CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15142|Reply: 131

[Jenayah] Menang saman 8 juta:Kes ini jadi mercu tanda sejauh mana DAP sanggup bela ahli M

  [Copy link]
Post time 24-11-2020 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Seorang rakan menghantar mesej mengenai seorang pensyarah tiba-tiba jadi kaya kerana menang saman ke atas pemimpin DAP.

Nampaknya para pemimpin DAP kini terkena onar sendiri. Jika dahulu mereka sering menyaman media dan individu, kini mereka menjadi sasaran.

penganalisis politik, Dr. Kamarul Zaman Yusoff mengesahkan bahawa beliau telah memenangi saman yang dibuatnya ke atas Pegawai Khas Pengerusi DAP Sarawak iaitu Abdul Aziz Isa Marindo.

Menurut pensyarah Universiti Utara Malaysia itu, Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur pada 6 November lalu telah memerintahkan Abdul Aziz membayar ganti rugi sebanyak RM8 juta bersama faedah 4 peratus setahun.

Keputusan tersebut dibuat ekoran tindakan pegawai DAP itu terhadap 22 perkara memfitnah dan memburukkan reputasi yang antara terbanyaknya menuduh Dr Kamarul mempunyai sikap melampau terhadap ajaran agama lain.

Ketika dihubungi, Dr Kamarul berkata, kes ini menjadi mercu tanda sejauh mana DAP sanggup membela ahli Melayunya yang berdepan masalah setelah tenaga mereka dipergunakan, dan dalam kes ini DAP tidak membantu mungkin kerana tahu tetap akan kalah jika melawan.

Begitupun, bagi saya, walaupun kemenangan ini agak manis, ia sebenarnya hanyalah pembakar semangat untuk saya di dalam perbicaraan ke atas lima pemimpin besar DAP lain yang semuanya merupakan Ahli Parlimen,” maklum beliau.

Senarai beliau, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berdepan saman RM8 juta, manakala Ahli Parlimen Stampin, Chong Chieng Jen dan Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang masing-masing berdepan saman RM5 juta.

Turut disaman RM5 juta adalah masing-masing ke atas Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh dan Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng atas kenyataan fitnah dibuat semua kelima pemimpin DAP tersebut terhadap Dr Kamarul.

Mereka bukan sahaja menyerang kredibiliti Dr Kamarul sebagai ahli akademik, malah menuduh peribadinya dengan label berkait keganasan dan mengembangkan kebencian ke atas diri beliau, selain dikaitkan dengan politik.

Seperti juga tuduhan Abdul Aziz, perkara paling banyak difitnah mereka ke atas Dr Kamarul adalah berkaitan agama dan kepercayaan serta perkauman.

SM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2020 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
membayar ganti rugi sebanyak RM8 juta bersama faedah 4 peratus setahun.

Maknanya ala2 loan bank tu kan?
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 10:52 AM | Show all posts
sarah82 replied at 24-11-2020 10:40 AM
membayar ganti rugi sebanyak RM8 juta bersama faedah 4 peratus setahun.

Maknanya ala2 loan bank t ...

betul. compounding.
tak dapat bayar. sita.

boleh bankrup.


lepas ni amoi kok dan maharaja fitnah pulak.  

tapi pehal sikit sangat?

minta la 5 billion seorang terus.

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 10:54 AM | Show all posts
wow. kes pitenah apa ni?


saya dan rakan berbilang kaum berminat nak tau
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
underground replied at 24-11-2020 10:52 AM
betul. compounding.
tak dapat bayar. sita.


Pergh.. Jenuh nak byr 8 juta..meroyan la lepas nu.

Kita makan popcorn garret lepas ni.

Sah2 bakal play victim dan race card..
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 10:58 AM | Show all posts
sarah82 replied at 24-11-2020 10:55 AM
Pergh.. Jenuh nak byr 8 juta..meroyan la lepas nu.

Kita makan popcorn garret lepas ni.

amboi dh garret plak..

aku pun nak order la.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-11-2020 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Ajis ni muka macam mat rempit
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
underground replied at 24-11-2020 10:58 AM
amboi dh garret plak..

aku pun nak order la.

Ada duit lebih sikit...teringin nak makan popcorn mahai.. Hahahahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2020 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Pada pandangan aku la,
8 juta ni pada DAP umpama celah gigi tony pua je

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 11:26 AM | Show all posts
harap2 melayu sedarlah
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Fuhhh kena jackpot
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
dizekni replied at 24-11-2020 11:06 AM
Pada pandangan aku la,
8 juta ni pada DAP umpama celah gigi tony pua je

Memang celah gigi je.. tapi diorang walau sesen pun berkira. Ini kan pulak 8 juta kena bagi kat melayu... Kompom meroyan tahap tenuk.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 11:43 AM | Show all posts

acam kenal je ayat tuhhh..ayat makhluk bertelur kah?

