CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2219|Reply: 17

[Tempatan] COVID-19. Hampir sebulan Pahang Zon Hijau. Semalam ada 2 kes baru. Lima premis t

[Copy link]
Post time 26-11-2020 02:19 PM | Show all posts |Read mode
Lima premis di Bentong ditutup sementara
ROSILAWATI ROSEDI | | 26 November 2020


Notis penutupan melibatkan lima premis perniagaan dikeluarkan Majlis Perbandaran Bentong.

BENTONG - Majlis Perbandaran Bentong (MPB) mengeluarkan notis penutupan melibatkan lima premis perniagaan di daerah ini untuk sementara waktu bermula semalam bagi proses sanitasi.

Menurut kenyataan MPB, lima premis terbabit ialah Pasaraya TF-Value Mart Bentong, Jalan Tras; TF-Value Mart Bentong, Jalan Ah Peng; Restoran Lemang To'Ki 2; Restoran Marrybrown, Skyavenue Genting dan Kedai Serbaneka 7 Eleven Skyavenue Genting.

"Semua premis perniagaan yang dinyatakan di atas perlu ditutup serta-merta bermula 25 November 2020 sehingga 27 November 2020.

"Premis perlu menjalankan pembasmian nyahkuman/disinfeksi dengan kadar segera," kata kenyataan itu lagi.

Selepas kira-kira sebulan merekodkan sifar kes, Pahang kembali merekodkan dua kes positif Covid-19.

Dua kes terbaharu direkodkan melibatkan daerah Bentong iaitu daripada saringan tempat kerja dan Lipis daripada saringan kontak rapat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-11-2020 02:19 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2020 02:24 PM | Show all posts
sbb yb dia merayau2 ke aritu
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2020 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa sebab transportation barang2 keperluan laa..sebab yg kena pasaraya. Maybe pemandu lori jangkit ke pekerja masa loading barang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2020 02:32 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2020 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm kelantan jugaklah..
Tup2 ada kes baru lps beberapa lama tiada kes...
Harap dpt dikawal penularan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-11-2020 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Port riders ....
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2020 03:39 PM | Show all posts
tu hari bukan main buat lawak perkara ni
ingat kelakar gaknye
nah skarang negeri pahang da ada kes
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2020 03:39 PM | Show all posts
Genting dari pelancong asing mungkin
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2020 04:29 PM | Show all posts
Artemesiaa replied at 26-11-2020 03:39 PM
Genting dari pelancong asing mungkin

pelancong asing dh boleh masuk ke
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2020 05:07 PM | Show all posts
awejeha replied at 26-11-2020 04:29 PM
pelancong asing dh boleh masuk ke

Yang ada pass khas ada je
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2020 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Uikk sayang tul laa
Hurm semoga tak bertambah dah la  jangan sampai kena pkpb plak.
Kang jangan plak time Selangor dah grad aokme plak baru nak orientasi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2020 06:21 PM | Show all posts
hari ni ZERO kes di Pahang

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2020 07:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Beberapa hari sblum kes positif ni
Kecoh jap
Ada org dr KL nk gi kelantan singgah mkn kat raub, singgah solat kt benta
Dan dia positif
Puas la kedai mkn dan masjid tu kne sanitize
Tp xde penyebaran virus.
Yg 2 kes ni x berkaitan dgn org kelantan jalan2 tu..
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2020 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
JunkMail replied at 26-11-2020 02:28 PM
Aku rasa sebab transportation barang2 keperluan laa..sebab yg kena pasaraya. Maybe pemandu lori jang ...

Pasaraya tutup sbb org positif tu gi situ
Dia keje kt genting
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2020 09:53 AM | Show all posts
genting - google translate ke apa ni?



