CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10232|Reply: 16

[Jenayah] Ramai tertanya boleh ke laporan rogol di buat biar kes sudah lama berlaku. Ini p

  [Copy link]
Post time 29-11-2020 01:33 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang wanita pada September tahun lalu.

Perintah reman terhadap suspek berusia 25 tahun yang juga bekas peserta rancangan realiti televisyen berbentuk keagamaan itu dikeluarkan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah, Mohd Zamir Suhaimee.

Namun apa yang menimbulkan persoalan dari netizen ialah bolehkah laporan rogol di buat biar pun kes telah lama berlaku? Seterusnya apa proses mahkamah yang akan di lalui oleh Dai Syed.

Berikut penjelasan terperinci oleh peguam Nor Zabetha

Adakah dakwaan rogol atau laporan rogol adalah boleh dibuat walaupun telah lama berlaku?

Kalau kita baca kenyataan oleh Asisten Komisioner, tuduhan kejadian rogol oleh pendakwah bebas telah berlaku setahun yang lalu.

Ada yang bertanyakan soalan, jadi bolehkah sekiranya laporan dibuat setahun kemudian? Pastinya kalian memikirkan tentang bukti yang tidak lagi tinggal dan faktor-faktor lain dan bagaimana jika si tertuduh tidak mengaku? Lagi susah hendak dibuktikan tanpa pengakuan.

Kita ketepikan sekejap isu berkaitan bukti, saya akan sentuh bab ini kemudian. Kita lihat dahulu kes-kes yang pernah dilaporkan. Sama ada, benar atau tidak kes rogol perlu didakwa segera?

Pada bulan lepas seorang bapa ditangkap kerana dakwaan merogol anaknya. Bapanya yang telah berpisah dengan ibu mangsa, pernah mempunyai rekod kesalahan lampau jenayah rogol. Menurut mangsa, bapanya telah mula merogol sejak Februari 2020, tangkapan di buat pada November 2020.

Beberapa tahun dahulu ada kes bapa durjana, yang ditangkap dan didakwa dengan 623 pertuduhan rogol, liwat, sumbang mahram sejak 2015 dan tertuduh ditangkap pada sekitar 2017 iaitu 2 tahun selepas kejadian.

Kes-kes di atas ini, mangsa tidak membuat laporan segera. Jenayah rogol hanya diketahui beberapa lama kemudian.

Kita lihat pula dalam kes Mohd Hanif Kassim v. PP And Another Appeal [2015] 3 CLJ 984, pada masa kejadian berusia 14 tahun 7 bulan. Pada sekitar Jun 2010, tertuduh telah memaksa mangsa melakukan hubungan seks di ladang kelapa sawit.

Mangsa kemudian dihantar pulang oleh tertuduh. Mangsa merahsiakan kejadian ini. Beberapa bulan kemudian, mangsa melahirkan seorang bayi lelaki.

Hasil dari ujian DNA mendapati bahawa tertuduh adalah 99.9999% bapa kandung kepada bayi. Memandangkan sewaktu kejadian rogol, mangsa adalah bawah umur maka elemen kerelaan tidak perlu dibuktikan. Tertuduh ditangkap dan didakwa di mahkamah.

Tidak mengakui perbuatannya itu, tertuduh menafikan telah merogol mangsa. Tertuduh juga mempertikaikan laporan DNA yang kononnya tidak dibuat selaras dengan Kanun Tatacara Jenayah.

Mahkamah memutuskan bahawa tertuduh dihukum penjara 8 tahun. Tertuduh merayu dan mempertikaikan pertuduhan adalah cacat kerana tidak dinyatakan waktu dan hari kesalahan rogol tersebut, oleh yang demikian telah memprejudiskan haknya untuk memasukkan pembelaan alibi.

Rayuan tertuduh ditolak manakala Mahkamah membenarkan rayuan pendakwaraya untuk hukuman yang lebih berat iaitu 10 tahun dan 1 sebatan.

Kes-kes di atas ini, adalah pembuktian bahawa tidak kiralah walaupun kejadian selepas setahun atau beberapa bulan. Siasatan masih juga diteruskan dan dakwaan serta pertuduhan bakal diteruskan jika terdapat bukti yang kukuh bagi sesuatu kes.