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 11:48 AM | Show all posts
Wow!! saya dan rakan2 berbilang kaum amat suka..
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
ally9970 replied at 24-11-2020 11:48 AM
Wow!! saya dan rakan2 berbilang kaum amat suka..

Ally m40 ke b40? Beri butiran lanjut agar bermenafaat.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
baghal_bortuqal replied at 24-11-2020 10:54 AM
wow. kes pitenah apa ni?



Pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata beliau telah memulakan memulakan prosiding saman fitnah terhadap lima pemimpin DAP.

Dia mendakwa mereka memfitnahnya di media sosial dan artikel dalam talian sejak 2017.

Dalam kenyataan kepada media, Kamarul mengesahkan dia memulakan prosiding fitnah terhadap anggota Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang, anggota Parlimen Seputeh, Teresa Kok, anggota Parlimen Kepong, Lim Lip Eng, anggota Parlimen Stampin, Chong Chieng Jen dan Senator DAP Pulau Pinang, Ariffin Omar.

Kamarul, dilaporkan dilarang oleh UUM untuk membuat sebarang kenyataan berbaur politik.

Beliau berkata:

"Saya mematuhi larangan itu. Saya tidak menulis apa-apa, hanya memulakan prosiding mahkamah terhadap orang yang memfitnah saya.

"Mereka yang biasa mengikuti perkembangan saya sejak beberapa tahun kebelakangan ini pasti mengingati peristiwa hampir tiga tahun lalu di mana saya telah menegur pemimpin DAP, Hannah Yeoh, kerana, melalui bukunya bertajuk Becoming Hannah, mendedahkan betapa beliau menggunakan jawatan politik beliau to preach at churches, to world leaders and to young people dan betapa beliau aims to bring Christian faith and service to the public sphere.

"Berikutan teguran saya dan episod-episod selanjutnya, saya telah ditempelak, dituduh, dihina dan diburuk-burukkan oleh pelbagai pihak, khususnya daripada pimpinan DAP, kerana kononnya bodoh, ekstrimis dan tidak layak bergelar pensyarah universiti awam seperti UUM," katanya.

Kamarul juga berkata beliau mahu mengambil tindakan saman fitnah terhadap Dr Arifin Omar, yang ketika itu Senator DAP dari Pulau Pinang berhubung artikel bertajuk “Dr Ariffin Omar nasihati Kamarul supaya guna akal”, yang diterbitkan Roketkini pada 17 November 2017.

Artikel tersebut turut diterbitkan semula oleh Malaysiakini.

Saman fitnah Kamarul terhadap Kit Siang pula berkaitan penerbitan artikel bertajuk “Kamarul Zaman’s police report against Hannah Yeoh raises the question whether he is fit and proper to be a lecturer of plural Malaysia’s public university” pada 18 Mei 2017.

Tuntutan saman fitnah terhadap Kok pula berkaitan catatan di Facebook pada 17 Mei 2017 susulan kenyataan yang antaranya berbunyi “This UUM lecturer is mad” (Pensyarah UUM ini gila).

Chong pada hari sama mengeluarkan kenyataan bertajuk “DAP Sarawak condemns the act of religious bigotry by Kamarul Zaman Yusoff” Lip Eng dengan artikel “Universiti Utara Malaysia lecturer Kamarul Zaman Yusuf should conduct himself in a sensible and noble manner by retracting his police report immediately and to apologize to Hannah unreservedly”.

Kamarul memetik kedua-dua artikel itu dalam kenyataannya mengenai saman tersebut.

Malaysiakini telah menghubungi lima pemimpin DAP yang berkenaan untuk mendapatkan maklum balas terhadap tindakan undang-undang Kamarul.

Kamarul Zaman banyak mengkritik PH dan tulisnya banyak dimuatkan oleh akhbar web rasmi PAS Harakahdaily..

Kamarul juga sebelum ini dilaporkan menolak lantikan sebagai pegawai tugas-tugas khas kepada Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Khairuddin Aman Razali.

Katanya, dia lebih suka kekal sebagai ahli akademik.

Pada Mac 2018 Kamarul dilaporkan terkedu apabila menerima “renungan maut” Dr Mahathir Mohamad.

Ini selepas Mahathir tiba-tiba muncul dalam sebuah forum, yang mana Kamarul menjadi salah seorang ahli panelnya dalam membincangkan sama ada pengerusi Bersatu itu sesuai untuk mengambil alih jawatan perdana menteri.

