CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4623|Reply: 33

[Tempatan] Tiga bayi kembar lelaki lahir secara normal, pertama di Johor. Guna rawatan IVF.

  [Copy link]
Post time 24-11-2020 12:26 PM | Show all posts |Read mode
Bayi kembar tiga lelaki hasil IVF
Oleh Mahani Ishak - November 24, 2020 @ 10:56am


Tiga bayi kembar lelaki yang dilahirkan secara normal dipercayai yang pertama di Johor. - NSTP/Ihsan Dr Siti Nurul Aishah

KUALA LUMPUR: Dikurniakan tiga bayi kembar menjadi pelengkap kebahagiaan, selain turut memberi pengalaman baharu yang amat berbeza dalam pelbagai segi dalam institusi kekeluargaan.

Ini dirasai Pengurus Jabatan Pusat Kecemerlangan Hospital Pakar Regency, Dr Siti Nurul Aishah Jamaludin, 34 dan pasangannya, Mohamad Iqbal Idris, 45, apabila menerima orang baharu dalam keluarganya.

Kelahiran kembar tiga lelaki secara normal dipercayai yang pertama di Johor, cukup memberikan perasaan bahagia.

Bayinya yang kini sudah berusia empat bulan itu dilahirkan di Hospital Pakar Regency, Bandar Seri Alam, Johor, pada 6 Julai lalu.

Dr Siti Nurul Aishah berkata, kelahiran itu hasil rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) atau rawatan bayi tabung uji diusahakan mereka tahun lalu.


Thoreeq Idris, Mateen Idris dan Hakeem Idris Mohamad Iqbal, seberat 1.9kg, 2.2kg dan 2.6kg dilahirkan pada usia kandungan 37 minggu. - NSTP/Ihsan Dr Siti Nurul Aishah

Katanya, beliau sebelum ini sudah berusaha selama dua tahun untuk hamil secara semula jadi dan pernah mengalami keguguran.

Keadaan itu membuatkan beliau tidak mahu menunggu terlalu lama lagi untuk hamil kerana sedar tahap kesuburan wanita akan semakin merosot mulai usia 35 tahun.

Jadi, rawatan kesuburan adalah ikhtiar mereka untuk memiliki zuriat sendiri dan untuk itu mereka mendapatkan rawatan dengan Perunding Obstetrik dan Ginekologi hospital itu, Dr Thokha Muhammad.

"Segala-galanya berjalan dengan baik dan pada Januari lalu, saya dimaklumkan hamil kembar dua sekali gus menandakan ada perkembangan positif daripada rawatan dibuat.

"Namun, selepas imbasan kehamilan kedua, kami diberitahu yang saya sebenarnya hamil kembar tiga.

"Keadaan juga agak sukar kerana ketika itu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dan kami berjauhan daripada keluarga. Dengan keadaan sarat mengandungkan tiga bayi, saya sukar bergerak dan perut agak besar.

"Saya terpaksa duduk di atas kerusi roda berbanding berdiri," katanya yang mengalami pertambahan berat badan daripada 63 kilogram (kg) kepada 93kg sepanjang kehamilannya," katanya kepada BH.

Tiga bayi mereka itu yang dinamakan Thoreeq Idris, Mateen Idris dan Hakeem Idris Mohamad Iqbal dengan berat 1.9kg, 2.2kg dan 2.6kg dilahirkan pada usia kandungan 37 minggu.

Bagi Dr Nurul Aishah dan suaminya yang bekerja sebagai Timbalan Pengurus Kanan di syarikat hartanah UMLAND, berkata kejayaan mereka dalam rawatan IVF itu diharap menjadi pemangkin kepada pasangan lain melakukan ikhtiar sama.

"Kami membelanjakan kurang RM40,000 untuk tujuan ini. Ia sangat berharga kerana kami dianugerahkan tiga cahaya mata yang begitu menenangkan jiwa, pelengkap kebahagiaan dan Insya-Allah mendidik kami sebagai ibu bapa terbaik untuk mereka.

