View: 3625|Reply: 23
|
[Tempatan]
Google papar 'doodle' khas hargai biduanita Saloma
[Copy link]
|
|
Google papar 'doodle' khas hargai biduanita Saloma
| | 26 November 2020
KUALA LUMPUR - Google Malaysia hari ini meraikan pelakon, penyanyi dan ikon fesyen legenda Malaysia-Singapura Allahyarham Saloma menerusi paparan doodle enjin carian itu.
Pencetus trend industri hiburan tanah air sekitar 50-an hingga awal 80-an, biduanita Saloma atau nama sebenarnya Puan Sri Salmah Ismail yang bersuara bak buluh perindu, merakamkan lebih 500 buah lagu dan menerusi lakonannya yang berkarisma, beliau membuka laluan untuk generasi pelakon wanita masa depan di negaranya.
Hari ini pada 1978, Saloma melakar sejarah apabila beliau dianugerahi gelaran Biduanita Negara pertama oleh kerajaan Malaysia ketika itu, demikian menurut Google dalam kenyataan.
Saloma yang dilahirkan di Singapura pada 22 Januari 1932, mengasah bakat dalam bidang nyanyian ketika berusia tujuh tahun.
Beliau mula menyanyi secara profesional ketika usianya mencecah remaja dengan kariernya dalam bidang muzik bermula menerusi persembahan di kelab malam dan majlis perkahwinan.
Setelah beralih menceburi bidang lakonan pada pertengahan 50-an, beliau dengan pantas menjadi tokoh selebriti.
Pada 1961, beliau mendirikan rumah tangga dengan rakan artis yang merupakan ikon hiburan serba boleh Seniman Agung Negara Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, dan pada tahun-tahun berikutnya pasangan legenda itu mengubah dunia hiburan Malaysia menerusi muzik dan filem.
Memiliki gaya rambut tersendiri dan fesyen pakaian yang tidak dapat ditiru (kerana kebanyakannya dijahit sendiri oleh beliau), Saloma membintangi pelbagai filem sepanjang era 60-an dan melahirkan banyak album sepanjang hayatnya.
“Terima kasih Saloma, kerana memanfaatkan bakat seni anda untuk memberi inspirasi kepada wanita di Malaysia dan negara lain agar menjadi diri sendiri,” kata Google. - Bernama
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... utm_campaign=Google papar 'doodle' khas hargai biduanita Saloma&utm_content=&utm_term=
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Agak2 macam manalah gaya Saloma kalau hidup zaman ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Was baru tahu Saloma jahit baju sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
Suaranya unik tak ramai ada suara unik macam dia |
|
|
|
|
|
|
|
mmg bgs lah jahit baju sendiri..akk baru tau..kebanyakan jd ikutan pl zmn tu kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
dah tengok awal2 tadi lagi... masa nak google forum ni kui3 takde life betul... |
|
|
|
|
|
|
|
btw iols tengok kartun tu memang terus tahu tu saloma... signature beliau rambut dan subang hula hoop tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Saloma ni jenis manja tapi tak gedik.
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Wahhh. Comel je doodle tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Pada 1961, beliau mendirikan rumah tangga dengan rakan artis yang merupakan ikon hiburan serba boleh Seniman Agung Negara Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, dan pada tahun-tahun berikutnya pasangan legenda itu mengubah dunia hiburan Malaysia menerusi muzik dan filem.
Tak sebut pun Allahyarham A.R.Tompel
|
|
|
|
|
|
|
|
Nahnukutu replied at 26-11-2020 06:12 PM
Tak sebut pun Allahyarham A.R.Tompel
Tau xpe padahal arwah ada sorang anak dengan AR tompel..cuma tu la jodoh xpanjang kawen dlm msa setahun je trus cerai |
|
|
|
|
|
|
|
Suka suara saloma..sedap di telinga aku. |
|
|
|
|
|
|
|
Memang minat dengan biduanita ini |
|
|
|
|
|
|
|
siap pandai jahit baju sendiri..
|
|
|
|
|
|
|
|
oh ye ke ...i ingat penyanyi mane .. i see... |
|
|
|
|
|
|
|
Pompuan2 zmn tu mmg seme bj mcm saloma kan..kire trendsetter la |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tak silap, umur 13 tahun je saloma da minat p ramlee. Dia ckp "I'm gonna marry that man". A r tompel mungkin sebagai stepping stone kerjaya dia. P ramlee asalnya berkenan dgn Mariani, tp kasih seorang kakak, dia beralah.
Sekian, conspiracy theory. |
|
|
|
|
|
|
|
Dovahkiin replied at 27-11-2020 11:55 AM
Kalau tak silap, umur 13 tahun je saloma da minat p ramlee. Dia ckp "I'm gonna marry that man". A r ...
Azhan Rani berlakon jadi Tompel memang menjadi sangat.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|