View: 4025|Reply: 20
|
[Jenayah]
Peniaga tertipu pelanggan beri wang kertas palsu RM100
[Copy link]
|
|
WALAU apa pun alasan yang diberikan, perbuatan seorang wanit membayar barangan yang dibeli dengan wang kertas palsu RM100 adalah suatu jenayah.
Orang ramai terutamanya peniaga harus berhati-hati apabila menerima wang kertas palsu RM100 daripada pelanggan.
Pelbagai modus operandi digunakan oleh si penipu untuk mengaburi mata peniaga atau juruwang.
Ditularkan visual yang dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) oleh pemilik akaun Facebook, Muhcsin Yusril menerusi page Komuniti Sungai Besi dan Bandar tasik selatan.
Tujuannya adalah untuk membangkitkan kesedaran dan hati-hati kepada masyarakat di luar sana tentang perbuatan si penjenayah.
Menurut catatan Muhcsin Yusril, kebetulan anaknya menjaga kedai kerana dia pula sedang melakukan kerja-kerja di bahagian belakang.
Suspek membeli barangan bernilai RM23 dan memberi wang kertas RM100.
Bagi mengelirukan, suspek meletakkan wang kertas RM5 di atas wang kertas palsu RM100.
Butiran suspek yang ditulis di dalam buku log pelanggan juga palsu dan nombor telefon, tiada dalam perkhidmatan.
Suspek akan melontarkan banyak soalan dan membuatkan peniaga leka dan waktu suspek membuat kunjungan ke kedai mangsa adalah ketika operasi hampir tamat.
“Datangpun time nak tutup kedai,” catat Muhcsin Yusril.
Pada keesokan harinya, barulah mangsa menyedari wang kertas RM100 adalah wang kertas palsu.
Rakaman CCTV menunjukkan suspek yang memberi wang kertas palsu dapat dikesan dengan menggunakan peralatan pengesan wang tulen atau money detector.
Hasilnya ialah 70 peratus wang kertas RM100 yang diterima oleh mangsa adalah wang salinan (palsu).
Untuk pengetahuan semua, antara ciri-ciri wang kertas palsu mengikut perkongsian Muhcsin Yusril ialah:
– kertas terasa licin
-tiada bayangan Gabenor Bank Negara
-Dakwat sedikit kabur
-Garisan benang keselamatan putus-putus
-Ciri keselamatan UV tidak kemas
-Tiada garisan UV di tepi bahagian duit
https://suaramerdeka.com.my/peniaga-tertipu-pelanggan-beri-wang-kertas-palsu-rm100/
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by antikorokprovok at 26-11-2020 07:00 AM
Wow. Duit palsu pun dah dekat nak sama mcm ori. Siap ada garisan benang keselamatan lagi. Kalau tengok dgn mata kasar sekali lalu susah nak detect. |
|
|
|
|
|
|
|
Bahayanya tempat simpan duit kedai tu, terdedah cust boleh nmpk duit, perempuan tu pun perati je duit2 dalam tu. |
|
|
|
|
|
|
|
ak sbnarnye klu keluar duit kt atm, harapla dpt rm20, tp hampa msti dpt gak rm50. sbb kdg2 ak x suka klu g gerai ke kedai ke, tanya xde duit kecik ke, kita pulak rs bersalah. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah mula balik dah awal2 tahun dulu adalah kecoh kejap pasal duit palsu ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Pernah keluar duit dr TH.. Note RM100 yg byk.. Then bila nak deposit di MBB noticed 2 keping duit palsu...we leave to Th dan MBB to solve sbb ss customer we all tak responsible atas kecuaian itu
|
|
|
|
|
|
|
|
Dahsyat duit palsu dia siap ada garis hologram lagi tu..ingatkn duit fotostat kt printer je |
|
|
|
|
|
|
|
Pehhh risaunya.. I byk duit 100 ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan nak ckp masa iol kje kt mid valley dulu, mesin atm kt maybank selalu je iol dpt duit 100 yg berselotip n pernah dpt duit separuh..pelik juga macam mana duit reject camtu bleh terlepas..nasibla dlm bank, senang la nak berurusan dgn manager bank. |
|
|
|
|
|
|
|
wirazam replied at 26-11-2020 06:44 PM
so apa kesudahan kes tu?
Masa tu yg failed 2 keping notes RM100 so MBB mmg tak accept yg 2 keping notes.. MBB dgn TH ada contact each other to verify la... Tak silap I sbb 10 tahun lps kejadian ni... Mbb hold notes tu utk log report. From our end pula we all pi TH balik dan dpt refund |
|
|
|
|
|
|
|
Aku meluat dgn atm BSN.. withdraw RM300, 3 keping not rm100 keluaq.. tak bleh ka set mixed not? 100 sekeping 50,50,50,20,10,10,10.. bayangkan pagi2 p atm, kluaq duit rm100.. jenuh la kena p stesen minyak isi 10,20 bayaq not rm100.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah mula balik duit palchu |
|
|
|
|
|
|
|
Eliadaisy83 replied at 26-11-2020 07:46 PM
Bukan nak ckp masa iol kje kt mid valley dulu, mesin atm kt maybank selalu je iol dpt duit 100 yg be ...
Dulu rasanya ade kawan cucuk duit kat atm dapat duit palsu. Bank ape tak ingatlah pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Pekedai pun masa terima duit x belek & dok sibuk tgk apa ntah kat phone. Mmg peluang besar la pd pemberi duit palsu tu kalau betul niat dia nak tipu. |
|
|
|
|
|
|
|
najib888 replied at 26-11-2020 09:13 PM
Aku meluat dgn atm BSN.. withdraw RM300, 3 keping not rm100 keluaq.. tak bleh ka set mixed not? 100 ...
Withdraw dua kali.
Sekali withdraw press rm50.
Lagi sekali withdraw press lagi rm50.
I pun sama. Ada terkena atm tu pagi2 bagi note rm100. Jenuh nk kena beli barang lain (yg tk memasal kena beli), last sekali I buat cara tu. |
|
|
|
|
|
|
|
so dapat tak balik refund tu..
ingatkan duit dari institusi kewangan takde masalah...anyway kena berhati2 all the way
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau customer pun tak tahu duit yang dia
bayar tu duit palsu camne?
tapi dalam kes ni mungkin penipuan sebab
nombor phone pun tak dapat dihubungi.. |
|
|
|
|
|
|
|
wirazam replied at 27-11-2020 08:26 AM
so dapat tak balik refund tu..
ingatkan duit dari institusi kewangan takde masalah...anyway ken ...
Dapat refund...tu la tahap kecekapan mesin pengimbas duit tu patut di pertingkat.. As customer I just ensure waktu machine casting tu jalan I dpt amaun yg betul..
Hope after that incident diorg dpt improve la |
|
|
|
|
|
|
| |
|