View: 1229|Reply: 10
|
[Tempatan]
JASA kini J-KOM
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Kerajaan bersetuju untuk menjenamakan semula Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) sebagai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) dengan peranan dan fungsi berbeza, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Datuk Saifuddin Abdullah.
Beliau berkata matlamat J-KOM adalah untuk mewujudkan komunikasi dua hala antara kerajaan dan rakyat iaitu bagi menyampaikan maklumat kerajaan yang tepat, sahih dan bijaksana kepada rakyat, selain mendengar suara dan maklum balas daripada rakyat.
"Kaedah yang digunakan ialah dengan cara membangunkan komuniti, khususnya di peringkat akar umbi, yang mengamalkan budaya ilmu, berkemahiran digital dan menghayati makna dan fokus patriotisme dengan menggunakan pendekatan 'penghakupayaan komuniti'," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.
Saifuddin turut memaklumkan bahawa fungsi J-KOM juga berbeza dengan Jabatan Penerangan (JPEN) kerana tugas utama J-KOM pada waktu ini adalah melaksanakan komunikasi strategik membudayakan normal baharu susulan pandemik COVID-19.
JAPEN pula, katanya bertujuan memberi kefahaman mengenai sesuatu dasar, program dan inisiatif kerajaan dengan memberi keutamaan kepada komunikasi.
Katanya, fungsi J-KOM juga tidak bersifat bertindan dengan agensi lain di bawah KKMM seperti Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang mempunyai kumpulan sasar, pendekatan program dan aktiviti berlainan.
Menjawab celahan Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) mengenai dakwaan jabatan itu merupakan ejen penyebar propaganda, Saifuddin memberi jaminan J-KOM bukan mesin propaganda selain menegaskan ketua pengarah serta timbalannya tidak akan dilantik dalam kalangan orang politik.
"Saya bagi jaminan J-KOM bukan mesin propaganda. Proses (lantikan) mengikut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ada kriteria dan kriteria utama merupakan celik IT.
"Saya beri jaminan ketua pengarah dan timbalan (ketua) pengarah tidak akan dilantik daripada orang politik, ia harus kombinasi (golongan) profesional dan pegawai tadbir yang baik serta bersahsiah tinggi," katanya.
Beliau berkata, lantikan itu harus melalui proses permohonan dan temu duga yang telus mengikut lunas peraturan yang ditetapkan JPA.
Mengulas mengenai peruntukan RM85.5 juta untuk jabatan itu yang disifatkan terlalu tinggi, Saifuddin tanpa mendedahkan jumlah itu memberi bayangan peruntukan itu akan dikurangkan.
Katanya, pengurangan peruntukan itu boleh dibuat berikutan peruntukan J-KOM berdasarkan jumlah daerah dan bukannya peruntukan mengikut jumlah Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) seperti sebelum ini.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 November 2020 @ 2:56 PM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Serpihan hancing ni mmg keje rebranding je
BN kalah sbb jasa bodoh, ni dia gi kutip lagi sampah ni |
|
|
|
|
|
|
|
cara2 nak habiskan duit rakyat dengan cepat. buat projek entah apa2. tapi rakyat mengelupur hilang kerja. berani betul , bn dah tumbang perangai xinsaf lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
idea cetak wang cmne? devalue ringgit? masak lah ekonomi lg teruk dari 1998.
mmg dia org extend alasan kementerian belum dapat feedback untuk bajet lg.
|
|
|
|
|
|
|
|
Adik senyum sinis je akak!!! |
|
|
|
|
|
|
|
PERMATA jadi Genius
BR1M jadi BSH jadi BPR
Klinik 1Malaysia jadi Klinik Komuniti
SPAD jadi APAD
AES jadi AWAS
Kilang Haram jadi Kilang tanpa kebenaran
|
|
|
|
|
|
|
|
bangcak replied at 25-11-2020 04:44 PM
idea cetak duit tu elok dipanjangkan dibahas dlm dewan.
- baper kos mesin
- baper matawang nak ...
Idea bodoh cetak wang..serupa dengan kau. Selayaknya la org macam kau ni menyokong cetak wang. Hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
bangcak replied at 26-11-2020 04:04 PM
cilaka punya ejen dapig tak sokong cadangan gomen muafakat.
rba dok kutuk cadangan gomen bodoh2 ...
Eh hello..kau ingat aku pencacai macam kau ke?
Aku kalau benda tu bangang, xde nye aku nak sokong. Rba dapig je yg benda bangang pon sokong jugak tok pekong guanjeng.
Kalau PN ke BN ke PAS ke komen benda yg bodoh,selayaknya lah aku maki jugak. Tp paling aku maki semestinya dapig la. Benda salah, bangang rba pi sokiong
Nmpak tak beza penyokong dapig dengan PN/BN? Rasional tu kena ada. Bukan membabi buta sokong.. |
|
|
|
|
|
|
|
bangcak replied at 26-11-2020 04:14 PM
semua org tau uol rba dapig.
cadangan gomen pon nak dimakinya.
jilat la dapig tu.
Haahhaha..aku senyum sinis je org bipolar mcm ko. |
|
|
|
|
|
|
|
da baper lama jd rba? dapig bayar baper dok kempen kutuk idea gomen nih??
pantang gomen bg idea dikutuknya.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|