CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: blue^panther

Dai Syed Didakwa Merogol? Ayah #74, Polis #369, Summary #497, Youtuber #716, Asi

     Close [Copy link]
Post time 4-12-2020 01:56 AM From the mobile phone | Show all posts
azimodin replied at 3-12-2020 04:57 PM
Uish, dah macam tracking kes covid19. Boleh tahan dasyat selera dia. Ni #metoo movement versi Malays ...




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2020 04:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Salam,

Yang masing2 beria sokong si syed ni, korang sehat mental & fizikal tak, kalau tak sihat pergi hospital lah giler, ape memekak dekat thread ni,

Sehina2 orang miskin yang Allah SWT tahan rezeki dia, tak akan pilih jadi penjenayah dengan mencuri untuk memenuhi perut dia, hari ni dia lapar, dia puasa, esok lama lagi, minta tolong orang utk bagi dia keje, esok lapar lagi minta izin tuan rumah nak petik buah-buahan utk makan, ini baru betul ujian untuk menaikkan darjat, dalam dia susah, dia masih pilih jalan betul untuk mulia kan diri sendiri dan agama.

Tang si Syed ni celah mana ujian, diberi Allah SWT nama, populariti, kerjaya, kereta & wang semua, kalau dah bernafsu sangat, kahwin lah, tak cukup 1 kahwin 2, boleh sampai 4 per, apa yang benak sangat, dah terang2 dia penjenayah yang merancang kejahatan jauh dari sisi manusia normal, apa jadah yang kata ini ujian dia untuk dinaikkan darjat, 1400 tahun islam kat muka bumi ni, sirah  islam yang mana Tuhan menguji sesorang agar menjadi perogol & perosak perempuan utk dinaikkan darjat, dlm sirah abah kau ada lah.

Ingat senang ke nak jadi jahat, bangun tido celik mata terus nak merogol, mencabul & buat serangan seksual, benda ni semua ikut proses okey para benak sekalian, dimulakan dengan pekara kecil, dirancang kecil-kecilan, niat dulu, kemudian belajar cari mangsa, belajar kelemahan mangsa, cari cara terbaik nak perangkap mangsa, dah aniaya mangsa, kena tau cara terbaik ugut utk elak mangsa buat report, kena tahu cara nak diamkan mangsa bertahun-tahun, kemudian cari mangsa lagi & lagi sampai AJM.

Mangsa diajak keluar makan kemudian ditipu kata dia nak ambil barang, nota2 di rumah nak pass kat mangsa, siap sembang kata mak dia ada kat rumah, dasar anak derhaka guna nama mak dia utk menjerat semua mangsa, mangsa tunggu depan pintu, lalu dia seret mangsa masuk dalam rumah & rogol mangsa kemudian suruh mangsa naik grab, apejadah mangsa yang salah, faham tak benak kronologi yang aku tulis ni, KORANG NI DAH TUA2 PUN BODOH.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 05:49 AM From the mobile phone | Show all posts
pergh, semakin byk repot yg dibuat..
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 06:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Naluri kuat mengatakan bahawa mamat tersebut  ada penyakit mental. Mohon brain scan beliau
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 06:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tuntasha at 4-12-2020 06:16 AM

Bila para agamawan jugak yg keras berdakwah ‘cari pasangan yg kuat agama boleh bimbing’ selalu dipandang romantis by some girls jadi angau.

Stop romanticize pendakwah. Kita semua manusia.  Darah biru kah, hijau kah...


Aku tak salahkan the girls- apa pun girls tu ikot balik umah ke , ke hutan pun, as a man anak jantan , that is not a license to do what he intended.

Tp sebagai perempuan kena selalu asa rasa syak wasangka dalam hal macam ni utk kebaikan diri sendiri.



Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 06:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Atata at 4-12-2020 07:21 AM
tuntasha replied at 4-12-2020 06:14 AM
Bila para agamawan jugak yg keras berdakwah ‘cari pasangan yg kuat agama boleh bimbing’ selalu dip ...


Tanak komen pasal ujian mutawwif yang dia cakap tu sebab tak berkaitan dengan kes Syed ni. Cuma nak highlight point ke-4 tu mcm ada kaitan sikit yg chuols ada sebut.

Dari FB: Muhammad Izzat Al-Kutawi


Saya antara orang yang anti kepada program Pencetus Ummah, Imam Muda, dan Da’i. Saya tidak pernah menontonnya kecuali jika kebetulan dipasang oleh orang lain, dan itupun dengan rasa benci dan geram, sampai ke peringkat saya hanya mengetahui bahawa seorang peserta adalah rakan kami di Mu’tah setelah menonton rancangan tersebut di sebuah restoran.

