CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5485|Reply: 37

"Mati Nanti Dia Tak Tanya Pasal Jiran Selang 3 Rumah" - Faezah Elai Ja

[Copy link]
Post time 25-11-2020 11:09 AM | Show all posts |Read mode
Pelakon, Faezah Elai mengakui ‘first impression’ atau pandangan pertama merupakan antara aspek yang penting apabila kita ingin mengenali seseorang


Bagaimanapun, menurut Faezah, bersangka baik atau bersikap husnuzon sebenarnya jauh lebih baik dan sememangnya dituntut.


Jelasnya lagi, sebagai manusia bukan tugas kita untuk menentukan sama ada syurga atau neraka menjadi destinasi abadi individu lain di akhirat kelak.

“Kadang-kadang kita ni suka sangat judge orang hanya dengan apa yang dia pakai. I must agree that first impression is very important tapi husnuzon tu jauh lebih baguih.

“Jangan pandang rendah pada pendosa sebab syurga dipenuhi pendosa-pendosa yang bertaubat manakala neraka penuh dengan orang-orang alim yang munafik,” tulisnya.




Kredit foto: IG Faezah




Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Faezah menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.


Dalam pada itu, Faezah turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa memperbaiki amal ibadah diri dan insan tersayang berbanding mengambil tahu mengenai orang lain.

“So elok lah kita jaga syurga kita means anak-anak kita, kakak, adik, orang-orang dekat ngan kita.

“Tak payah sibuk syurga neraka orang lain sebab nanti mati, yang ditanya tentang solat kita, amal jariah kita.

“Dia tak tanya jiran selang tiga rumah hang sembahyang Jumaat masjid mana? Dia tak tanya artis tu pakai kereta sugar daddy bagi ka?

“Kan elok jaga kain-kain sendiri daripada kalut dok jaga dalam kain orang bukan dapat duit pon dapat dosa ja. cehhh,” kongsinya lagi.




Kredit foto: IG Faezah




Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju selain menghargai atas perkongsian bermanfaat dan boleh dijadikan sebagai sempadan dalam kehidupan.




Sumber: Media Hiburan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2020 11:24 AM | Show all posts
ello, jiran jiran juga penyebab kau boleh masuk syurga tau. kot la jiran tu pelik, eh mana jiran aku dulu g masjid sesama tapi xde dlm syurga, dia boleh jadi asbab kau keluar dr neraka tu juga tau.

*kalau kita ke neraka la, insyaallah kita semua ke syurga.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 11:43 AM | Show all posts
Dengan orang sekeliling iaitu jiran pun kita kena jaga dan berbaik.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Amboiii amboiii amboiiii.. Tetiba teringat pulak lagu ni.. Sape ntah nyanyi.. Lupa plak
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
asmara_me replied at 25-11-2020 11:24 AM
ello, jiran jiran juga penyebab kau boleh masuk syurga tau. kot la jiran tu pelik, eh mana jiran aku ...

Kau dah singgah neraka ke
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 11:53 AM | Show all posts
dia ni kalu bukak mulut sume statement sheollss konfem mesti ada yang xkena..jenis mulut lagi laju dari otak ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-11-2020 11:59 AM | Show all posts
Daripada Abu Said al-Khudri RA, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubah dengan tangan, sekiranya dia tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, sekiranya tidak mampu mengubah dengan lidah hendaklah dia mengubah dengan hati, dan mengubah dengan hati adalah selemah-lemah iman.


Mungkin cara menegur tu salah, tapi kene faham, mencegah kemungkaran tu wajib.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 12:02 PM | Show all posts
umbut replied at 25-11-2020 11:52 AM
Kau dah singgah neraka ke

aku ada salah cakap ke? hehh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2020 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh? Ye ke? Rasa mcm ada saham jugak jer..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 12:16 PM | Show all posts

Berbaik dengan Jiran

Daripada ibnu Umar dan Aishah RA, kedua-duanya berkata, sabda Rasulullah SAW, “Jibril sentiasa memesan kepada aku supaya berbaik-baik dengan jiran hingga aku menyangka bahawa Jibril akan menetapkan hukum pusaka antara sesama jiran."

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Huraian Hadith :


Islam menyuruh berbaik-baik dengan jiran.
1. Dalam Islam, jiran mempunyai tanggungjawab di atas jirannya yang lain daripada keluarga yang tinggal berjauhan.
2. Tahap hubungan kejiranan adalah di anggap sampai ke taraf kekeluargaan.
3. Umat Islam hendaklah sentiasa pesan-memesan antara satu dengan yang lain untuk mengeratkan hubungan kejiranan untuk mencapai kebahagiaan.


Sumber : Kitab Riyadhus Salihin


Dicipta Pada: 09 Disember 2016
Hits: 14543
http://www.islam.gov.my/e-hadith/808-berbaik-dengan-jiran
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 12:18 PM | Show all posts
dr posting dh tau yg dia jenis tak tegur jiran...mmg la  malaikat tak tanya pasal jiran ko tp ko mati nant jiran tetangga ko jg la yg akan mandikan, kapan, solat jenazah & masukkan ko dlm liang lahad...tak suruh pon ko  jd kepoci hal peribadi jiran cuma berbuat baik sesama jiran dan org sekeliling ko...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Pening kdg2 sbb dlm islam tu sdri suruh cegah kemungakaran dpn mata. Tp puak yg buat kemungakaran ckp jg kain sdri, jgn syurga diri. Sat lg xpepasal kena tanya kat akhirat, masa saudara islam kau hanyut, di mana kau?? Kdg2 rasa umat akhir zaman ni mcm semua xlepas ke syurga. Diri dah jaga, on socmed pulak belum tentu.

Benda simple je sometimes, laki skrol ig, nmpk aurat perempuan, dua2 dpt dosa. Pernah ke 24jam tanpa socmed? Mesti terskrol jugak gmbar free hair. Tu belum cerita kalau dkt tmpt keje, kalau 1 office dgn islam yg xmenutup aurat, celah mana la laki tu nk jg pandangan? Nanti kat akhirat , kena tanya pulak kenapa xtegur? Payah2
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 01:18 PM | Show all posts
Apa yg dia bebelkan tu... hehe
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 01:25 PM | Show all posts
Cara teguran je dia silap ni..dan terlepas pandang bab kejiranan.

Dalam islam hubungan kejiranan yang perlu kita ambil tahu tapak rumah kita sekeliling depan blkg sebelah tepi dalam kiraan 40buah..dekat atau jauh yang kita kena jaga dan pasti akan di soal juga nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 01:30 PM | Show all posts
baru acah2 nak dapat hidayah...
mulalah mencemuh orang  x btol...
diam2 sudahlah...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
ishhh nk tazkirah tp isi tak menepati syariat islam.. apooo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2020 02:29 PM | Show all posts
uishhhh g usrah beriya... takde belajar pasal adab dan hak jiran dalam islam ke?
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 02:43 PM | Show all posts
Tujuh kali pergi usrah sudah pandai tepis fatwa amboi amboiiii
ni la artis yang bila rasa diri dia baik dari orang mula la nak keluar statement mcm2
diam2 tak boleh ker
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes xpuas hati dgn jiran ke

Nway jiran tu bkn 3 rumah je dik non. 40kanan kiri atas bawah depan belakang ngerti?
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
si fake tak berapa cerdik cuma mampu fly domestic flight sahaja, buat muka kat klinik tapi kata hasil dari medicated skincare dia, memang kepala masuk angin keluar asap. Sila dalamkan ilmu agama ya.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 11:35 PM GMT+8 , Processed in 0.395508 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list