Sebelum ketibaan pengerusi Bersatu itu, Kamarul yang juga pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) mendakwa Mahathir tidak layak untuk menjawat jawatan berkenaan kerana faktor usianya.

Namanya juga mencuri perhatian baru-baru ini selepas mengkritik pakar perubatan Dr Musa Nordin dengan mengaitkannya dengan PH.

Ia susulan Dr Musa membangkitkan isu kekurangan pakaian pelindungan diri (PPE) di kalangan pekerja perubatan ketika berdepan Covid-19.

Source : malaysiakini

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2020 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
KEMENANGAN RM8 JUTA KE ATAS ABDUL AZIZ ISA

Saya mengesahkan laporan sebuah portal berita hari ini yang menyatakan bahawa Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur telah, pada 6 November 2020, memerintahkan Pegawai Khas Pengerusi DAP Sarawak bernama Abdul Aziz Isa Bin Marindo supaya antara lainnya:
(1) Membayar kepada saya gantirugi sebanyak RM8,000,000.00.
(2) Membayar faedah pada kadar 4% setahun ke atas gantirugi ini.
(3) Membayar kos tindakan ini sebanyak RM10,000.00 kepada saya.

Kesemua ini adalah berpunca daripada Kenyataan-Kenyataan Fitnah beliau ke atas saya yang membawa membawa maksud dan difahami bahawa:
(i) Saya tidak dapat dipastikan kesahihan kelayakan akademik saya.
(ii) Saya sibuk dengan urusan agama lain.
(iii) Saya tergugat dan goyah iman dalam agama Islam yang dianuti saya.
(iv) Saya kurang didikan agama Islam sehingga iman saya mudah beralih arah.
(v) Saya menghalang umat Kristian untuk mengamalkan agama mereka dalam bulan suci Ramadhan.
(vi) Saya berasa tersinggung dengan aktiviti-aktiviti agama Kristian.
(vii) Saya menghalang orang Kristian menganjurkan upacara keagamaan mereka di gereja-gereja mereka sendiri.
(viii) Saya beranggapan aktiviti orang Kristian bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
(ix) Saya menghalang umat Kristian daripada menghadiri program-program gereja sekiranya diadakan pada bulan Ramadhan.
(x) Saya mengecam agama orang lain kerana iman saya goyah.
(xi) Saya menghasut rakyat terutamanya umat Islam dengan menyebarkan kebencian dan ideologi ISIS.
(xii) Saya mempunyai fikiran yang tidak kukuh dan memiliki hati busuk.
(xiii) Saya mengalami gangguan jiwa, kecelaruan akal dan mempunyai imaginasi liar terhadap umat Kristian.
(xiv) Saya cuba untuk menjadi Tuhan dengan melayani orang lain secara berbeza-beza disebabkan oleh bangsa mereka dan anutan agama mereka.
(xv) Saya anggap diri saya lebih tinggi dari Tuhan.
(xvi) Saya ingin mencontohi pembawa ajaran sesat seperti Ayah Pin.
(xvii) Saya merupakan pelampau agama dan rasis.
(xviii) Saya mendiskriminasi, tidak bermoral dan tidak berhati perut terhadap penganut-penganut Kristian di Malaysia.
(xix) Saya kufur terhadap ajaran agama Islam.
(xx) Saya perlu bertaubat nasuha kerana tidak berlaku seperti manusia.
(xxi) Saya menurut cara syaitan.
(xxii) Saya melakukan provokasi terhadap agama lain.

Begitupun, bagi saya, walaupun kemenangan ini adalah agak manis, ia sebenarnya hanyalah pembakar semangat untuk saya di dalam perbicaraan saman saya ke atas lima pemimpin besar DAP lain yang kesemuanya merupakan Ahli Parlimen.

Saman besar pertama saya adalah saman RM8,000,000.00 saya ke atas Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, ekoran Kenyataan-Kenyataan Fitnah beliau ke atas saya yang membawa membawa maksud dan difahami bahawa:
(i) Saya adalah terencat akal dan merupakan ancaman kepada masyarakat secara amnya.
(ii) Saya ingin mengecam Hannah Yeoh dan dengan itu membuat tuduhan palsu terhadapnya.
(iii) Saya tidak mengerti membuat hujahan-hujahan logik dan membuat wacana sebagai ahli akademik.
(iv) Saya berfahaman sempit dan ekstremis dan oleh itu tidak sesuai menjadi pensyarah universiti dan pendidik.
(v) Saya menggugat kebebasan beragama di kalangan bukan Islam dengan menghalang mereka membincangkan perihal agama mereka.

