View: 15559|Reply: 253
|
[Tempatan]
Tolong jangan jual karipap inti oksigen,nasi lemak kedekut santan dan ABC kedeku
[Copy link]
|
|
Peniaga kecil kini mampu menarik nafas lega dan boleh membuat perancangan strategik untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan masing-masing kerana hajat untuk berniaga di tapak perniagaan baharu oleh pihak berkuasa tempatan telah kesampaian.
Berniaga secara kecil-kecilan merupakan satu jalan mudah dan singkat untuk menjana pendapatan bulanan bagi menghadapi cabaran dalam persekitaran ekonomi yang sukar kini.
Bagi peniaga yang kreatif dan berdaya saing dalam mempromosikan jualan, ia akan memberi kelebihan kepada mereka untuk mengaut keuntungan berganda.
Rata-rata jualan para peniaga kecil dengan menu dan hidangan masing-masing di pusat penjaja tersebut telah berjaya memenuhi kehendak dan selera pelanggan mungkin kerana harganya berpatutan.
Pelbagai jualan makanan dan minuman yang ditawarkan bermula daripada pembuka selera hinggalah ke menu pemanis mulut membuatkan pelanggan rambang mata dan ia turut dilengkapi dengan jualan makanan berasal dari Korea dan Jepun yang diolah rasanya bersesuaian dengan cita rasa masyarakat tempatan.
Berkunjung ke pusat penjaja tersebut seolah membayangkan kita berada di bazar Ramadan yang sememangnya popular dalam kalangan masyarakat untuk mendapatkan juadah berbuka puasa.
Namun di sebalik keghairahan berniaga untuk mencari keuntungan bagi membayar hutang, kos operasi serta komitmen bulanan, para peniaga jangan mengabaikan perkara utama khususnya daripada aspek kualiti, kebersihan dan sumber bahan mentah tersebut.
Mereka perlu memastikan makanan dan minuman tersebut tidak memberi kesan sampingan daripada aspek kesihatan kepada pelanggan sehingga ada yang terpaksa dirawat di klinik atau hospital.
Pastinya pusat penjaja ini bakal dikunjungi peminat tegar makanan dan mereka sanggup berbelanja lebih untuk mendapatkan makanan yang digemari kerana segalanya ada di situ.
Sehubungan itu, jangan dipersiakan hajat pelanggan untuk menikmati makanan dengan hanya menawarkan hidangan berkonsep ala kadar, kedekut dan juga berharga kapitalis.
Pelanggan akan berasa sangat kecewa dan marah malah ada yang berdendam terhadap peniaga jika ada yang terbeli karipap inti oksigen, keria tepung gandum, kuih koci berintikan hampas kelapa, pulut udang hanya berintikan kelapa serta air batu campur (ABC) pelbagai warna tapi kosong tanpa kacang, cendol dan bahan-bahan lain.
Ada juga pelanggan yang kecewa apabila terbeli nasi lemak kedekut santan dan tomyam yang penuh dengan bawang dan serai sahaja.
Perlu diingatkan, kuasa viral dan hebahan di media sosial boleh memberi kesan secara automatik kepada peniaga yang menipu.
Insiden tersebut bukan sahaja akan merugikan peniaga malah memberi kesan terhadap maruah diri mereka yang tidak bertanggungjawab.
Jika disentuh mengenai keberkatan rezeki ia akan melibatkan banyak aspek dalam kehidupan seseorang itu.
