CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3560|Reply: 24

[Tempatan] Pembunuhan anggota PGA: Insiden berbalas tembakan di sempadan pertama kali berla

   Close [Copy link]
Post time 24-11-2020 10:30 PM | Show all posts |Read mode
Insiden berbalas tembakan di sempadan pertama kali berlaku
| | 24 November 2020


Abdul Hamid ketika ditemui pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di sempadan Malaysia-Thailand sebelum ini hanya mendengar bunyi tembakan yang dihalakan ke arah pos kawalan Tembok Sempadan TS9 di Padang Besar, Perlis dari sebelah negara jiran itu.

Bunyi tembakan didengar pada 12 dan 15 November lepas.

Bagaimanapun, hari ini tembakan itu telah mengorbankan seorang anggota PGA dan menyebabkan rakan setugasnya cedera parah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, insiden tembak-menembak di sempadan Malaysia-Thailand antara anggota PGA dan kumpulan penyeludup yang dilaporkan pada 2.30 pagi itu adalah yang pertama berlaku dan telah menyebabkan anggota pasukan keselamatan terkorban.

“Ini menunjukkan kumpulan penyeludup semakin agresif dan berani menyerang anggota PGA yang sedang bertugas di sempadan,” katanya pada sidang akhbar khas di Bukit Aman di sini.

Hari ini, seorang anggota PGA yang bertugas di sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar, Perlis maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan kumpulan penyeludup manakala seorang lagi cedera parah.

Anggota yang terkorban ialah Koperal Baharuddin Ramli, 54, dari suku kaum Semelai, manakala rakan setugasnya, Koperal Norihan a/l Tari cedera parah dan kini dirawat di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar.

Mengulas lanjut, Abdul Hamid berkata, beliau sudah mengarahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed untuk membantu pasukan forensik JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis dan IPK Kedah menjalankan siasatan lanjut dalam kes tersebut.

“Saya minta kepada mereka (forensik JSJ IPK Perlis dan IPK Kedah) untuk tidak terlepas apa-apa prosedur operasi standard (SOP) siasatan kes ini sekiranya kes ini dibicarakan kemudian dan berpeluang untuk sabitan tinggi apabila mendakwa suspek di negara ini.

“Selain itu, PDRM akan terus bekerjasama dan berhubung dengan Polis Diraja Thailand untuk mengesan dan menjejak saki-baki penyeludup di sebelah Thailand untuk dibawa ke Malaysia bagi menghadapi proses undang-undang di Malaysia,” katanya yang turut meminta Komander PGA Briged Utara, Senior Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji mengetuai operasi kawalan keselamatan di sempadan negara berhubung kes itu.

Katanya, perkara itu juga telah dimaklumkan kepada Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Affendi Buang untuk meningkatkan tahap kawalan keselamatan serta kesiapsiagaan di kawasan sempadan antaranya di Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Kelantan. - Bernama

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... tm_campaign=Insiden berbalas tembakan di sempadan pertama kali&utm_content=&utm_term=
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2020 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Tunggu berbalas tembak dulu ka baru nak bertindak???

Bukan sedara kita yg mati pun kita simpati. Geram dan sedih.

Sulu kat sabah keluar masuk, mengganas...kini, kuar masuk bawa covid...

Indon kuar masuk Johor.

Penguatkuasa gaji jalan, kenaikan tahunan ada...nak kerah abg grab foodpanda pulak ke jaga sempadan??
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Rest in Peace Koporal Baha...

Masih berbisa Senoi Praq....

Kematian mendiang semasa bertugas disempadan dan membalas kembali tembakan penyeludup membuktikan tidak hilang legasi dan legenda kepahlawanan Pasukan Gerakan Am - Batalion Senoi Praq ( dulunya dikenali sebagai Batalion Polis Hutan Senoi Praq)

Satu satunya Batalion Polis Hutan ( kini PGA) yg ditubuhkan khas dan dianggotai oleh kaum orang asli.
Dimana kelayakkan akademik kemasukkan direndah bagi melayakkan orang asli memasuki perkhidmatan Polis.
Dulunya  sehingga awal 90an setakat tamat darjah 6 dah boleh masuk Senoi Praq - kemudian ditingkatkan kepada Tamat tingkatan 3. Dan kelayakkan kini - tamat tingkatan 5.
Tamat tingkatan 3 tidak bermaksud lulus SRP atau PMR dan tamat tingkatan 5 tidak bermaksud lulus SPM. Hanya sekadar tamat tingkatan sahaja.
Ini adalah cara bagi Pasukan Polis memberi peluang kepada kaum orang asli untuk memasuki Polis disebalik kekurangan kelayakan akademik .