Dalam kes jenayah, ada beberapa elemen yang perlu dibuktikan misalnya saya rujuk dalam kes Nurhasliman Ghazali lwn. PP [2018] 1 LNS 1491 antara intipati pertuduhan kes rogol ialah wujudnya 'penile penetration'.

Saksi SP6 iaitu seorang Doktor Sakit Puan/O&G telah memberi keterangan di mahkamah dan mengesahkan kesahihan cerita mangsa berdasarkan wujudnya koyakan lama.

Dalam kes ini, kejadian rogol berlaku pada  23, 24 dan 25 April 2015 dan laporan hanya dibuat pada 15/5/2015. Saksi pakar juga turut membezakan tanda-tanda yang berlaku dalam tempoh 72 jam dan kejadian yang lebih lama.

Bagi kes rogol yang dibicarakan, saksi pakar-pakar akan dipanggil untuk mengesahkan pemeriksaan yang dibuat terhadap mangsa rogol sewaktu proses siasatan dan laporan perubatan akan disediakan.

Jika tiada pembuktian, kebiasaannya pendakwaan tidak diteruskan. Sama ada kesan lama atau yang baru semuanya tertakluk kepada pemeriksaan, pandangan pakar dari sudut kesan dan punca adalah benar disebabkan oleh 'penile penetration'

Proses tahanan reman dan siasatan adalah untuk menyiasat kes sama ada terdapat elemen jenayah atau tidak. Jadi sekiranya tertuduh ditahan dan didapati bukti tidak kukuh, tertuduh mungkin dilepaskan dan dibebaskan

Jadi berdasarkan rujukan kes di atas, tidak kiralah kes yang berlaku sebulan yang lalu atau mangsa rogol tidak ambil langkah segera. Tolong buat laporan. Yang terbaik, adalah langkah segera dan laporan segera supaya kesan dan bukti lebih jelas dan kukuh.

Namun demikian, mungkin mangsa keliru atau takut, mungkin juga mangsa takut dipandang hina oleh masyarakat tetapi selepas beberapa hari baru mangsa berani hendak buat laporan. Teruskan buat laporan, jangan takut bahawa kononnya terlewat.

Dalam laporan Harian Metro hari ini, kata mangsa dia tidak membuat laporan terhadap pendakwah bebas kerana diugut saman malu jika buat laporan polis dan ibu bapanya juga tidak membenarkan kerana takut malu jika perkara ini jadi kecoh dan diketahui ramai.

Ketahuilah bahawa laporan polis adalah merupakan ‘absolute privilege’ iaitu hak mutlak seseorang. Mangsa rogol tidak boleh disaman sekiranya membuat laporan polis walaupun diputuskan oleh Mahkamah tertuduh dibebaskan dan walaupun reputasi tertuduh telah tercalar.

Isu berkaitan laporan polis adalah hak mutlak seseorang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Azman Azemi v Zahida Mohamed Rafik [2019] 3 CLJ 295 namun demikian, Mahkamah turut memutuskan bahawa perbuatan membuat naik laporan polis yang disampaikan kepada pihak ketiga boleh di saman fitnah.

Ini bermakna, jangan sewenang-wenangnya memuatnaik laporan polis terhadap seseorang di sosial media, anda mungkin berhadapan dengan tuntutan fitnah. Laporan polis tidak salah, perbuatan viral itu yang salah.

Sekiranya anda adalah mangsa seksual and cabul, jangan malu dan takut. Anda adalah mangsa dan ambil tindakan, jangan biarkan perbuatan pelaku berleluasa.

Oleh Nor Zabetha

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2020 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
OK aku ringkas kan.

Dia kata boleh tapi makin lama makin susah nak bukti kan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Setahun berlalu, terowong dah berapa ratus kali kena drilling?
Memang susah nak tentukan serta pastikan PENUSUKAN yg direlakan dan yg tidak direlakan(rogol)





Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 08:42 AM | Show all posts
Edited by sidewinder at 29-11-2020 08:57 AM

mesti ustad jadian keluarkan pelbagai dalil utk merasa lubang nikmat secara free .....tak pun cikaro2 ni teringin sgt merasa tusukan dr ustad jadian yg bole menjamin tempat nya di syurga kelak.....kot2 bole laa menjadi isteri kepada ustad jadian.....dgn menyuruh ustad jadian test drive dulu....so antara dua2 kemungkinan
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 09:33 AM | Show all posts
bakat hal ehwal agama ni janganlah dicungkil, biarlah muncul sendiri. no thanks to astro ehwal islam & jakim yg menjadikan agamawan sebagai selebriti.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 29-11-2020 08:21 AM
OK aku ringkas kan.

