View: 10033|Reply: 96
|
[Tempatan]
Si Cantik, kucing jalanan di stesen LRT Wangsa Maju menarik perhatian
[Copy link]
|
|
Si Cantik yang menarik perhatian
MyMetroUtama
Si Cantik. FOTO ihsan media Prasarana
Murnaena Muhammad Nasir
am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Kehadiran seekor kucing betina diberi nama 'Si Cantik' yang duduk di laluan masuk dan keluar stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Wangsa Maju, di sini, menarik perhatian pengguna.
Beberapa gambar Si Cantik yang seolah-olah memantau prosedur operasi standard (SOP) pengguna LRT yang dimuatnaik jurufoto Prasarana, Mohd Faith Ezene Mad Tan di FB tular dan dikongsi ramai.
Jurucakap Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) berkata, hasil temubual bersama pengurus LRT Wangsa Maju, Si Cantik sebenarnya sudah lama tinggal di situ.
"Atas dasar perikemanusiaan, pengurusan LRT Wangsa Maju menjaga kebajikan kucing jalanan itu memandangkan sudah hampir dua tahun ia tinggal di sini.
"Hampir setiap hari Si Cantik akan datang ke sini dan duduk di kerusi yang disediakan khas untuknya iaitu di sebelah anggota polis bantuan," katanya ketika ditemui dalam tinjauan Harian Metro di stesen LRT Wangsa Maju, di sini, hari ini.
ANGGOTA polis bantuan bersama Si Cantik memantau pengguna LRT Wangsa Maju. FOTO ihsan media Prasarana
Menurutnya, kucing betina itu sudah dianggap sebagai sebahagian komuniti di stesen berkenaan.
Katanya, pihaknya tidak berapa pasti asal usul kucing berkenaan tetapi yang pasti ianya sudah dimandulkan.
"Kami tidak menggalakkan mana-mana pemilik kucing meletakkan kucing mereka di kawasan ini namun Si Cantik agak berbeza sedikit disebabkan ia jinak dan seolah-olah mengetahui kawasan yang mana boleh dilaluinya.
"Malah, kucing ini juga tidak pernah melakukan sebarang masalah atau mengotorkan stesen sepanjang tinggal di sini.
"Si Cantik juga kami anggap sebagai 'pelepas tekanan' kerana sentiasa menunjukkan dirinya ketika waktu rata-rata pekerja pulang iaitu dari 5 petang hingga 7 malam," katanya.
Tinjauan Harian Metro mendapati kucing betina itu dipakaikan kolar reben ihsan komuniti Wangsa Maju, di sini.
SI Cantik jinak dan sudah dianggap sebagai sebahagian komuniti di stesen berkenaan. FOTO ihsan media Prasarana
Selain itu, kucing betina itu juga tenang apabila disapa atau dibelai pengguna LRT yang bertembung dengannya.
Sementara itu, Mohd Faith Ezene yang juga pencinta kucing berkata, dia kebetulan terjumpa 'Si Cantik' berada di stesen berkenaan ketika sedang bertugas.
"Sifat jinaknya menyentuh hati saya membuatkan saya ingin merakam detik itu dan berkongsi di media sosial.
"Menjaga kebajikan haiwan ini sepatutnya dianggap sebagai ibadah dan ia mendatangkan banyak manfaat kepada diri antaranya mengurangkan tekanan perasaan," katanya.
Menurutnya, dia turut menerima hadiah berupa makanan dan kolar untuk disampaikan kepada Si Cantik daripada pencinta haiwan selepas memuatnaik perkongsian itu di FB pada 16 November lalu.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 November 2020 @ 8:52 PM
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Si cantik, kalau tengok sesapa tak follow sop cakarkan aje. |
|
|
|
|
|
|
|
Nama kucing aku pun kampung2 je.... |
|
|
|
|
|
|
|
Hamboi, duduk pun tepi abam polis ye |
|
|
|
|
|
|
|
Comelnya, kalau dekat ni lama dah iols culik si cantik ni |
|
|
|
|
|
|
|
Comel..corak bulu oren grey atas kepala si cantik tu unik.. |
|
|
|
|
|
|
|
comelnya pakai bow macamtu |
|
|
|
|
|
|
|
wow, cantiklah Tabby ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Comelnya.. wangi comel camni jgn ada plak gi kidnap nti |
|
|
|
|
|
|
|
Cutenya awak si cantik... |
|
|
|
|
|
|
|
Comelnya.. Pandai pose plak tu |
|
|
|
|
|
|
|
Elok je dia dok situ. Mujur x kena kidnap sbb cantik nau.haha |
|
|
|
|
|
|
|
Si cantik ni penyeri tempat tu. Sebb tu byk negara2 lain mcm Jepun amik kucing letak kat tempat2 tertentu macam stesen keretapi siap bsgi jawatan.
Perkara baik akan menarik yang baik2. |
|
|
|
|
|
|
|
cantik n bersih kucingnya. sesuai lah nama dia ngan empunya diri. |
|
|
|
|
|
|
|
alah comel nyer picit hidung |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by FOTHER-MUCKER at 25-11-2020 01:39 PM
Kucing Calico ni susah nak jumpa yang jantan. Biasanya 99% adalah betina!
Sesiapa yang mempunyai calico jantan sangat ber nasib baik.
|
|
|
|
|
|
|
|
Debabnya dia... Budak baik, tak yakyak Merata-rata. |
|
|
|
|
|
|
|
Menyesal tuan dia dahulu pergi buang. Tak lama lagi datang balik lah tu nak ambil kucing tu! |
|
|
|
|
|
|
| |
|