Pemberitahuan mengenai satu kes positif COVID19 telah diterima oleh PKD Bentong pada 24.11.2020. Kes positif COVID19 ini adalah seorang wanita berusia 22 tahun yang bekerja sebagai polis membantu di Genting Highland selama 3 tahun dan tinggal bersama suaminya di No. 49, Tingkat 11 RSC 9 Genting Highland. Dia sekarang primigravida pada 22 minggu kehamilan tanpa penyakit perubatan yang diketahui. Selama 1 bulan terakhir, dia tidak mempunyai sejarah perjalanan ke negara yang terkena dampak, kontak dengan kasus positif atau berasal dari kawasan zona merah.

Dia mengalami simptom demam, selesema dan hidung tersumbat bermula pada 8.11.2020 selama 1 minggu, tetapi sembuh secara spontan tanpa sebarang ubat atau mendapatkan doktor. Dia menjalani ujian COVID19 (RTK Antibody) pada 20.11.2020 semasa menjalani pemeriksaan sebelum memulakan kerjanya selepas cuti selama 4 hari (17.11.2020 hingga 20.11.2020) dan didapati positif. Kemudian dihantar ke Pusat Perubatan Iheal (makmal swasta) untuk PCR swab pada 23.11.2020 dan didapati positif pada 24.11.2020.

Sehingga kini, sebanyak 26 orang telah dikenal pasti sebagai kenalan rapat dengan pesakit ini. Suaminya yang juga bekerja di tempat yang sama dan 23 rakan sekerja lain dari kumpulan yang sama (Kumpulan D) dan juga 2 pekerja penjagaan kesihatan di Klinik Desa Sri Layang. Suami dan 9 rakannya telah mengambil sapu PCR pada 24.11. 2020. Pemeriksaan kontak yang lain telah dibuat pengaturan untuk swab PCR pada 25/11/2020 di kemudahan Genting Highland. Semua kenalan rapat telah diingatkan untuk memberitahu Pejabat Kesihatan Daerah Bentong jika ada gejala yang muncul. Pembasmian kuman pesakit telah dilakukan pada 24.11.2020, premis lain akan dilakukan oleh PKD pada 25.11.2020.

Pesakit ini telah dihantar ke wad K10B Hospital Temerloh pada 24.11.2020 jam 9 malam. Punca jangkitan disyaki dari pekerja asing dan pembekal Genting Highland yang lewat di Gate 10 SkyAvenue Loading Bay semasa dia bekerja. Terdapat risiko hubungan langsung dengan pesakit semasa melampirkan pasport atau kad pengenalan mereka sebelum pekerja dan pembekal memasuki Pintu 10.

Laporan ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Nama: Dr Wan Maisarah Wan Ahmad
Jawatan: Pegawai Epidemiologi PKD Bentong
Tarikh & Masa: 24/11/2020 @ 11.30 malam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2020 10:01 AM | Show all posts
lipis tu kluster top glove katanya.

Utk makluman. Kes covid positif 1org dewasa. Isteri kpd kes buat masa ini negatif & tgu result kedua. Kedua2 psgn ini sdg brada di Hospital Lipis. 2 orang contact rapat merupakan anak lelaki mereka, akan dihantar ke IKPKT Bentong bg saringan.

Sehubungan itu, Dato' DO mengarahkan pihak JKM menyediakan 2 bantuan prihatin untuk diedarkan kpd PKD Lipis.

Kronologi kes :

Dimaklumkan pihak PKD, Org Kene Covid (OKC) tinggal di Jeram Landak yg diperolehi drp menantu yg tinggal di Meru Klang Selangor. OKC bsama isterinya tinggal menumpang selama 2 bulan dirumah menantu tsebut. Difahamkan isteri OKC balik tlebih dahulu ke sini & OKC balik sabtu minggu baru ni. Tujunan balik adalah untuk hadir temujanji OKC di Hospital Lipis bg lain2 penyakit.

Sekiranya terdapat keraguan boleh bhubung trus dgn PKD Lipis.

Sekian untuk makluman & tindakan selanjutnya dri arahan PKMD.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2020 10:03 AM | Show all posts
semlm pahang takde kes. harap2 dua kes ni tak jadi kluster
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:40 AM GMT+8 , Processed in 0.088579 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list