View: 2401|Reply: 16
|
[Tempatan]
Gara2 syarikat penyedia kandungan 'menyedut' kredit prabayar, lima telco disiasa
[Copy link]
|
|
Lima telco disiasat
MyMetroUtama
Gambar hiasan. FOTO AFP
Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Muhammad Saufi Hassan
am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Dianggarkan hampir 100 syarikat penyedia kandungan dikesan melakukan jenayah 'menyedut' kredit prabayar milik pengguna telefon bimbit menyebabkan mangsa kerugian hampir RM100 juta sejak 10 tahun lalu.
Difahamkan syarikat ini aktif 'mencuri' wang milik pengguna talian prabayar hasil kegiatan membeli data peribadi pengguna dengan menyogok kakitangan syarikat telekomunikasi (telco) tempatan.
Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan kepada Harian Metro, syarikat ini akan menghantar pelbagai kandungan mesej melalui sistem pesanan ringkas (SMS) ke telefon bimbit pelanggan talian prabayar sebelum mangsa dikenakan caj antara 50 sen hingga RM5 bagi setiap penghantaran 'sampah.'
Menurutnya, ramai pakar teknikal dan 'orang penting' syarikat telco yang dikesan bersekongkol dengan menjual data peribadi milik pelanggan berdaftar talian prabayar.
"Jika diambil kira jumlah kerugian pengguna prabayar di negara ini susulan aktiviti haram dikesan, SPRM menganggarkan ia mencecah RM100 juta jika mengambil kira peratusan keuntungan diperoleh telco dan syarikat penyedia kandungan ini," katanya.
Menurutnya, siasatan dilakukan SPRM sejak bulan Mac lalu mendapati penipuan terancang ini membabitkan kerja 'orang dalam' telco yang memegang pelbagai jawatan penting.
"Antara jawatan yang dikenal pasti menerima rasuah ini adalah pengurus proses pembayaran, bajet koordinator, penyedia kandungan eksklusif, penyedia tadbir urus, pengurus produk dan ketua projek dan pelbagai jawatan penting lain.
"Berdasarkan siasatan, mereka ini bersekongkol dengan syarikat penyedia kandungan yang memberikan rasuah bagi mendapatkan data sulit pelanggan telco.
"Syarikat penyedia kandungan ini adalah syarikat berasingan yang dikesan membayar wang rasuah kepada 'orang dalam' tertentu di telco dengan bayaran antara RM100,000 hingga RM200,000 seorang.
"SPRM percaya jumlah keseluruhan rasuah yang sudah diberikan kepada kakitangan telco mencecah puluhan juta ringgit sejak kegiatan ini bermula hampir 10 tahun lalu," katanya.
"Setakat ini lima telco sudah disiasat dan siasatan menyeluruh akan dilakukan terhadap lebih banyak syarikat komunikasi yang diyakini bersekongkol dengan syarikat penyedia kandungan ini," katanya.
Menurutnya, kakitangan bahagian teknikal dan aduan telco menjadi tumpuan 'syarikat jahat' ini berikutan mereka mempunyai akses untuk membocorkan data dan maklumat sulit pelanggan.
"Berdasarkan maklumat sulit diperoleh ini, syarikat penyedia kandungan akan menghantar mesej pelbagai kandungan SMS ke telefon bimbit pelanggan talian prabayar ini.
"Terdapat caj tersembunyi pada setiap mesej dihantar. Kredit prabayar akan ditolak sehingga RM5 ringgit bagi setiap ring tone (nada bunyi), wallpaper dan permainan interaktif dihantar kepada pelanggan ini. Terdapat juga situasi pelanggan dikenakan caj tanpa menerima apa-apa kandungan," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 November 2020 @ 8:02 AM
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
internet lembab tapi bayar mahal bila nk siasat
alasan user crowded
upgrade la pundek |
|
|
|
|
|
|
|
Iols mmg pengguna talian pra bayar..
Dolu iols guna maxis slalu kena kejap kejap ada caj rm2.50..pastu rm5..
Lepas tu iols potong lah..
Pakai.no celcom.je lah..
Maybank2u pung dh boleh topup..senang |
|
|
|
|
|
|
|
aku pantang gile bila tetibe duit aku kene telan cm gini
dah lebih tiga kali kot aku claim....nasib dpt balik semua duit aku...
sapa yg kene cmgini
terus report skmm...
|
|
|
|
|
|
|
|
Duit pengguna kena sedut,pembekal telco kena saman,kerajaan dapat duit.
Yang kekal rugi pengguna jugak.
Kes bil tnb pun sama,kena saman yang dapat duit kerajaan. |
|
|
|
|
|
|
|
nak kena check jugalah sebab selalu dapat msg upgrade tu upgrade ni. dah kaya nak mencuri pulak. patut kdg2 bil ada extra charge sikit |
|
|
|
|
|
|
|
Anda marah? Taipkan ON MARAH dan hantarkan ke 334 tekan-tekan tak dapat |
|
|
|
|
|
|
|
Meluat aih caj mahal2 tapi internet hauk. Aku nak buat kerja tak senang. Bila nak upgrade e tah, elok mereput jelah telco2 ni ganti lain |
|
|
|
|
|
|
|
Meluat aih caj mahal2 tapi internet hauk. Aku nak buat kerja tak senang. Bila nak upgrade e tah, elok mereput jelah telco2 ni ganti lain |
|
|
|
|
|
|
|
Bila lah ASEAN nak buat macam UK-Aust-USA boleh pakai SIM card sama tak perlu roaming
heaven lah...
|
|
|
|
|
|
|
|
satu lagi cara dorang ialah dgn cara free trial tu
hati2lah sebab bila dah dekat habis tempoh kekdg ada yang lupa nak cancel kat situ dia makan
best thing jgn ngengade nak test just because it's free
|
|
|
|
|
|
|
|
yg kesian org tua.makcik sy kena gini topap 10 ringgit terus lebur... sy balik stop sume benda2 bodoh ni pastu complaint kat mcmc baru la tade |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 28-11-2020 08:57 PM
Anda marah? Taipkan ON MARAH dan hantarkan ke 334 tekan-tekan tak dapat
untuk sms pukal, taip
ON MARAH 10,
ON MARAH 50,
ON MARAH 100 untuk kemarahan yang meluap2 berganda
|
|
|
|
|
|
|
|
isu ni dah lama gila.
dulu sms content provider mampu buat full page iklan kat majalah dan akhbar setiap hari.
sampaikan sorang antara the best programmer aku berhenti dan kerja dgn company ni.
gaji mahal. 2x ganda aku bayar.
then dia cerita, boss mat salleh dari US.
keje dia untuk pastikan siapa yg subscribe sms masa tu, akan terus di paksa hantar charged sms sampai credit customer tu habis dan sampai AJM.
sales sebulan berjuta company mat salleh tu.
x-staff aku yang keje dengan mat salleh ni rasa bersalah, gaji tak berkat.
sebab ada customer hantar sms menyumpah, memaki, marah dan tak halalkan credit kena potong masa dia check database sms tu.
then x-staff aku quit.
company tu makin maju sampai la era smartphone ni, orang dah tak layan sms.
ni, muncul balik. tapi potong secara senyap. lagi jahat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Post paid takda problem ni ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Menurutnya, ramai pakar teknikal dan 'orang penting' syarikat telco yang dikesan bersekongkol dengan menjual data peribadi milik pelanggan berdaftar talian prabayar. ini mosti oreng oreng DAP punya korjo...mano oreng MELAYU tau buwek bondo macang ni
|
|
|
|
|
|
|
| |
|