View: 12876|Reply: 84
|
"Saya Sedar Diri, Tak Mungkin Aniq Mahukan Saya" - Cik B
[Copy link]
|
|
"Tak mungkin Aniq mahukan saya, mesti dia pilih teman wanita yang cantik," demikian pengakuan jujur anak jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida iaitu Cik B berhubung gosip yang mendakwanya menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon baharu, Aniq Suhair.
Kredit foto: IG Cik B
Aniq, 20, dan Cik B, 15, mencuri tumpuan bergandingan sebagai pasangan kekasih dalam drama bersiri, Lelaki Lingkungan Cinta terbitan Zeel Production hingga menimbulkan andaian menjalin hubungan cinta.
Cik B berkata, dia sedar diri dan berpijak kepada bumi nyata pada saat dikaitkan dengan finalis Hero Remaja 2020 itu.
"Hakikatnya, tiada apa-apa yang berlaku antara kami. Saya menganggap Aniq lebih kepada rakan kerja dalam arena seni. Lagipun, kami baru bertatih dalam dunia lakonan.
"Secara kebetulan, kami menjadi pasangan kekasih dalam drama arahan Emi Suffian itu. Jadi, tak salah kami saling mengusik dalam media sosial. Hubungan tak lebih daripada seorang kawan.
"Bagaimanapun, ada yang menganggap kami menjalin hubungan serius," katanya kepada BH Online.
Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin berkata, dia juga mendapat kecaman apabila gosip berkenaan bertebaran.
"Jujurnya, saya sudah terbiasa berdepan dengan kecaman sejak dahulu lagi. Sebelum ini, fizikal dan warna kulit saya pernah dipersendakan. Inikan pula digosip dengan pelakon berwajah jambu seperti Aniq.
"Netizen mengecam saya 'feeling' dan tergedik-gedik mahukan lelaki kacak. Malah, ada yang hina saya tak layak menerima cinta atau bercinta dengan lelaki tampan.
"Saya sedar diri ini, saya bukannya datang dengan pakej cantik. Saya tak pernah fikir soal perasaan, selama ini. Saya pernah merasakan tak perlu lelaki dalam hidup. Mama pun sudah membuktikan boleh hidup selepas dikecewakan lelaki," katanya.
Bagaimanapun, Cik B berkata, dia masih sedar fitrah hidup memerlukan pasangan, cuma terlalu muda untuk bercinta.
Sumber: Berita Harian
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aduhhh.
Marketing demi Marketing. |
|
|
|
|
|
|
|
Good job cik b! Matang sgt komen uolss. Suka tgk cik b ni relax2 je |
|
|
|
|
|
|
|
Cik B ni yg aku tgk perangai dia matured la jugak walaupn bru 15 thn...
Well behave jugakla utk anak orka.. |
|
|
|
|
|
|
|
takpe cik b... exercise, mekap, diet dan telan sumer produk pamoga apo mak hang tu.. lama2 insyaAllah boleh jadik cantik...
|
|
|
|
|
|
|
|
Cik b xyah marketing murahan
Duit dah cukup 7 keturunan |
|
|
|
|
|
|
|
Hahaha ni pun artis ke?
Syarat jadi warga kerja cari memang wajib bingai ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Tak pe cik b...mak hang berkepuk2 duit...hg pi kuruskn badan manatau blh jd elok |
|
|
|
|
|
|
|
bukan ke. dia ni 16 ....last year tu x ambil pt3 ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Aku plak fikir...sbb cik b tak cantik sgt tapi duit byk....org lelaki yg mata duitan akan dtg menghimpit |
|
|
|
|
|
|
|
Sedih plak part dia tak kisah pasal lelaki tu yelaa dia pun membesar tanpa kasih sayang seorang ayah.
Dia pun tengok mak dia asik dikecewakan je.Susahnya nak mencari lelaki yg benar2 ikhlas mencintai.
Agak2 zaman covid ni masih wujud ke lelaki yg bebetul ikhlas nakkan seorang wanita tu?
|
|
|
|
|
|
|
|
Insyaallah, dh besar nnti, repair mana yg patut boleh jadi cntik.. Ada duit seme boleh buat cik b.. |
|
|
|
|
|
|
|
jodoh ajal semua Allah tentukan, chill cik B, baru 15 tahun, jiwa remaja
|
|
|
|
|
|
|
|
baru umo 15 tahun ... wait a few years ... |
|
|
|
|
|
|
|
dijemput @Kurex memberikan sepatah dua carutan sebab hari2 ada benang cik bab ni |
|
|
|
|
|
|
|
Tak payah feeling2 sangat. Media pun satu suka create bende tak patut macam ni. |
|
|
|
|
|
|
| |
|