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
..... Tetapi disebalik kelayakan yang direndahkan bagi orang asli memasuki batalion Senoi Praq ini. Orang asli apabila diterima masuk dan semasa latihan polis dan latihan hutan - mereka merupakan anggota yg cekap belajar dan rajin.

Malahan kelebihan semulajadi suku kaum mereka dalam kepakaran penjejakan hutan....pakar dalam bau bauan binatang dalam hutan...pakar dalam rupabentuk serta mengenali tumbuhan hutan - dipergunakan sepenuhnya oleh pihak Polis dalam menentang musuh ( pengganas komunis dahulunya) dan penyeludup pada zaman kini.

Batalion Senoi Praq ini yang dianggotai oleh kaum orang asli juga terkenal dgn sikap taat setia pada pasukan dan negara mirip seperti Askar Gurkha yg berkhidmat dgn British.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Sikap anggota anggota Polis Batalion Senoi Praq ini juga agak berbeza dgn anggota polis dari cawangan yang lain.

Oleh kerana asal Batalion Senoi Praq ini dulunya dikenali sebagai Pasukan Polis Hutan (PPH) Batalion Senoi Praq ..yg tugasan utama mereka adalah memerangi pengganas komunis didalam hutan juga dilatih untuk peperangan hutan - maka anggota anggota Senoi Praq ini lebih akrab dengan anggota anggota tentera darat. Pernah bersama sama menjalankan operasi bersama anggota tentera darat.  Pernah menjadi pasukan bantuan infantri kepada pasukan Askar Melayu semasa pertempuran dalam hutan.

Sikap akrab anggota senoi praq terhadap askar masih ada sehingga kini...
Contoh dimana - Jika mereka terserempak dgn Pegawai Tentera...mereka akan memberi tabik hormat dan memanggil Tuan ..sama seperti anggota askar terhadap pegawai.

Kalao anggota Polis cawangan lain - lebih lebih lagi generasi baru anggota polis - tidak memberi tabik hormat dan cuba mengelak dari memanggil Tuan kepada pegawai tentera......selalunya kalao tak dapat nak elak...mereka lebih suka memanggil pangkat pegawai tersebut ( ini dilakukan oleh kebanyakkan anggota polis am dan trafik yg baru berkhidmat dan tidak pernah bertugas dalam Pasukan Gerakan Am)

Orang lama dalam pasukan Polis dan Pegawai pegawai kanan Polis masih atas dasar courtesy memberi hormat kepada pegawai tentera yg lebih kanan dari pangkat mereka.
Contoh : sorang DSP Polis masih tabik bila bertemu dan memanggil Tuan kepada pegawai tentera yg berpangkat Kolonel.
Atau sorang Sarjan Mejar Polis masih panggil Tuan kepada Pegawai Tentera berpangkat Mejar.

Walao bagaimana pun semua anggota anggota PGA Batalion Senoi Praq ini masih bertradisi menghormati anggota dan pegawai tentera dari dulu zaman perang gerila komunis hingga kini sama sama beroperasi di hutan sempadan.
Ini disebabkan bidang tugas yg hampir sama - mengawal hutan dan sempadan dari segala jenis ancaman musuh dari luar atau dalam negara.

Mereka Batalion Senoi Praq dalam bahasa mudah - adalah askar separa militer.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
PristineOne replied at 24-11-2020 10:58 PM
..... Tetapi disebalik kelayakan yang direndahkan bagi orang asli memasuki batalion Senoi Praq ini.  ...

