.

Sementara itu, Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad berkata, semua tangkapan dibuat di sekitar negeri ini mulai 7 pagi semalam.

Beliau berkata, semua suspek dipercayai menjadi anggota sindiket penyeludupan ketum yang mempunyai kaitan dengan sindiket di negara jiran.

Dalam kejadian pada 3.10 pagi semalam, anggota PGA, Koperal Baharuddin Ramli, 54, meninggal dunia di lokasi, manakala rakannya, Koperal Norihan A/L Tari, 39, parah.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 November 2020 @ 11:52 AM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Nahnukutu replied at 25-11-2020 12:33 PM
Kes tembak anggota PGA: 3 lelaki Thailand, 15 tempatan direman
MyMetroUtama


Tahniahh PDRM diatas kejayaan menangkap suspek-suspek yang terlibat..Harap diberikan hukuman yang setimpal..kalau boleh, hukuman MATI...

mamat baju oren yg didepan sekali tu sama macam muka suspek yang kena tangkap di page 3...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 12:49 PM | Show all posts
epal21 replied at 25-11-2020 12:51 AM
Kesiannya. Dapat dibayangkan mendiang berusaha mempertahankan negara sehingga nafas terakhir.



malu ler pegawai imigresen ..ko org dok bertugas kat tempat selesa tanpa perlu berjauhan ngan anak bini
tu pun ko org tak mampu nak pikul amanah ...ko org wajar dihukum seberat2nya
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 24-11-2020 02:35 PM
hidup dengan prinsip

mati dengan prinsip

Meanwhile kat klia sekali sekali kena hntr posting kat tempat takda aircond
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 01:21 PM | Show all posts
18 lelaki direman kes tembak anggota PGA di sempadan
| | 25 November 2020


Dua daripada tiga warga Thailand direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret hari ini bagi membantu siasatan berhubung insiden tembak membabitkan anggota Pasukan Gerakan AM (PGA) di sempadan Malaysia-Thailand awal pagi semalam. Sementara itu, 15 lagi individu warga tempatan turut direman empat hari. - Foto Bernama

KANGAR - [DIKEMASKINI] Seramai 18 lelaki termasuk warga Thailand yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung insiden berbalas tembakan antara anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dengan penyeludup di sempadan Malaysia-Thailand semalam direman bermula hari ini.

Tiga warga Thailand direman selama tujuh hari sehingga 1 Disember manakala 15 warga tempatan pula direman selama empat hari sehingga 28 November.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Majistret Kangar, Monica Joseph Gaisah.

Kesemua mereka berumur antara 19 hingga 37 tahun itu dikawal oleh polis dibawa ke bilik reman dalam keadaan bergari kira-kira jam 8.50 pagi.

Dalam insiden awal pagi semalam, Koperal Baharuddin Ramli, 54, terbunuh manakala rakannya Koperal Norihan A/L Tari, 39, cedera parah apabila berbalas tembakan dengan sekumpulan penyeludup di lokasi kejadian iaitu kira-kira 600 meter dari pos kawalan TS9 di Padang Besar, Perlis.


Jasad mendiang Koperal Baharuddin Ramli tiba di kompleks perumahan Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) semalam.
 - Foto Bernama

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 302/307 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad ketika dihubungi berkata, tangkapan kesemua 18 individu itu dilakukan di Perlis semalam membabitkan dua siri tangkapan.

"Tangkapan pertama dilakukan pada jam 7 pagi manakala tangkapan kedua pada 9.30 pagi," katanya.

Mendiang Baharuddin, daripada suku kaum Semelai meninggal dunia di tempat kejadian manakala rakannya Norihan menjalani rawatan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini. - Bernama

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... amp;utm_campaign=18 lelaki direman kes tembak anggota PGA di sempad&utm_content=&utm_term=
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-11-2020 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Bedah.Cun replied at 25-11-2020 10:33 AM
Hello, mak neh OA gak nama mak Bedah. Mak pon asal non-Muslim. So? Mak nak bagitau gak JPN suker let ...

Laki mak tu PGA jugak kee
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
sranua replied at 25-11-2020 11:07 AM
Sebelum PRU 14, Projek Tembok Sempadan telah dapat kelulusan. Malangnya apabila PH mengambilalih t ...

BN perintah Malaysia dari sejak merdeka. Enuff said.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2020 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
sranua replied at 25-11-2020 12:07 PM
Sebelum PRU 14, Projek Tembok Sempadan telah dapat kelulusan. Malangnya apabila PH mengambilalih t ...

Hurm. Pelik, kat tengah bandar punya la berlambak naik. Siap ada yang tergendala, yang dah siap tapi tak der orang duduk, baik la naikkan tembok kat arah sempadan. Atas letak kaca, electric dengan cctv..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
LadyCarefree replied at 25-11-2020 01:27 PM
BN perintah Malaysia dari sejak merdeka. Enuff said.

bn memerintah dari merdeka tapi baru last penggal approve. Memang mengecewakan tapi akhirnya diorang terbuka minda dan hati. Tapi bila sampai PH ambil alih tampuk pimpinan, lagi haru negara. Dik kerakusan perut masing2. Senang cakap PH ni lagi gelojoh.. BN teruk, PH berganda2 teruk. Aku harap kerajaan sekarang, sedar dan catchup balik. Memang xkan jadi perfect, tapi atleast improve bukan downgrade.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
tom2 replied at 25-11-2020 12:47 PM
bn memerintah dari merdeka tapi baru last penggal approve. Memang mengecewakan tapi akhirnya diora ...

Like I said, BN perintah dari merdeka. Apo? Last penggal baru approve. Lol.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
monsterwife replied at 24-11-2020 10:37 AM
Innalillah
Mesti penyeludup ni
Kalau Malaysia kaya raya kena buat pagar mcm korea utara korea sela ...