Tetapi, kerana rancangan yang saya benci dan peserta-peserta yang kebanyakannya saya tidak pernah kenal melainkan setelah tercetus isu kontroversi dan sensasi seperti yang berlaku seminggu dua ini itulah, orang-orang yang dipanggil “ustaz” – termasuk saya, walaupun saya dari dulu lagi enggan dipanggil “ustaz” – terkena tempias. Terbaru, ada orang mengatakan, tidak pernah ada kes peserta Akademi Fantasia merogol anak orang, tiada lagi kes artis Mentor menceraikan isteri kerana mendapat “aura” di Mekah.   

Seperti wanita yang sensitif apabila saya menyentuh isu rumah tangga dan kakitangan awam yang tidak berpuas hati apabila saya memperkatakan masalah integriti, saya berhak terasa dan terguris dengan ungkapan-ungkapan seperti itu. Tetapi, saya tidak ingin membela diri dan perasan suci, sebaliknya supaya perkara ini tidak berulang saya memberikan cadangan dan nasihat kepada wanita secara khusus dan masyarakat secara umum agar:

Pertama, jangan memberikan harapan terlalu tinggi kepada ustaz. Mereka juga manusia biasa yang diuji dengan pelbagai perkara. Jangan kerana mereka belajar agama, menghafal al-Quran, dan kelihatan warak, kita anggap mereka sempurna.

Untuk pengetahuan semua, kebanyakan pelajar agama yang kemudiannya digelar ustaz sebenarnya dipaksa oleh ibu bapa mereka untuk belajar dalam bidang tersebut. Mereka bekerja sebagai ustaz pun kerana kelulusan mereka dalam pengajian Islam. Hati dan jiwa mereka bukan hati dan jiwa seorang pencinta dan pengamal ilmu.

Kedua, hati-hati dengan ustaz sebagaimana kita patut berhati-hati dengan orang lain. Khalwat dan ikhilā haram hatta dengan ustaz. Alasan “saya ingat ustaz tahu batas halal haram” tidak terpakai di sisi Allah. Berapa ramai yang belajar al-Quran secara berdepan, sedangkan ulama mewajibkan memakai tirai kecuali jika terpaksa. Berapa ramai perempuan cantik berdakwah dan bernasyid di depan lelaki, sedangkan ramai ulama mengingatkan keharamannya. Dalam ilyah al-Awliyā’, ‘Umar b. ‘Abd al-‘Azīz diriwayatkan berkata kepada Maymūn b. Mihrān (atau sebaliknya):
            
“Jangan berkhalwat dengan perempuan bukan mahram, walaupun engkau berniat mengajarnya al-Quran.”

Ketiga, kerana ramai ustaz “tak boleh pakai” maka berusahalah belajar agama sampai mampu menggantikan tempat ustaz-ustaz itu. Kemudian, kita tengok sejauh mana kita yang menghina ustaz mampu bertahan dengan segala godaan dan cobaan itu. Kita mungkin seronok menghina orang kerana kita berada di luar situasi.

Saya bukan mutawwif dan tidak berminat menjadi mutawwif, tetapi rakan-rakan mutawwif menceritakan kedahsyatan ujian wanita yang dihadapi mereka. Ada jemaah wanita yang menggoda, memberikan hadiah dengan kata-kata romantik, dan menghantar isyarat supaya dilamar. Ada juga jemaah wanita yang masih bersuami bertanyakan perkara-perkara yang sulit. Mendengar cerita itu, saya faham ujian yang dihadapi mereka dan makin tidak berminat menjadi mutawwif.

Keempat, elakkan berkahwin dengan ustaz. Saya tahu, ramai wanita yang solehah atau ingin berhijrah mencari ustaz sebagai pasangan kononnya ingin dididik dan diajar oleh suami yang alim. Tetapi, dalam banyak keadaan, ia tidak menjadi begitu.

Sedia maklum bahawa kita mula mengenal aib pasangan hanya setelah berkahwin. Ustaz pun begitu. Aibnya diketahui setelah menjadi suami. Mengetahui aib guru sudah pasti menjejaskan rasa hormat kita kepadanya. Demikian juga ustaz. Niat asalnya ingin menjadikannya suami merangkap guru dan pendidik, tetapi berakhir dengan rasa benci dan sangka buruk kepada ustaz-ustaz.

Saya, dengan tulus hati tanpa secebis pun kepentingan peribadi, menasihatkan wanita agar memilih orang aliran biasa yang minat kepada ilmu dan mengamalkannya. Tidak perlu ustaz. Yang penting, minat dan lebih mustahak, beramal dengan ilmu. Dengan cara ini, kalian boleh belajar dan beramal bersama-sama. Pada masa yang sama, kalian tidak tahu aib ustaz-ustaz yang boleh membuat kalian jauh daripada agama.

Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-12-2020 06:38 AM From the mobile phone | Show all posts
jas7512 replied at 4-12-2020 12:31 AM
Setakat yg i faham kalau ambil wudhuk...baca selawat.etc.yg terhapus dosa adalah dosa2 kecil..dosa2  ...

Tahnye. Hadis palsu mana dia kutip agaknya. Iols cuba search tp belum jumpa statusnya
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 06:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Gingerly replied at 4-12-2020 06:09 AM
Naluri kuat mengatakan bahawa mamat tersebut  ada penyakit mental. Mohon brain scan beliau

Samalah. Rasanya dia ni ada trauma waktu kecik.. rasanyalaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2020 06:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Godblessyoutoo replied at 4-12-2020 04:35 AM
Salam,

Yang masing2 beria sokong si syed ni, korang sehat mental & fizikal tak, kalau tak sihat p ...

   
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts
KucingBiru replied at 3-12-2020 10:11 PM
Haritu ada yang twitter reveal tu. And mcm ada baca jugak ada yang kat youtube video tunjuk messag ...

Probably blh gak amik saksi2 yang 'almost' jd mangsa.. Yg sempat lari,yg sempat selamat, xtau la aida influencer blh jd witness ke tak sbb ada video dia ber hi hi hu ha ha dlm keta dgn si dei ni tp sebbaik la ade kwn, jd saksi si dei ni duk paksa2 dia..  n byk lg ceta2 meke yg almost jd mangsa ni hrp berani lah ke depan. Kalu 1 2 maybe susah sikit nak bantu tp kalu dah lebih dari 10 MO sama jer, pattern dia sama je, takan bak kata joi repah dia 'nakal tp x jahat' lagi kot
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Fazdnoah replied at 3-12-2020 07:46 PM
Kita ubah :
diceritakan dalam sebuah akhbar seorang ahli dakwah kejalan Allah.Pada ketika dia mat ...

Wakakakakakka...   
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
jackreacher replied at 4-12-2020 01:21 AM
Ada jugak ya aku baca yang nak bungkus anak gadis diorang simpan dalam rumah supaya tak diperdaya se ...

we are on the same page. anak-anak perempuan kena diajar memperkasakan diri, bukan dikurung dgn alasan utk elakkan perkara tak elok. i ada ex anak murid, homeschool sejak darjah 1. darjah 6 masuk sekolah sebab nak upsr. kat rumah memang tak ada tv, no gadget, pergaulan, pakaian mak ayah jaga habis. mak ayah pun jenis berniqab, janggut panjang semua.

end up, bila dia masuk sekolah, kejutan budaya. tengok video kebudayaan tarian bangsa lain pun dia boleh menangis2 sebab dia kata dia dah berdosa. bawak pergi school trip lagilah, jadi penakut tengok orang pakai seksi, kawan cakap kasar etc. tapiiiiii bab kena try dengan classmate lelaki, naik syeikh jugak ye merenyam. member yg dah biasa bergaul dgn opposite gender relax2 je bolayankan. dia ni jadik intrigued nak explore. pening mak nak control!

sebab tu i pun setuju, jangan overprotect anak perempuan sampai dia tak tahu macam mana / apa trigger warning atau language lelaki yg acah alim gini
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 09:42 AM | Show all posts
Godblessyoutoo replied at 4-12-2020 04:35 AM
Salam,

Yang masing2 beria sokong si syed ni, korang sehat mental & fizikal tak, kalau tak sihat p ...

i like ur stetment... pelik ada lg nk membela dia... lps tu duk persoal kenapa mangsa2 tak buat mcm ni dan mcm ni... dia ingat semua kepala otak manusia ni sama ke cara berfikir... nk2 ditimpa tragedi melibatkan maruah.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku tk boleh la baca komen2 kat fb.. Waima yg pompuan pun kondem2 mangsa..mendidih la aku.. Aduiii..

So i will stick to this forum.. Biar terbuka sikit minda aku.. Kang aku pun terikut2 mcm fbian... Sama mcm yg kes kat ganu.. Yg bunuh kwn yg jaga mak tu.. Ramai plak aii yg backup pembunuh..

