View: 7225|Reply: 85
|
[Tempatan]
Kesan WFH : kembali ke tempat kerja, sudah tidak ingat simpang jalan, lupa undan
[Copy link]
|
|
MACAM-MACAM ragam dialami rakyat Malaysia terutamanya yang perlu bekerja di rumah atau ‘work from home’ (WFH), seperti lupa dan sebagainya.
Ada antaranya apabila perlu kembali ke tempat kerja, sudah tidak ingat simpang jalan, lupa undang-undang jalan raya termasulah skill memandu yang berkurangan.
Masalah sedemikian dilihat menggelikan hati, namun ia sebenarnya beban yang serius dan perlu diatasi dengan cepat dan baik.
Hal demikian tidak mustahil apabila rakyat tinggal dalam kawasan yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Diperketatkan (PKPD).
Malah, rakyat Malaysia secara umumnya tidak tahu situasi yang dihadapi mereka sekarang, bila ancaman Koronavirus (Covid-19) dan PKPB akan berakhir.
Tekanan adalah punca kepada masalah lupa apabila otak manusia perlu memproses dan adaptasi pelbagai perkara untuk menerima perubahan seperti WFH.
Perubahan tersebut termasuklah cara kerja dan suasana ruang kerja yang berbeza di rumah berbanding tempat kerja.
“Itu sebenarnya tanda-tanda kita mengalami tekanan yang mana kita rasa fikiran kita ini dirasakan terlampau berserabut sampai rasa susah untuk ingat perkara lain.
“Sebab apa, pertama, perubahan rutin. Biasa kita kerja dekat tempat kerja.
“Kedua pula, pengasingan sosial. Maksudnya bila pergi ke tempat kerja, kita berjumpa dengan orang dan colleague.
Ketiga, perubahan dari segi situasi tempat kerja itu sendiri. Ramai juga orang kita rasa dia mengalami masalah untuk adaptasi kerja di rumah.
“Tak semua kerja kita boleh lakukan di rumah sebab terhad. Bila kita kerja di rumah, banyak had yang membatasi. Semua kerja kita perlu buat sendiri, kalau di tempat kerja kalau ada benda yang kita tidak tahu boleh rujuk kepada kawan-kawan atau penyelia.
Suara Merdeka
Menu
Home/Rencah Hidup
Rencah Hidup
Tekanan, punca lupa kesan terlalu lama ‘terperap’ di rumah
Mohamad Athir Ismail Mohamad Athir Ismail Follow on TwitterSend an email10 hours ago 35 2 minutes read
MACAM-MACAM ragam dialami rakyat Malaysia terutamanya yang perlu bekerja di rumah atau ‘work from home’ (WFH), seperti lupa dan sebagainya.
Ada antaranya apabila perlu kembali ke tempat kerja, sudah tidak ingat simpang jalan, lupa undang-undang jalan raya termasulah skill memandu yang berkurangan.
Masalah sedemikian dilihat menggelikan hati, namun ia sebenarnya beban yang serius dan perlu diatasi dengan cepat dan baik.
Hal demikian tidak mustahil apabila rakyat tinggal dalam kawasan yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Diperketatkan (PKPD).
Malah, rakyat Malaysia secara umumnya tidak tahu situasi yang dihadapi mereka sekarang, bila ancaman Koronavirus (Covid-19) dan PKPB akan berakhir.
Related Articles
Selain Gajah, Simbol Calon Bebas Untuk Bertanding Yang Ke-30 Agak Melucukan!
1 day ago
Duit aku, suka hati akulah: Keluar Wang Sendiri Payah!
3 days ago
Wujudkah hari meja, kerusi, wang, dapur, ibu mertua sedunia?
3 days ago
TUDM laksana penerbangan ihsan bawa bayi dari Kuching ke KL untuk dapatkan rawatan
4 days ago
Tekanan adalah punca kepada masalah lupa apabila otak manusia perlu memproses dan adaptasi pelbagai perkara untuk menerima perubahan seperti WFH.
Perubahan tersebut termasuklah cara kerja dan suasana ruang kerja yang berbeza di rumah berbanding tempat kerja.
“Itu sebenarnya tanda-tanda kita mengalami tekanan yang mana kita rasa fikiran kita ini dirasakan terlampau berserabut sampai rasa susah untuk ingat perkara lain.
“Sebab apa, pertama, perubahan rutin. Biasa kita kerja dekat tempat kerja.
“Kedua pula, pengasingan sosial. Maksudnya bila pergi ke tempat kerja, kita berjumpa dengan orang dan colleague.
“Ketiga, perubahan dari segi situasi tempat kerja itu sendiri. Ramai juga orang kita rasa dia mengalami masalah untuk adaptasi kerja di rumah.
“Tak semua kerja kita boleh lakukan di rumah sebab terhad. Bila kita kerja di rumah, banyak had yang membatasi. Semua kerja kita perlu buat sendiri, kalau di tempat kerja kalau ada benda yang kita tidak tahu boleh rujuk kepada kawan-kawan atau penyelia.
“Keempat, cabaran untuk susun jadual kerja itu sendiri. Kalau dekat tempat kerja, kita sudah tahulah rutin waktu dan jadual.