Apa yang pasti, untung jual karipap inti oksigen itu tidak akan menjadikan anda seorang jutawan.-K! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2020/11/27/tolong-jangan-jual-karipap-inti-oksigen/ |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hahahahaaa.. katun tu lawak.. bab2 peniaga hampeh ni bsepah.. beli tomyum rega rm10.. ada la 6 potong ayam besaq ibu jari. Hat lain serai, bawang besepah2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Haha lawak tgk komik tu.. Anyway, sebut pasal karipap, teringat dulu2 aku x suka makan karipap, aku LG suka makan tembosa yg isi ikan tu.. Tp kt KL susah nak jumpa. Tapi karipap ikea ttp di hati sbb aku suka ada telur |
|
|
|
|
|
|
|
haha. lawak komik kat atas tu |
|
|
|
|
|
|
|
nasi lemak kedekut santan tu je bagi iols ok sebab santan banyak sangat pun tak sedap... lain2 tu choiii... karipap tapi dalam angin je |
|
|
|
|
|
|
|
akak dah serik beli yg siap dah pack mi sup mi kari laksa tepi jalan. ingkatkan satu dua gerai je tak brp sedap. mi kari langsung tak rasa kari. mi sup rasa pak aji, laksa suami akak yg hantu laksa makan sesudu je terus tolak.
rege tak la murah rm5, baikla akak makan kat kedai rege sama jauh lg sedap. |
|
|
|
|
|
|
|
Kdg mahal je lebih.. mmg x beli dah la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Haha.. dapatkan karipap oksigen segera, karipap mampu menyelamatkan nyawa anda di saat kekurangan oksigen |
|
|
|
|
|
|
|
Meniaga macam tu buat org beli sekali tu je la
Lps tu bising xdapat sambutan
Padahal sdr punya pasal |
|
|
|
|
|
|
|
1) Nasi lemak kedekut sambal, ikan bilis, kacang
2) Tomyam isi ciput, serai bawang menimbun, kuah lebih air drpd rasa
3) Karipap oksigen
4) Pau inti ciput
5) Sandwich inti hidup segan mati takmau
6) Pisang goreng potong 5 keping sebiji |
|
|
|
|
|
|
|
Karipap gergasi dan karipap ikea inti padat. |
|
|
|
|
|
|
|
Tempat saya beli mmg berbaloi sampai saya fikir untung ke pakcik ni meniaga..set nasi berlauk rm3.50 nak mkn berdua pun cukup.me kari rm3.50 dah beberapa kali sy bagi kwn dorg cakap kari byk isi mcm kita buat kat rumah |
|
|
|
|
|
|
|
Hmm jarang jumpa nasik lemak yg betul2 rasa nasik lemak. Sedangkan kacang tanah yg harga x berapa mahal pun peniaga kemutt ni pulak nak letak santan sampai betul2 bagi cukup rasa nasik lemak |
|
|
|
|
|
|
|
Tp klu ABC tu mmg i slalu request xnk kacang n jagung...dua2 tu i x suka |
|
|
|
|
|
|
|
I duk kwsn kampung
Ada satu je kedai yg i rasa nasi dia berlemak.
Kedai lain rasa mcm mkn nasi putih je.
Tp masih xjumpa kedai yg ada ikn bilis.. Sama ada bilis dlm sambal mahupun digoreng. |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi sekarang bawang mahal. Ayam tengah murah. Kalau iols jual makanan, baik oils minimize penggunaan bawang, lebihkan ayam dalam tomyam |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by zehra2 at 29-11-2020 07:52 AM
saya dan kawan2 suka sambal sotong dan sambal hijau sis @rospinki .. beli online ni kalau serasi dengan selera kita.. mmg repeat la.
sesuai utk suri yg bekerja. jimat masa nk masak. |
|
|
|
|
|
|
|
zehra2 replied at 29-11-2020 07:50 AM
saya dan kawan2 suka sambal sotong dan sambal hijau sis @rospinki .. beli online ni kalau serasi den ...
Bukan sedap kerna pakai bahan pengawet 'pelaris' kewww?
Kahkahkahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 29-11-2020 08:08 AM
ABC kedekut ais pun ada.
Kau ingat teh, kopi ajork yg ada request kurang manis, kurang gula?
ABC pun ada juga yg tak suka banyak ice..lebih suker bahan didalamnya ajork...
Kehkehkehkeh |
|
|
|
|
|
|
| |
|