Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
3285
View
106
Reply

[Jenayah] ‘Dua tahun nasib Adib masih belum terbela’ – Bapa. Maaf Pakcik, PN memang HAPRAK, NGO dan PEMBELA Adib sudah dapat habuan, tiada semangat lagi untuk demostrasi! Tunggu PH naik baru start balik

[Copy link]

Author: I.am.PH       Show all posts   Read mode

Author
Post time 28-11-2020 11:51 AM | Show all posts |Read mode
Edited by I.am.PH at 28-11-2020 04:21 AM

‘Dua tahun nasib Adib masih belum terbela’ – Bapa
Oleh JAMLIAH ABDULLAH 28 November 2020, 10:00 am



ALOR SETAR – Biarpun semalam genap dua tahun tragedi hitam menimpa anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim, keluarganya mengakui kematian Allahyarham yang masih belum terbela sering mengundang ke-sedihan kepada mereka.

Bapa Allahyarham Muhammad Adib, Mohd. Kassim Abdul Hamid, 64, berkata, dia terutama isteri, Asma Aziz, 52, masih menaruh harapan tinggi agar penjenayah yang menyebabkan kematian anak mereka itu dibawa ke muka pengadilan de-ngan segera.

“Kerinduan dan kesedihan kami masih mendalam terhadap arwah. Bila rindu, hanya doa supaya kes ini segera menemui pe-ngakhiran dan penjenayah dibawa ke muka pengadilan.

“Walaupun sudah dua tahun berlalu kami masih mengharap dan akan terus mengharap,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.



Mohd. Kassim yang juga seorang pesawah dari Kampung Tebengau, Kuala Kedah turut melahirkan rasa tidak puas hati kerana tidak menerima sebarang maklum balas daripada pihak berkenaan susulan keputusan inkues kes Muhammad Adib sebelum ini.

“Sekarang kami masih me-nunggu apa tindakan pihak polis walaupun Mahkamah Koroner putuskan kematian Muhammad Adib akibat perbuatan jenayah oleh dua atau lebih individu tidak dikenali.

“Bukan itu sahaja mahkamah juga merumuskan kegagalan polis dan FRU (Pasukan Simpanan Persekutuan) mengawal rusuhan juga menjadi faktor kepada kematiannya.

“Peguam kami sudah minta polis segerakan siasatan tetapi sehingga sekarang kami masih menunggu,” katanya dengan nada sedih.

Bercerita lanjut, Mohd. Kassim memberitahu, walaupun terpaksa menunggu untuk tempoh lama keluarga akan berterusan berdoa dan berharap kematian anaknya akan mendapat pem-belaan suatu hari nanti.

Tambahnya, apabila perasaan rindu terhadap anak kedua daripa empat beradik itu, dia dan isteri akan menziarahi kubur Muhammad Adib.

“Selain itu gambar arwah jadi pengubat rindu di hati kami,” jelasnya.

Muhammad Adib, 24, yang bertugas sebagai anggota bantuan kecemasan Jabatan Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, parah dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Su-bang Jaya pada 27 November 2018 dan me-ninggal dunia di Institut Jantung Negara selepas 21 hari menerima rawatan.

Pada 27 September tahun lepas, Mahkamah Koroner Shah Alam memutuskan kematian Muhammad Adib, adalah akibat perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu tidak diketahui.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Author
 Author| Post time 28-11-2020 11:57 AM | Show all posts
Komentar netizen yang menusuk jiwa raga kita...


Abd Razak Nak buat macamana. Aruah pun dah lama meninggal. Yang dulunya melalak membela kini dah jadi menteri dah jadi pengerusi GLC.
حمد خيرل بن صالح Yang paling jaguh bersuara sebaik insiden ini berlaku ialah sang kelebai Pas. Nah skrng di fadang fasir mana entum semua menyorok?
Abd Aziz Md Yusop Semua sebuk politik. Lupa akan apa yg berlaku. Kuasa lebih penting dari memikirkan nasib rakyat. Lebih2 lagi rakyat miskin.
Adi Wijaya Haji Mazland Mana pihak yg melalak lalak dulu... kini diam jeeee
Abu Bakar Bin Ismail puak lebai pun dah sunyi .jawatan dan kuasa dah dpt.
Pemburu Impian Tanya penyokong pas dgn BN. Eh silap pencacai.
Ikhram Zulkifli Dimanakah suara2 yang kuat melalak di setiap pelusuk haritu????


Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 28-11-2020 12:01 PM | Show all posts
Inilah realitinya, ketika PH memerintah, NGO dan pejuang Ketuanan terpekik terlolong ditepi jalan atas nama membela negara, bangsa dan agama...

Setelah dapat habuan masing-masing, kes abu Chin Peng pun NFA...