“Bila dekat rumah, kita punya rutin itu memang berbeza, maksudnya bangun pun pukul berapa, tak perlu bergegas ke tempat kerja.
“Jadi, apabila hendak kembali bekerja di tempat kerja, mereka perlu sesuaikan diri semula.
“Oleh demikian, perubahan dalam hidup kita ini, susah untuk berubah secara drastik.”
Demikian penjelasan Setiausaha Persatuan Psikiatri Malaysia, Dr. Firdaus Abdul Gani ketika dihubungi Suara Merdeka hari ini.
Tambah beliau, lupa yang dialami bukanlah sebab hilang ingatan, sebaliknya hilang tumpuan ataupun dipanggil sebagai pre-occupied.
Keseimbangan dan empati
Dalam pada itu, Pakar Psikiatri dan Psikoterapi, Dr. Hazli Zakaria menjelaskan manusia memerlukan keseimbangan dalam menghadapi rutin harian.
Bermakna, terlalu lama berada di tempat yang sama juga tidak sesuai dan mendatangkan tekanan kepada minda.
“Apabila terlalu lama berada di rumah pelbagai gangguan diterima di rumah dan seseorang itu boleh hilang tumpuan untuk melakukan sesuatu perkerjaan.
“Gangguan tersebut termasuklah seperti hal rumah yang perlu diselesaikan termasuklah masak, bersihkan rumah, uruskan anak dan sebagainya.
Gangguan yang lebih berat mungkin dialami oleh ibu bapa yang mempunyai lebih dua orang anak bersekolah. Mereka juga perlu diuruskan makanan, kelas online dan sebagainya.
“Oleh demikian perlu ada keseimbangan di situ apabila pekerja mungkin boleh ke pejabat pada waktu-waktu tertentu namun tidak sekerap dahulu.
“Rutin sedemikian juga boleh mengurangkan tekanan dan meningkatkan fokus serta produktiviti kerja.
“Selain itu, majikan juga perlu memahami tekanan dan cabaran yang dialami pekerja apabila WFH seperti dinyatakan tadi dan tidak terlalu menekan.
“Ini kadang-kadang, kerja dekat rumah pun pekerja berasakan terlalu diperhati sehingga mereka hilang fokus, terganggu dengan urusan rumah, akhirnya anak-anak menjadi mangsa untuk lepaskan kemarahan.
“Kena ada keseimbangan kepada pekerja bekerja dan menjalani rutin harian serta rasa empati daripada majikan kepada pekerja mereka supaya dapat mengurangkan tekanan,” kata Hazli yang juga pengasas Alaminda itu. – SM
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Wfh ni kurang stress hadap traffic jam dgn perangai2 pemandu kurang ajar.. dari segi tu syukur la jugak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku wfh selang sehari..takde la smpi jadi mcm ni. Jalan tak jem tu yg best masa pkpb ni |
|
|
|
|
|
|
|
I work from home alternate 2 dan 3 hari seminggu. So far masih ok lagi pegi office. |
|
|
|
|
|
|
|
jalan tak jem tu mmg okay sangat.. tapi keje aku ni.. aku prefer keje kat office.. |
|
|
|
|
|
|
|
Yes yes yes |
|
|
|
|
|
|
|
Syukur pada Tuhan. Disebabkan PKPB ni, jalan tak berapa sesak sangat. Maka dapatlah memandu ke office dengan tenang. |
|
|
|
|
|
|
|
merrissa replied at 25-11-2020 08:26 AM
bukan sebelum pkp pun dh tak reti bagi signal ke
Ya betulllll |
|
|
|
|
|
|
|
Area selangor ni jem je pagi2 nk ke keje.
Mungkin tk semua offc yang benarkan wfh.
Atau org dh tak kurang guna pengangkutan awam mcm MRT, LRT, komuter ?
|
|
|
|
|
|
|
|
Apeke bangang ke jenis camni? |
|
|
|
|
|
|
|
Hari2 jumpa celaka bawak kereta mcm palat.. |
|
|
|
|
|
|
|
agak2 laaa nak melawak punnn. hilang ingatan ke apa? |
|
|
|
|
|
|
|
zorrro_03 replied at 25-11-2020 10:04 AM
agak2 laaa nak melawak punnn. hilang ingatan ke apa?
Khennn...unless baru start keje sebelum pkp logic la kot nak lupa jalan..kalau dah bertahun autodrive dah xyah pikir jln lg..sambil berangan tau2 dah sampai..kalau dah blur sgt pon xde waze ke hp tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Skrg ni aku ibaratkan WFO is me time aku. Time lunch je gi melilau kt maxvalue wlpn takde menda nak hahaha. |
|
|
|
|
|
|
|
over naw x reti bwak kete
|
|
|
|
|
|
|
|
setuju..... ape payah nau nak bagi signal xtau ler
|
|
|
|
|
|
|
|
Over betul, mengalahkan merantau luar negara dan tak balik 20 tahun. |
|
|
|
|
|
|
|
bagus WFH ni..kot yg mana berskandal kat opis tu,leh la kurang2 berjumpa kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
bagusnya WFHni nak g keje jalan kurang sesak..tapi klu bab keje, better buat kt ofis berbanding di rumah..stress berganda.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|