CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 869|Reply: 2

[Tempatan] SPRM serbu pejabat badan pengurusan royalti artis

[Copy link]
Post time 26-11-2020 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
[B]SPRM serbu pejabat badan pengurusan royalti artis[/B]

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu empat pejabat badan pengurusan royalti artis semalam bagi memulakan siasatan berhubung isu dana hasil kutipan royalti hak cipta lagu.

Antara pejabat yang diserbu adalah Recording Performers Malaysia (RPM), Public Performance Malaysia (PPM), Badan Pengutip Royalti Hak Pelaku dan Persembahan Artis (PRISM) dan Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik (MACP).

Sumber berkata, SPRM memulakan siasatan susulan maklumat dirujuk oleh Presiden Karyawan berhubung isu penyalahgunaan dana hasil kutipan royalti hak cipta lagu yang diterima daripada pengusaha industri di Malaysia bagi tujuan persembahan awam atau 'public performance' di mana royalti yang dikutip ini tidak disalurkan kepada artis dan pencipta lagu.

"Satu operasi dijalankan semalam di empat pejabat yang dipercayai terlibat dalam proses kutipan royalti iaitu PPM, RPM, MACP dan PRISM.

"Setakat ini, SPRM sedang mengambil dokumen- dokumen yang terlibat untuk kajian dan penelitian. Beberapa individu yang terlibat akan dipanggil untuk membantu penyiasatan ini," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya mengesahkan pihaknya telah memulakan siasatan berhubung isu berkenaan.

"Masih terlalu awal untuk memberi sebarang komen berhubung siasatan ini. Untuk berlaku adil ke semua pihak yang terbabit, semua pihak diminta untuk tidak mensensasikan isu ini dan memberikan masa yang secukupnya kepada SPRM bagi dijalankan siasatan secara telus, adil dan profesional.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2020 02:36 PM | Show all posts
pengerusi nya freddie fernandez,sheila majid kan..lagi sapa?
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2020 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau PRISM, mmg dah lama tak bayar royalti kt penyanyi veteran. Iols rasa last 2013 kot byr, kesian kt penyanyi2 yg dah takde nama skrg, dah la tak laku, duit royalti kene telan plak tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:52 AM GMT+8 , Processed in 0.067072 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list