"Syukur ia tidak terlalu susah biarpun kembar tiga dan membuatkan kami tidak cukup tangan menguruskan mereka serentak. Setakat ini kami melakukannya berdua tanpa menggajikan pembantu," katanya.

Bercerita mengenai tiga bayinya itu, semua dihantar ke TASKA dari jam 7.30 pagi hingga 6 petang dan mereka tidak menghadapi masalah kecuali perlu

membiasakan diri kerana kini mempunyai tiga anak.

"Saya dimaklumkan apabila mengandung tiga anak ini ia biasanya akan dilahirkan secara pembedahan, tetapi saat akhir itu keadaan sebaliknya dan doktor meyakinkan saya mampu bersalin normal.

Alhamdulillah ia berjalan lancar," katanya.

Beliau berkata, Malaysia mampu menjadi pusat rawatan kesuburan dan kardiologi berikutan kualiti perkhidmatan kesihatan yang terdapat di negara ini.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2020 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Comel nya baby
I jika scan ada 3 bayi dalam perut... For sure aku yang pangsan dahulu...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhandulillah, aku tumpang happy dgr cerita mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 01:04 PM | Show all posts
seronoknya baca berita begini
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 01:09 PM | Show all posts
tahniah...Dr Tokha  ni banyak tolong  pasangan dptkan anak dgn kaedah IVF.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
thoreeq? terigt plak thor
terigt plak thorin dlm lotr
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-11-2020 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 01:14 PM | Show all posts
Tahniah buat mereka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2020 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
besar mana la perut time pregnant. baby iols sorg pun masa lahir 2.5kg je. Dr ni babies dia 1.9, 2.2, 2.6kg

btw, tahniah. mesti seronok wpun agak haru biru nak setelkan 3org skaligus
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Seronoknya ada ank kembar..tp klu x de pembantu jenuh jugak nk jg 3 org lelaki nih..x menang tgn nk susukn baby.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
MasyaAllah comelnya , geram nengok baby2 umur sebesar nie

Alahai rindunya bau syurga baby yg baru dilahirkan
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 01:55 PM | Show all posts
bestnyeeeee alhamdulillah..
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 02:06 PM | Show all posts
Kawan iols buat dengan Dr Tokha ni pun menjadi...alhamdulillah...........
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 02:19 PM | Show all posts
tahniah dr.... seronoknyer

yg penting jugak... "supporters" dalam bilik bersalin pun mesti byk membantu jugak waktu tengah nak meneran tuh...

dan doctor dalam bilik tuh....

rezeki dapat bersalin normal kelahiran lebih dr 1...



Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah .. tahniah kepada parents dan pasukan perubatan..
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah...tahniah!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2020 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Kembar tak seiras ke ni? Sebab muka baby macam lain2. Mesti tak menang tangan nak urus 3 anak sekaligus.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 04:34 PM | Show all posts
woowww normal tu yg i kagum sgt.
memang jaga kesihatan dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Dapat lahir normal tu wah so selang berapa minit ye dia meneran? 3 kali teran kan.

Kalau czer susah dia nk bergerak dah la nak uruskan anak3 lagi.
Harap semua baby sihat takda masalah kesihatan bagai.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
kodoklawa replied at 24-11-2020 01:09 PM
tahniah...Dr Tokha  ni banyak tolong  pasangan dptkan anak dgn kaedah IVF.

Dr ni pernah viral dulu kan video dia masa nak sambut baby.
Tak silap ibu yang nak beranak tu pun beranak kembar secara normal gak.
Tenang je doktor ni sambut baby, si ibu pun tenang je takde bunyi2.
Sebenarnya beranak mmg tak perlu bunyi bising2 pun wat abiskan tenaga je terpekik terlolong mcm dlm tv tu.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:14 AM GMT+8 , Processed in 0.262264 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list