Tq bro.. info berguna..
Susunan ayat pon best
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-11-2020 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
PristineOne replied at 24-11-2020 11:14 PM
Sikap anggota anggota Polis Batalion Senoi Praq ini juga agak berbeza dgn anggota polis dari cawanga ...

menarik tuan!
bila baca2 mcm ni terasa semangat tp sedih dgn kematian anggota ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Bnyk sumbangan family gemulah akn dpt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2020 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by melayuKuno at 24-11-2020 11:46 PM

Melampau tembak orang Asli dm..dah tentu la ini tanah air diorgg.diorg pertahankan tanah air diorg.

Ini sebagai amaran..warning call penyeludup perlu diperangi dengan lebih ganas...sesiapa yang melintas sempadan secara haram wajib ditembak dikepala tanpa bekas kasihan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
PristineOne replied at 24-11-2020 10:51 PM
Rest in Peace Koporal Baha...

Masih berbisa Senoi Praq....

Tq ya kongsi info
Pernah dgr tapi xtau secara terperinci
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
3480 replied at 24-11-2020 11:20 PM
Tq bro.. info berguna..
Susunan ayat pon best

Pokchik berkesempatan sama sama bertugas dgn anggota2 Senoi Praq ini semasa Ops Selamat Sawadee 3- ( kitaorang masuk hutan sama sama bagi nyah aktifkan ( defuse) jerangkap samar yg dipasang oleh komunis - lepas komunis surrender pada tahun 1989 dan Ops tu dijalankan pada tahun 1991/1992 .

Rasa tenang dan selamat masuk hutan dgn anggota anggota Senoi Praq ni....diorang terrer yg mana jejak binatang buas....kat mana sarang ular sawa.....kat mana selamat nak pacak khemah bermalam.

Diorang boleh cium bau kalao gajah nak mendekati kawasan perkhemahan operasi.

Memang respek kepakaran hutan anggota anggota Senoi Praq ni.

Pokchik berbangga ...pernah bersama mereka dalam tugas.

Orang Asli Batalion Senoi Praq - they are the finest !       Tak terkejut langsung bila dapat tahu pasal kes tembakkan ini - dimana Mendiang Korperal Baha dan rakan membalas balik tembakkan tanpa lari take cover... itu la sikap dan darah pahlawan mereka.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalao baca berita2 online hari ini atas kes tembakkan ini - kita boleh baca dan nampak Ketua Polis Negara ( IGP) Tan Sri Hamid nampak sedih dan cakna.

Tan Sri IGP bergegas ke Perlis awal pagi tadi....siap tenguk lokasi kejadian pembunuhan koperal Baha dan melawat koperal Norihan yg cedera parah. Dalam satu petikkan berita...Tan Sri IGP siap cakap akan menguruskan sendiri perjalanan jenazah mayat mendiang Koperal Baha sempurna sampai ke Bahau, Negeri Sembilan ( kampung asal Koperal Baha)

Sikap Tan Sri IGP ini boleh difahami....Tan Sri sendiri semasa jadi pegawai muda polis...pernah bertugas sebagai Pegawai Polis Hutan....dan Tan Sri sendiri pernah ops dalam hutan semasa berpangkat ASP sebelum beliau posting ke Special Branch.
Oleh itu Tan Sri cukup kenal sikap taat setia dan keberanian anggota2  Senoi Praq ini seperti Kpl Baha dan Kpl Norihan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
PristineOne replied at 24-11-2020 11:14 PM
Sikap anggota anggota Polis Batalion Senoi Praq ini juga agak berbeza dgn anggota polis dari cawanga ...

Minta maaf nak menyampuk. Bila sebut pasal PPH ni, antara peristiwa yang tak leh dilupakan bila PPH "dihalau" keluar oleh Thailand di pada tahun 1976. Thailand dah tak nak PPH jaga kem di Betong sebab turutkan sangat tekanan pada masa itu. Nak kata pro komunis pun boleh jugak. Lepas tu dia tak bagi trak polis ke kem. Jadi anggota PPH berjalan kaki hingga ke Kampung Kroh. Orang2 Kampung Kroh memberi sambutan yang sangat meriah sempena menyambut kepulangan  mereka. Orang ramai tak kira tua muda berada di kiri kanan jalan. Siap ada kain rentang Selamat pulang pahlawan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 25-11-2020 12:24 AM
Minta maaf nak menyampuk. Bila sebut pasal PPH ni, antara peristiwa yang tak leh dilupakan bila PP ...