Dia bkn muslim dikkk. Org asli. Huhuuu
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
izwan_izi replied at 24-11-2020 02:43 PM
meanwhile...

ada anggota2 imigresen dan JPN menjadi pengkhianat dgn melibatkan diri dalam penju ...

Exactly... Kaka pernah borak dgn sorg anonymous tp berpangkat besar dlm ATM.. Dia ckp dorg tangkap penceroboh... Ikut radius yg dorg jaga.. Passing kt hat penguatkuasa utk dicharge.. Alih2 tgk kes gugur.. Ape nak ckp?

Bukan dorg xbuat kerja.. Tp musuh dlm selimut tu sendiri pengkhianat negara.. Mmg patut hukum mati je..

Agaknya klu xde covid.. Confirm lg sakan mkn duit haram jual kerakyatan warganegara..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
ina_na replied at 24-11-2020 06:10 PM
Kwn aku oa ade dlm team ni.. Tp dia tgh bercuti.. Dia ckp jgn riso.. Dia dan kwn2 dia tau la nk bt p ...

dik ina. dah alang2 tgh ade kes panas.. Mintala dorg majukan cadangan utk bg hukuman pengkhianat mcm imigresen sume tu setimpal dgn nyawa mereka gadaikan...

Musuh dlm selimut gitu lg bahaya

Kawan kaka skrg jaga laut.. Berpuluh bot nk cuba ceroboh sbb dorg tahu maritim xkn tangkap..setakat halau je.. Sama la dgn yang jaga sempadan.. Sampai bila dorg ni nk kena bt all those dirty works for nothing???penat berkawal alih2 org lain buka jalan siap red carpet...

Kita patut ikut style singapore dan thai

Xperlu bg muka pada penceroboh dan pengkhianat..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 02:22 PM | Show all posts
Koperal Baharuddin, Norihan dalam tugasan 'undercover'
MyMetroMutakhir


Anggota PGA, Judin Awi meninjau tempat kejadian seorang anggota Pasukan Gerak Am (PGA) yang maut akibat ditembak oleh penyeludup yang dipercayai warganegara Thailand behampiran pos sempadan Malaysia-Thailand. FOTO AMRAN HAMID

Balqis Jazimah Zahari
am@hmetro.com.my

Ipoh: Dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang terbabit dalam insiden tembakan ketika bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand semalam tidak memakai baju kalis peluru kerana mereka dalam tugas risikan dan penyamaran.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, mengikut prosedur operasi standard (SOP) semua anggota keselamatan yang bertugas ketika rondaan dikehendaki memakai baju kalis peluru.

"Cuma pada ketika ini mereka berdua adalah anggota risikan dan sedang dalam tugas membuat risikan 'undercover'.

"Disebabkan itu mereka tidak memakai baju kalis peluru berkenaan," katanya pada sidang media media selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Perak dan Pengerusi PERKEP Kontinjen Perak di Mes Pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perak di sini hari ini.

Acryl Sani berkata, ketika ini pihak polis masih menjalankan siasatan terperinci dan menyeluruh mengenai insiden itu.

"Kita masih lagi menyiasat apakah latar belakang kes ini sama ada mereka ini diserang hendap atau seumpamanya," katanya.

Ditanya mengapa kedua-dua anggota hanya dibekalkan senjata Walter P99 sahaja ketika kejadian, beliau berkata:

"Ini kerana mereka dalam tugas risikan, kalau semasa rondaan keselamatan memang anggota perlu memakai pakaian seragam dan segala kelengkapan (termasuk baju kalis peluru) tetapi ketika membuat risikan kita tidak dapat berbuat demikian," katanya

Dalam pada itu, Acryl Sani berkata, selepas insiden tembakan pertama pada April lalu Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) sudah melakukan kajian bagi meneliti semula SOP yang sedang berkuat kuasa ketika ini.

"Kita sedang melihat adakah perlu SOP ditambah baik atau diperketatkan bagi memastikan SOP yang digunakan dalam tugas rondaan, risikan, pencegahan dan seumpamanya dapat diperkemaskan bagi keselamatan pegawai dan anggota yang bertugas, orang awam dan perkara berkaitan dengannya," katanya.

Semalam NSTP melaporkan Seorang anggota PGA yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand, dekat sini, maut akibat ditembak.

Dalam kejadian 3.10 pagi itu, mangsa, Koperal Baharuddin Ramli, 54, sedang bertugas bersama seorang lagi anggota PGA, Koperal Norihan A/L Tari, 39, yang mengalami kecederaan parah.

Terdahulu pada majlis hari ini, Acryl Sani menyaksikan majlis menandatangani serah terima tugas Ketua Polis Perak baharu, Datuk Mior Faridalathrash Wahid.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Mazlan Santarai.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 November 2020 @ 1:43 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2020 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Mohon W/N yg kena tangkap tu buang je lerakyatan
Nyusahkan org...tp tu la, duk kat birder mmg tu sebahagian dpd profesion diorg iaitu penyeludup

Btw, i xleh tolerate bab2 seludup org atau seludup senjata....bg i, ini sebesar2 pengkhianat
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah..  Ini lah hero negara..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 02:28 PM | Show all posts
Normabaru replied at 25-11-2020 01:57 PM
Dia bkn muslim dikkk. Org asli. Huhuuu

Kalau bukan muslim kenapa?


Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
sranua replied at 25-11-2020 12:20 PM
See...dulu bolehlah kata bagi peluang la..nak jaga rakyat la, nak golek2, baring atas jalan la. 22 b ...

Some people just knOw how to TTSS
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:05 PM GMT+8 , Processed in 0.101397 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list