View: 2109|Reply: 9
|
[Tempatan]
Johor Bahru City Square tutup
[Copy link]
|
|
Johor Bahru City Square tutup
myMetromutakhir
Nurul Amanina Suhaini
Johor Bahru: Sebuah pusat beli-belah, Johor Bahru City Square (JBCS), di sini, ditutup mulai hari ini sehingga 8 Disember depan, susulan kewujudan kes positif Covid-19, pada Isnin lalu.
Ketua Pegawai Khidmat Korporat Johor Corporation (JCorp), Mohd Nordin Jamaludin berkata, sebagai langkah pencegahan, pihaknya mengarahkan semua pekerja untuk tidak pergi ke kawasan JBCS termasuk kawasan pejabat dan kompleks beli-belah bagi tempoh 14 hari.
Katanya, larangan sementara bagi mengunjungi kompleks berkenaan dikeluarkan menerusi pekeliling kepada penyewa di bangunan itu.
"Dukacita dimaklumkan bahawa pihak pengurusan Perbadanan Pengurusan JBCS membuat pengumuman menerusi pekeliling kepada penyewa, bahawa pada 23 November lalu, seorang pekerja di syarikat penyewa di Bangunan Pejabat, City Square Office Tower, disahkan positif Covid-19 dan kini sedang ditempatkan di hospital.
"Menerusi pekeliling terbabit, segala prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah dipatuhi.
"KKM juga membuat penilaian risiko di kawasan terbabit dan hasilanya dikategorikan sebagai kawasan risiko rendah," katanya menerusi pekeliling yang dikeluarkan hari ini.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 November 2020 @ 3:30 PM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
singaporean pun da lama xdatanng so da bleh ttup je la CS tu'
|
|
|
|
|
|
|
|
ingatkan bangkrup ler tadi terus tutup....
huhu... |
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkan tutup for good...
Masih ada sinar harapan buat sporepura post pandemik nanti...
kehkehlehlehkeh |
|
|
|
|
|
|
|
Sesetengah mall yg ada kes cuma ditutup sehari dua je utk kerja2 sanitizing.. |
|
|
|
|
|
|
|
Cakap lah tutup sebab Covid.
Kalau kita just kata dah tutup tu macam bankrup. |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti dah tak ramai pun sebelum diarah tutup 14 hari ni, sejak dah tak boleh keseberang dan diseberang dah tak boleh ke situ |
|
|
|
|
|
|
|
mamajawie replied at 26-11-2020 04:16 PM
singaporean pun da lama xdatanng so da bleh ttup je la CS tu'
Muahaha,kmain eh mama..iols zaman skolah salu mlepak sana..rndu btol cs..sjak2 kwin da x jejak,bside smua da brubh.ta best! |
|
|
|
|
|
|
|
betul la tu..JBCS la sebelah dia JBCC la..sok2 JBCC kembali angker cam zaman KOMTAR dulu dek penangan covid
|
|
|
|
|
|
|
| |
|