Yes sis.... Betul tu...Ni semua cerita cerita lejen keberanian dan episod suka duka pasukan polis hutan ni.

Polis jaman now yg muda muda ni kena ambik iktibar kisah orang orang lama dalam Polis Hutan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 01:24 AM From the mobile phone | Show all posts
PristineOne replied at 25-11-2020 12:35 AM
Yes sis.... Betul tu...Ni semua cerita cerita lejen keberanian dan episod suka duka pasukan polis  ...


PPH pergi operasi Betong siap bawa keranda. Betong masa tu memang kawasan pekat hitam. Peristiwa pengusiran betul2 menguji kemampuan Tun Hanif Omar yang baru dua tahun jadi KPN. Umur baru 37. Bergandingan dengan otai King Ghaz yang masa tu jadi Menteri Pertahanan.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 02:15 AM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 24-11-2020 11:40 PM
Bnyk sumbangan family gemulah akn dpt

Yes...

Yang pasti mendiang Koperal Baha akan naik pangkat secara Anumerta dalam satu tingkat

Maksudnya...mendiang dari pangkat koperal akan dinaikkan pangkat kepada Sarjan.

Walaopun kenaikkan pangkat ini diberi selepas mendiang terkorban tapi dapat membantu kepada balu dan keluarga yang ditingggalkan.

Pencen yg diberi kepada balu akan berdasarkan pangkat yg baru naik ( lagi tinggi nilainya)

Selain dari itu ...ada insurans kelompok...ada ganjaran perkhidmatan....

Tu semua tak termasuk derma kematian dari Pasukan...dari IPK ...juga dari Bukit Aman.

Satu lagi.....Negara dan Seri Paduka tidak akan melupakan pengorbanan mendiang....pasti pingat PGB - Panglima Gagah Berani akan dianugerahkan. Anugerah tertinggi Negara ( lagi tinggi kekananan dari darjah PMN gelaran Tan Sri) yang hanya boleh dianugerahkan kepada anggota tentera dan Polis yg terkorban atau cedera parah dalam pertempuran demi negara.

Jika kes tembakan ini yg mengorbankan mendiang tidak cukup melayakkan mendiang untuk dapat PGB atas sebab bukan pertempuran perang. Pasti paling tidak Pingat Bintara Polis akan dianugerahkan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2020 02:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Mendiang Koperal Baha ni bukan tidak berugama....mendiang mengamalkan kepercayaan Pagan atau agama Pagan - kepercayaan kepada hutan belantara dan roh nenek moyang.

Bukan semua anggota PGA Batalion Senoi Praq yg ugama Pagan...ada juga yg berugama islam.

Buat perwira negara  Mendiang  Koperal Baharuddin ....

" Tenang la kamu Yob dialam sana...Tok Nenek moyang jaga kamu Yob.   Negara tidak akan lupakan jasa mu"

Rest in Peace......
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 02:33 AM From the mobile phone | Show all posts
PristineOne replied at 24-11-2020 11:43 PM
Pokchik berkesempatan sama sama bertugas dgn anggota2 Senoi Praq ini semasa Ops Selamat Sawadee 3- ...

Wow kagum aku dgn cerita pok cik . Kagum dgn dorg
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 03:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Mendiang Koperal Baha diberikan penghormatan penuh istiadat Kepolisan. Keranda mayat dilitupi bendera negara - Jalur Gemilang.

Selayak nya lah jenazah pahlawan dihantar ke persemadian.

#gambar semasa mayat mendiang dibawa keluar dari post mortem dan dibawa ke kereta jenazah untuk singgah ke Kem Batalion 3 PGA di Bidor Perak sebelum dibawa ke kampung orang asli asal mendiang di Bahau, Negeri Sembilan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 03:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Jenazah Mayat Mendiang Koperal Baha sampai di Kem Batalion 3 PGA, Bidor , Perak ....pada jam 9.30 malam tadi

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:14 AM GMT+8 , Processed in 0.089322 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list