Hamzah: Individu terbabit kes abu CHIN PENG TIDAK akan DIDAKWA! Sekian harap maklum. Saksikan 3 thread throwback untuk tujuan kajian ilmiah #18
https://mforum1.cari.com.my/foru ... ead&tid=1224810

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 28-11-2020 12:01 PM | Show all posts
Sekiranya zaman PH...

1. Papagomo akan buat live FB mengutuk tindakan kerajaan PH sambil memaki hamun DAP dan meniup api perkauman

2. NGO dan pejuang Ketuanan akan turun ke jalan-jalan menjerit-jerit menuntut keadilan dan sekali lagi mengecam DAP dan tiup api perkauman

3. Pejuang PAS juga akan turun ke jalan-jalan berkumpul menuntut tegakkan hak orang Islam kerana mereka akan kata yang hak orang Melayu Islam telah dihina dan dipijak oleh orang kafir setelah itu keluarkan dalil

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 28-11-2020 12:04 PM | Show all posts
Saksikan video kenang-kenangan, lihatlah betapa bersemangatnya mereka suatu masa dulu (sebelum dapat habuan lah)...




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2020 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Bakal terbela kah kematian arwah?

Bagi pampasan atau kenaikan pangkat (kalau ada) itu bukan pembelaan.

Yang bersalah should be made to pay.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2020 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes adib ka, kes apa ka..semua sudah tarak aaaaa..semua sudah masuk longkang..paling penting, ini semua salah DAP kalau mengikut mazhab lobai pas n parti gerombolan..ingat, ini semua salah DAP hatta kamu sakit perut nak berak...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 28-11-2020 12:12 PM | Show all posts
Boleh rujuk thread berkualiti saya berkaitan dengan kes ini...

Update: Dibangkit di Parlimen #62, KPKT dan KPN TIADA HALANGAN #59, #55. Kerana tidak puas hati, keluarga Adib akan tuntut ganti rugi terhadap polis. Menurut warga forum macam mana?
https://mforum1.cari.com.my/foru ... ead&tid=1207873

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 28-11-2020 12:17 PM | Show all posts
Saksikan siapakah Menteri KDN ketika itu...

Tak kan nak siasat diri sendiri...


Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 28-11-2020 12:25 PM | Show all posts
Yang menambah garam kepada luka keluarga arwah Adib adalah berita di bawah ini...

Polis buka semula kertas siasatan kematian Teoh Beng Hock
https://mforum1.cari.com.my/foru ... read&tid=122496


Ini boleh buka dan siasat balik kerana Menteri KDN ketika itu adalah Syed Ahmad Albar...
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2020 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
gone case sudeeyyyy....semua tgh lena diulit intan....
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 28-11-2020 01:33 PM | Show all posts
Semangat juang yang mudah dibeli...
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2020 02:15 PM | Show all posts
sama je dua2 gomen merepek
tp ayam ni lagi bahlol
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2020 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
PN ni asalnya PH

cuma umno dengan pas gantikan DAP dengan PAN sebagai komponen

bunga raya dengan semburit, mak lampir dan beberapa lagi masih sama

tunggu MN menang baru boleh letak keyakinan tinggi
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2020 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa....PH naik baru adib terbela?...ko biar betul.... adib mati zaman PH...sekor pemimpin PH pun x membela masa tu...
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2020 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayam...dgr boleh...percaya...jgn sekali kali....
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2020 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Time adib meninggal tu  i cuma rasa sedih je la. i anggap kemalangan  semasa bekerja je la sama cam org lain yg kena jgk.  Pelik gak nape ade pihak2 tertentu yg over rated sgt ni...
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2020 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 28-11-2020 07:02 PM
Apa....PH naik baru adib terbela?...ko biar betul.... adib mati zaman PH...sekor pemimpin PH pun x m ...


Mereka dah wat dengan betul lah maksudnya. Sebab tu mereka yang berdemo kononnya ph xtelus, sembunyikan pembunuh adib dan lain lain. Lepas jadi kerajaan xde perubahan.

Tuduhan pada masa itu terbukti tidak berasas sebaliknya kerajaan ph sememangnya telus dan tidak menyembunyikan apa apa sebagaimana dituduh.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2020 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
MissYouSayang replied at 28-11-2020 07:56 PM
Time adib meninggal tu  i cuma rasa sedih je la. i anggap kemalangan  semasa bekerja je la sama cam  ...

Arwah kena pukul,

itu dengan NIAT, bukan kemalangan

unrully behaviours oleh orang2 India

soalnya kenapa india nak pukul bomba
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2020 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
MissYouSayang replied at 28-11-2020 07:56 PM
Time adib meninggal tu  i cuma rasa sedih je la. i anggap kemalangan  semasa bekerja je la sama cam  ...

Sebab yg kena tu melayu...kalau bomba tu bangsa india gak I doubt PAS, umno akan buat roadshow keliling negara fight for justice.

That's why bila ada argument libat racial ni kena pandai urus...
PH gagal.
PN just being lucky sbb umno pas dah join.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list