Apa nak jadi eh dgn dunia sekarang...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 09:53 AM | Show all posts
jackreacher replied at 4-12-2020 01:01 AM
Isu yang ketara di sini aku nampak ramai wanita-wanita yang mudah sangat terpedaya dengan orang-oran ...

pendapat aku pulak
walau dah diajar dingatkan sekali pun
tapi kalau nafsu prmpuan tu pun sme bergelodak..sia2 je
pokoknya prmpuan pun ada nafsu
patut diajar tahan nafsu jugak

contohlah kan
bini2 yg dipukul berkali2 teruk oleh laki..tapi leh terima balik
sebbb apa?bukan sebb anak apa bagai
sebb dia bernafsu..masih 'nak' lagi
so dia kisah apa laki dia pukul dia byk kali pun
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 10:29 AM | Show all posts
ars_nil replied at 3-12-2020 10:28 PM
setuju.. kalau suka sama suka pon, dia kira buat maksiat juga la.. sekurang2nya 2 maksiat, zina da ...

kalau tetiba terbukti suka sama suka, adakah ummah pemuja daie syed akan mengeji heols kaki menhenjut pompuan?
ataupun masih husnozon heols cuma bagi terapi batin sahaja?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2020 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
sekutmery replied at 4-12-2020 09:42 AM
i like ur stetment... pelik ada lg nk membela dia... lps tu duk persoal kenapa mangsa2 tak buat mc ...

Sebab yang menyokong tu benak sangat, hati dah gelap, kebanyakkan mangsa adalah muslimah yang pakai tudung labuh, kalau baca bukti screenshots kat twitter dah nak dekat 15 orang dia 'rasmi' kan, sama ada dirogol, dicabul atau di serang secara seksual.

Segala perilaku buruk dia, dia lah kena tanggung, tak ada nya ini ujian utk dia, dia buat jahat, dia kena lah bayar balik hutang jahat dia tu, nak lari mana, hutang tetap hutang, cukup masa Tuhan suruh bayar, kena lah bayar, walaupun tak suka.

Dengan guna manipulasi nama mak dia, dengan 2 tahun tak bertegur dengan bapa sendiri, dengan guna agama, itu pun forumer kepam tetap nak berhusnuzon bagai, patut lah jenayah dikalangan agamawan makin hari makin banyak, ada forumer kepam bekap 24 jam.

Forumer kepam dengan syed ni dua2 sakit mental, layak masuk hospital gila.

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 10:45 AM | Show all posts
abadi84 replied at 1-12-2020 02:31 PM
You..ada perogol pecah masuk bumbung rumah..cuba nak rogol isteri orang..mujurlah suami dia sempat ...

Kenapa masyarakat kita masih lagi dengan persepsi...orang rogol di sebabkan perempuan itu...perempuan ini...Alahai..benda macam ni la yang membuatkan mangsa rogol susah nak tampil kedepan. Hujung2 perempuan yang disalahkan...kenapa dok ikut, kenapa senang sangat dengar pujuk rayu.


Kita kena ingat..pemikiran setiap orang ni tak sama. Ada sesetengah orang..pandai mengelak. Ada sesetengah yang mudah percaya..mungkin di sebabkan terlalu naif. Tapi sebagai seorang lelaki, tak boleh jadikan alasan ini untuk merogol ye. Apatah lagi guna kedudukan sebagai seorang daie untuk memperdaya wanita.


Kalau sorang yang tampil...mungkin boleh dipersoalkan..tapi makin hari makin banyak pulak kes.. Semoga dipermudahkan semuanya untuk mangsa2.


Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 10:51 AM | Show all posts
anggeriklatifah replied at 4-12-2020 09:53 AM
pendapat aku pulak
walau dah diajar dingatkan sekali pun
tapi kalau nafsu prmpuan tu pun sme ber ...

yg kes bini dah kene pukul tapi nak jugak ngan laki tu, bkn sbb nafsu je.  yg sbtulnye sbb bini tu dah kene brainwash. lepas pukul, time bini tu tgh lemah nangis2, laki pulak pujuk abang janji tak buat lg. tapi buat lagi dan lagi. sampai la otak bini tu dah dicuci, laki aku pukul aku sbb sayangkan aku. penah dengar tak. kdg2 ade jugak laki ni, ngan bini ditangan-tangankan, tapi dgn anak sayang lg. pulak tu ngan mentaliti org malaysia ni, laki kaki pukul takpe yg penting nafkah die kasi, tak cari perempuan lain. eh pendek kata walaupun laki tu hauk bini ni tetap diajar utk carik jugak kebaikan laki tu.


Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Godblessyoutoo replied at 4-12-2020 10:44 AM
Sebab yang menyokong tu benak sangat, hati dah gelap, kebanyakkan mangsa adalah muslimah yang paka ...

MO dia cari yg muda, naif, fragile, ukhti2 yg berkemungkinan bsr takde exp dgn lelaki. Dah mcm cerita Sumpahan Org Minyak plak.
Ye, pembackup dia kena check mental masing2 termsk si Sohai and his tololwers.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 03:38 PM GMT+8 , Processed in 0.194349 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list