CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: antikorokprovok

[Jenayah] Bekas penyelidik maut, diserang perompak - Update: 4 didakwa bunuh Dr. Wan Hassa

  [Copy link]
Post time 4-12-2020 04:24 PM | Show all posts
monreyes replied at 4-12-2020 03:33 PM
patut msia haramkan semua kelab malam kat sini...
so dorang boleh bertapak kat sana selama2nya... ...

hah kan ...  byk lagi faedah kalu tauke kelab malam semua pindah bisnes deols ke Thailand,   pemandu mabuk pon dpt kurang,  nak langgar pi la langgar kat Thailand,   bilangan AIDS pon akan kurang

gengster india,  samseng cina,  bohsia bojan Melayu,  PATI indon  ...   semua panggil tauke cina jemput ke Thailand ...  biar bumi Melayu tenang,   abang polis pon kurang sikit beban

pernah satu tiker,  pasukan sepak takraw terpaksa pindah ke Pulau Langkawi sbb sebelum tu deols training kat KL,   terlalu byk night kelab,   waktu malam deols gi foya foya pastu amik dadah,  bila gi bertanding sukan sea,   awal awal dah singkir pasal kencing ahli sukan ada kandungan dadah

byk budak lelaki ekceli bukan jahat sgt,  tapi di pengaruh oleh rakan sejak sekolah menengah  ....  budak remaja badan dah besar,  cikgu tak mungkin dpt garang dgn deols,   kat sekolah deols pon x minat study,  baik terus cari rezeki kat Thailand,   biar budak yg baik dpt study dgn tenang,  cikgu pon aman sikit ... iols tgk situasi kang pompuan Melayu makin ramai merokok,  teman laki dia yg push





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2020 04:30 PM | Show all posts
depresio replied at 3-12-2020 07:47 AM
Betullah mmg nak kemas tu jenuhla..
Rumah aku pon pnh kena pecah
Masa aku takde nasib baik

kain dlm almari abes di sepahkannya...
tau2 je ada barang2 berharga dlm tu...
kawan aku kena dia masuk dgn kasut berlumpur kotor...
satu rumah kena bersihkan...
umah aku bersih je..dia siap bukak kasut kot...

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
monreyes replied at 4-12-2020 04:30 PM
kain dlm almari abes di sepahkannya...
tau2 je ada barang2 berharga dlm tu...
kawan aku kena dia ...

Aduh
Aku pondia masuk dgn kasut tp kotor biasa jelah
Peti. Ais aku pon sdia selongkar sempat mkn minum lagi.. betapa rileknya dia masuk
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 09:17 PM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 1-12-2020 04:58 PM
yup,pasal emas decoy tu, mmg my fren pun penah share her experience
mmg dia terus ofer emas2 tu s ...

Oh pernah ada success story la. Thanks for sharing.

Klu ikut logik la, perompak masuk tgh gelap, dieorg pon kalut, klu boleh nak keluar cepat2 lepas dpt habuan kan.
Campak emas palsu ke, duit palsu ke, insyaAllah dieorg tertipu pastu cabut terus.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Haritu pegi beli cctv umah pastu yg nk dtg pasang tu ckp nk tgk umah dlu baru nk dtg blk. Muka yg dtg tu serius mcm pecah umah punya org. Menakotkan. Cmane la laki aku bleh bli cctv ng org2 mcm ni eiii scary
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 3-12-2020 12:50 PM
Ya ampon biar betul?!

Ya lagi beberapa bulan .. cuba chu olls google .. dah 10 tahun pun .. rasa bulan feb bebas la tu .. anak arwah girl pun dah 10 tahun agaknya .. apa la nasib diri dia skrg .. x pernah mengenali ibunya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-12-2020 01:02 AM From the mobile phone | Show all posts
faint_heart replied at 4-12-2020 11:51 PM
Ya lagi beberapa bulan .. cuba chu olls google .. dah 10 tahun pun .. rasa bulan feb bebas la tu . ...

Eeehhhhh benci weiiiii

Termasuk suspek utama ka? Eeehhh benciiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2020 01:09 AM | Show all posts
budak pasang cctv kaki syabu. jaga2.
dia datang balik konon nak check decorder tu ke haper tah sekali dia ngap barang dlm rumah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2020 01:59 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 5-12-2020 01:02 AM
Eeehhhhh benci weiiiii

Termasuk suspek utama ka? Eeehhh benciiiiii

Tak suspect utama kena 35 ngn 20 tahun .. ni sbb depa dua x mengaku salah .. dan gelakkan hukuman .. kebetulan both merayu, di mahkamah rayuan hakim tambah lagi. Kalau tak kena tambah depa pun dah keluar feb ni .. 10 tahun in jail
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2020 02:00 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 5-12-2020 01:02 AM
Eeehhhhh benci weiiiii

Termasuk suspek utama ka? Eeehhh benciiiiii

Yang dah habis 10 years the other 6 indians .. yg mengaku salah n tidak merayu .. masing2 dpt 10 tahun je .. hati2 warga jb ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2020 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by antikorokprovok at 15-12-2020 01:42 PM

4 didakwa bunuh Dr Wan Hassan
BERNAMA


EMPAT lelaki dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur untu didakwa. FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN


Kuala Lumpur: Empat lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan membunuh bekas Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Dr Wan Hassan Wan Embong dalam kejadian samun pada 29 November lalu di rumahnya.

Pengawal keselamatan, S. Vickeswaran, 22, penghantar surat P. Kogilan dan penganggur M. Ravindran masing-masing berumur 23 tahun serta juruelektrik, T. Sugu, 27, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Wong Chai Sia.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa dengan niat bersama melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Wan Hassan, 73, di Jalan Mambu, Bukit Bandaraya di sini, antara 3.35 pagi dan 4 pagi, 29 November lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Ahmad Hakimi Wan Ahmad Jaafar sementara kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

Wong menetapkan 9 Mac tahun depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan forensik.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen di sini, kesemua tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersama-sama melakukan rompakan berkumpulan menggunakan parang dan tukul besi ke atas jurutera Mohd Muzaffar Zulkifli Martin, 33, membabitkan kerugian kira-kira RM38,000, pada hari sama (29 November).

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Taman Tiara Titiwangsa, Setapak di sini, antara 4.12 pagi dan 5.30 pagi, mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Aiman Azahan tidak menawarkan jaminan dan Hakim Izralizam Sanusi memerintahkan kesemua tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin serta menetapkan 9 Mac tahun depan untuk sebutan semula kes.

Sejurus prosiding berakhir, ibu Sugu dilihat meraung di luar mahkamah sambil ditenangkan oleh isteri tertuduh dan beberapa orang awam.

Media sebelum ini melaporkan, mangsa maut akibat ditetak dalam kejadian samun di rumahnya, manakala isterinya, Sarifah Yusof, 70, cedera akibat ditetak dengan parang di tangan kanan.

Mangsa dipercayai cuba melawan dengan dua lelaki tidak bertopeng yang memecah masuk melalui tingkap bahagian dapur banglo dua tingkat itu.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2020 02:03 PM | Show all posts
#blacklivesmatter
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:23 PM GMT+8 , Processed in 0.213359 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list