Dia kata boleh tapi makin lama makin susah nak bukti kan.

Thanks for the summary
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-11-2020 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau buat tuduhan kat medsos? Kora mcm mana pula?

Isu berkaitan laporan polis adalah hak mutlak seseorang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Azman Azemi v Zahida Mohamed Rafik [2019] 3 CLJ 295 namun demikian, Mahkamah turut memutuskan bahawa perbuatan membuat naik laporan polis yang disampaikan kepada pihak ketiga boleh di saman fitnah.

Ini bermakna, jangan sewenang-wenangnya memuatnaik laporan polis terhadap seseorang di sosial media, anda mungkin berhadapan dengan tuntutan fitnah. Laporan polis tidak salah, perbuatan viral itu yang salah.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Hari tu ada acik kepam gigih nk ckp blh korek info mangsa diharap bacalah ye artikel ni..

Bagi buang sikit kebenakanmu itu

Org bodoh sombong mmg selamanya otak bawah tapak kaki
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2020 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
tak faham la yg kena rogol tapi nak pikir malu, takkan la tak marah geram nak humban perogol tu ke muka pengadilan. lagi lambat amik tindakan lagi mengundang fitnah orang, bukti kukuh pon takde. kena pulak lepas rogol pregnant, tak pasal2 orang tuduh zina. lagiiiii la memalukan bila org luar dah kata bukan2
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
bakingsoda replied at 29-11-2020 03:12 PM
tak faham la yg kena rogol tapi nak pikir malu, takkan la tak marah geram nak humban perogol tu ke m ...


Mmg la u tak faham sbb u tak pernah kena rogol dan tak nak cuba fahamkan masalah depa yg kena rogol ni...

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 09:03 PM | Show all posts
bakingsoda replied at 29-11-2020 03:12 PM
tak faham la yg kena rogol tapi nak pikir malu, takkan la tak marah geram nak humban perogol tu ke m ...

kalau nak faham mungkin kau kena dirogol dulu baru nak faham kot?
lepas tu mungkin faham macam mana nak hadap muka mak ayah, boyfriend/tunang/suami dan mulut orang sekeliling..mungkin faham yang pakaian kau dan perbuatan kau selalu jadi point utama orang tanya sebelum tuju kesalahan pada perogol,...mungkin faham kalau dah pregnant bak kata ayat kau sendiri 'orang tuduh zina dan kata bukan2'..

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
bakingsoda replied at 29-11-2020 03:12 PM
tak faham la yg kena rogol tapi nak pikir malu, takkan la tak marah geram nak humban perogol tu ke m ...

Nanti kalu bagitau orang, takut orang lain fikir perempyan terhegeh2. Kesan mangsa rogol ni, dia jadi keliru,malu,rasa berdosa.

Kalu ni dia berani sebab ada orang push suruh report.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Camne pempuan ni nk buktikan dia dirogol oleh dai tu ye ape bukti kukuh yg dia ada tny je
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Takkan je kesan koykan je dah jadi bukti
Kalau dia buat dgn org lain?
Tak ke naya je?

Aku bukan refef kes daie tu jelah

Katalah org tuduh sesorg laki tu rogol tapi dia buat dgn org lain so kalau kesna koyakan tu je jd bukti naya la? Bygkan kalau hb atau keluarg kita yg kena fitnah gtu? X naya ke?
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 10:21 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 29-11-2020 08:21 AM
OK aku ringkas kan.

Dia kata boleh tapi makin lama makin susah nak bukti kan.

Terima kasih utk ringkasan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 12:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 29-11-2020 12:21 AM
OK aku ringkas kan.

Dia kata boleh tapi makin lama makin susah nak bukti kan.

wah tq.                           
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2020 01:01 AM From the mobile phone | Show all posts
bakingsoda replied at 29-11-2020 07:12 AM
tak faham la yg kena rogol tapi nak pikir malu, takkan la tak marah geram nak humban perogol tu ke m ...

Selain malu. Mangsa rogol juga tiada sokongan dr ahli keluarga dan org terdekat. Dan lbh menyedihkan bila ahli keluarga tak nak report sbb malu. Dan lg menyedihkan si ibu suruh senyap.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:26 PM GMT+8 , Processed in 0.076018 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list