Begitu juga dengan Kenyataan-Kenyataan Fitnah Tambahan Teresa Kok ke atas saya yang membawa membawa maksud dan difahami bahawa:
(i) Beliau tetap berpendirian menyokong Kenyataan-Kenyataan Fitnah yang dibuat olehnya terhadap saya.
(ii) Saya memfailkan saman terhadap beliau hanya bertujuan meraih publisiti murahan.

Seterusnya adalah saman RM5,000,000.00 saya ke atas Ahli Parlimen Stampin, Chong Chieng Jen, ekoran Kenyataan-Kenyataan Fitnah beliau ke atas saya yang membawa membawa maksud dan difahami bahawa:
(i) Saya membuat laporan polis untuk menyekat kebebasan beragama di Malaysia.
(ii) Saya adalah pentaksub agama dan oleh yang demikian tidak sesuai dan/atau tidak layak menjadi pensyarah di mana-mana dan/atau semua universiti awam di Malaysia.
(iii) Saya telah dan/atau akan mempengaruhi minda pelajar-pelajar saya dan/atau mereka yang sama generasi dengan mereka untuk bersifat kurang toleransi terhadap agama-agama lain.
(iv) Saya adalah ancaman kepada keharmonian kaum dan agama di negeri Sarawak secara khususnya dan di Malaysia secara amnya.
(v) Saya tidak dan/atau enggan mengiktiraf kebebasan beragama untuk penganut agama bukan Islam.
(vi) Saya mencetuskan ketidakharmonian antara kaum dan menyemai kebencian antara penganut-penganut agama.

Seterusnya adalah saman RM5,000,000.00 saya ke atas Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang, ekoran Kenyataan-Kenyataan Fitnah beliau ke atas saya yang membawa membawa maksud dan difahami bahawa:
(i) Saya tidak layak dan tidak sesuai menjadi dan/atau tidak mempunyai kelayakan mahupun perangai yang sesuai untuk menjadi pensyarah di mana-mana atau semua universiti awam di Malaysia.
(ii) Saya membuat laporan polis yang palsu dan berniat jahat dalam sifat serta niatnya.
(iii) Saya membataskan kebebasan beragama penganut Kristian dan cenderung mendesak pengharaman kitab suci Kristian iaitu Bible.
(iv) Saya membuat laporan polis disebabkan kegagalan saya mengamalkan sifat wasatiyyah atau bersifat sederhana dalam karakter saya.
(v) Saya tidak mengamalkan dan/atau enggan mengamalkan toleransi agama, bersifat ekstremis dan menjadi punca polarisasi agama di Malaysia.

Seterusnya adalah saman RM5,000,000.00 saya ke atas Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh, ekoran Kenyataan-Kenyataan Fitnah beliau ke atas saya yang membawa membawa maksud dan difahami bahawa:
(i) Saya membuat laporan polis yang palsu dan berniat jahat.
(ii) Saya adalah bodoh, tidak mempunyai kualiti dan kredibiliti, tidak layak, berfikiran sempit dan ekstremis.
(iii) Saya merendahkan martabat saya bagi menjadi propagandis bagi parti politik UMNO dan gabungan politik Barisan Nasional.
(iv) Saya tidak mengira hak parti-parti politik dalam demokrasi tulen untuk bertanding sesama mereka berdasarkan merit masing-masing dan menggadaikan pembinaan negara dalam melaksanakan agenda saya.

Terakhirnya adalah saman RM5,000,000.00 saya ke atas Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng, ekoran Kenyataan-Kenyataan Fitnah beliau ke atas saya yang membawa membawa maksud dan difahami bahawa:
(i) Saya adalah terencat akal dan/atau mempunyai iman dan kepercayaan yang sangat lemah dalam agama saya hingga membuat laporan polis berdasarkan falasi logik dan/atau tanggapan tidak wajar.
(ii) Saya adalah pensyarah universiti tempatan yang berkaliber rendah dan berkualiti rendah.

Sama-samalah doakan kejayaan saya dalam kelima-lima kes ini dan kes-kes lainnya.

Source : https://mykmu.net/2020/11/23/dr-kamarul-yusoff-menang-saman-rm8j-ke-atas-aziz-isa-dari-dap/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
baghal_bortuqal replied at 24-11-2020 10:54 AM
wow. kes pitenah apa ni?



Wowww..anda pun mempunyai rakan berbilang kaum..tahniah dan sangat bermanafaat.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 12:34 PM | Show all posts
hari tu Tabung khas yg cina DAP lancar
kononnya kutipan RM4 juta
utk bela kes LGE ja

bila netizen cina argue betul ka sudah RM4 juta
DAP terdiam

kantoi

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayam x msk komen ke? Semoga bermanfaat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.119885 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list