View: 3240|Reply: 25
|
[Tempatan]
Hasrat pulang ke Indonesia tinggal impian. PATI juga memilih extra 4 bulan makan
[Copy link]
|
|
Hasrat pulang ke Indonesia tinggal impian
ADILA SHARINNI WAHID | | 24 November 2020
Kasri (tengah) di bawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kota Bharu selepas dihukum penjara empat bulan dan denda RM10,000 kerana kesalahan rasuah anggota polis Julai lalu.
KOTA BHARU - Seorang buruh ladang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang mahu pulang ke negaranya hanya tinggal impian apabila dijatuhi hukuman penjara empat bulan kerana rasuah.
Tertuduh, Kasri, 24, turut didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Hakim Zaman Mohd Nor juga mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara tambahan empat bulan jika gagal menjelaskan denda.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa menawarkan suapan RM600 kepada pengadu Koperal Norazli Syam Mohd Nadzri semasa dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang dalam sebuah kenderaan polis pada jam 11 pagi, 15 Julai lalu.
Suapan sebagai dorongan kepada pengadu supaya melepaskannya daripada tahanan kerana melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) iaitu tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah masuk ke Malaysia.
Bagi perbuatan rasuah, tertuduh melakukan kesalahan Seksyen 16(b)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama.
Terdahulu, tertuduh merayu hukumannya diringankan dan memberitahu mahkamah mahu pulang ke Indonesia.
Timbalan Pendakwa Akta SPRM, Noor Hamizah Ghazali bagaimanapun memohon hukuman setimpal supaya dapat memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang ramai.
“Rasuah kesalahan serius yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan wajib didenda RM10,000 berdasarkan nilai rasuah.
“Nilai kepentingan awam perlu dilindungi, jenayah rasuah berleluasa ketika ini dan hukuman sepatutnya dapat mendidik masyarakat selain faktor dua kesalahan tertuduh yang masuk ke Malaysia tanpa dokumen dan memberi rasuah,” katanya.
Tertuduh tidak menjelaskan denda itu.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... esia-tinggal-impian
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kat penjara lom tentu Selamat.. covid di Mana Mana |
|
|
|
|
|
|
|
Pastinya dia memilih 4 bulan makan free dari kat sana nak makan pun susah sejak covid19 melanda. Sampai ada yang hanya mampu makan ubi rebus je hari2. |
|
|
|
|
|
|
|
kan.
kalau nak bayar dendu 10k tu 4 bulan kait sawit pun belum tentu lepas. zaman Covid plak tu.
cuma berhati2 bila kutip sabun ja lah katanya
|
|
|
|
|
|
|
|
best sgt ke mkn kat penjara haha
tp bosan kot duduk mengadap batu lama2 |
|
|
|
|
|
|
|
banding dengan mengait sawit untuk cari 10k berbaloi kot
duit tu boleh bawa balik indon buat rumah
|
|
|
|
|
|
|
|
bagus koperal tu tak amik suapan sebaliknya pi repot |
|
|
|
|
|
|
|
duit dah hntar online kira dah selamat.
|
|
|
|
|
|
|
|
di jemput sis @Kurex masuk menyampaikan sepatah dua kata
cepaaat sis...!
|
|
|
|
|
|
|
|
Nahnukutu replied at 24-11-2020 09:53 PM
di jemput sis @Kurex masuk menyampaikan sepatah dua kata
cepaaat sis...!
Jadi massage boy je la kasri utk menampung belanja dekat Malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
Benda sama gk dgn all those cluster.. Dorg gaji jln xpyh kje check in dok wad mkn minum 10x even xbgejala.. Free of charge everything plg koman 2mggu wad kls 3 pon dh lbh dr mewah dr duk rumah pekerja yg bersesak 20org tu..
Lps ni gomen cdg nk bantu bina rumah pekerja asing pulak.. Konon dorg skrg duk xselesa.. Mmg prihatin bethooolllll |
|
|
|
|
|
|
|
helicornia replied at 24-11-2020 07:21 PM
bagus koperal tu tak amik suapan sebaliknya pi repot
Sbb sikit sgt... Plg2 6k la ok ijk |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 24-11-2020 03:45 PM
banding dengan mengait sawit untuk cari 10k berbaloi kot
duit tu boleh bawa balik indon buat ru ...
Saya ada kenal seorang cleaner warga indon...dia cakap RM500 dah boleh beli 1 lot tanah di kampung dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
bintangct replied at 24-11-2020 01:06 PM
best sgt ke mkn kat penjara haha
tp bosan kot duduk mengadap batu lama2
pati indon yg pernh kena..bgtau makanan kat penjara dan depot tahanan kat Msia ni.....sedap. |
|
|
|
|
|
|
|
kerajaan yg buka peluang bg mereka masuk dgn mudah. so, hadaplah pendatang haram ni. lagi disimpan, bukannya dihantar balik ke negara asal. |
|
|
|
|
|
|
|
Naper Kurex tak reply forummer yang post sebelum iols tu. tak kan malu kot
|
|
|
|
|
|
|
|
Nahnukutu replied at 25-11-2020 11:02 AM
Naper Kurex tak reply forummer yang post sebelum iols tu. tak kan malu kot
Macam ni bugis, aku rasa aku nak reply, aku reply. Bukan setiap kali orang reply aku, aku kena reply balik. Ingat aku mcm kau ke nak reply balik pun kena create mn baru |
|
|
|
|
|
|
|
Senang sgt pendatang masuk malaysia.....semua nk dtg malaysia...kalau susah viral je dpt rumah setinggan pastu dpt pindah flat...byk bantuan lain...akhirnya beranak pinak kt malaysia. |
|
|
|
|
|
|
| |
|