CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: antikorokprovok

[Jenayah] Bekas penyelidik maut, diserang perompak - Update: 4 didakwa bunuh Dr. Wan Hassa

  [Copy link]
Post time 29-11-2020 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 29-11-2020 08:46 PM
Pintu dapur besi.. Boleh aku consider ni..

Kalau dia tebok kot bawah?...
Ang dok berdua aja ka dengan tok?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2020 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 29-11-2020 05:29 PM
Orang melayu boleh bela kucing aje..

Sebenarnya... Org dulu2 bela angsa sebagai ganti guard dog.. Angsa lagi cengei dan over protector gitu kwsn dia..
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Ambil lesen pistol simpan dalam bilik
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
apam replied at 29-11-2020 10:43 PM
Kalau dia tebok kot bawah?...
Ang dok berdua aja ka dengan tok?

Aku berdua saja dgn tok. Tu aku sentiasa berjaga2...yg aku tau.. Pernah sekali rumah tok ni kena ceroboh.. Curi dapur..

Selain tu kena pagar rumah cara islam..
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnailaihiroji’un

Harap isteri Dr Wan Hassan dipermudahkan pemulihannya.

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Decon replied at 29-11-2020 08:35 PM
rumah arwah tu pun G&G gak. G&G ni lebih kepada menghindari penyamun skala besar yg dtg dgn kender ...

Rumah arwah tu guard cuma jaga jalan depan aje. Lorong belakang rumah tak tengok. Loophole situ. Rumah landed ni kekadang bukan sebab kelemahan pagar kita pun,penyamun boleh panjat ikut rumah jiran. Condo yg ada beberapa security tier memang lebih selamat. Nak naik lift pun kena pakai access card.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-11-2020 11:57 PM | Show all posts
Lepas tetak pesara MARDI, suspek rompak rumah jurutera

29 Nov 2020
MUHAMMAD AFHAM RAMLI

KUALA LUMPUR - Penjenayah yang merompak dan menetak pesara Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dr Wan Hassan Wan Embong hingga maut dilaporkan turut bertindak memecah masuk sebuah banglo di Taman Tiara Titiwangsa di sini dua jam kemudian.

Kediaman tiga tingkat milik seorang jurutera itu dipecah masuk pada jam 5.15 pagi hari ini ketika mangsa serta ahli keluarganya sedang tidur.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, siasatan mendapati dua lelaki bertindak mengetuk pintu bilik mangsa dan ahli keluarga yang lain sebelum mengugut akan mencederakan mereka sekiranya melawan.

"Mangsa bersama 12 ahli keluarganya serta pembantu rumah diikat pada bahagian tangan menggunakan kabel telefon sebelum disumbat kain dalam mulut.

“Suspek yang bersenjatakan parang dan tukul besi kemudian telah menyelongkar semua bilik sebelum melarikan barang kemas, televisyen, komputer riba, telefon bimbit serta wang tunai RM3,500," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, dua suspek terbabit dipercayai melarikan diri bersama seorang lagi suspek yang berada di luar rumah.

Katanya, siasatan awal pasukan forensik polis mendapati suspek masuk dan keluar melalui cermin tingkap di sebelah kiri rumah berikutan terdapat kesan umpilan pada cermin tersebut.

"Kita turut menemui lapan kesan cap cari di lokasi kejadian," katanya.

Selain itu, katanya, pemeriksaan di sekitar tempat kejadian menjumpai dompet dan dokumen milik mangsa yang disamun dan bunuh di Jalan Mambu, Bangsar.

"Siasatan masih dijalankan untuk mengesan tiga suspek terbabit. Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya.

Hari ini, Sinar Harian melaporkan Wan Hassan, 71, yang merupakan bekas Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat Mardi maut ditetak perompak dalam kejadian di rumahnya di Bukit Bandaraya di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi tadi, rumah dihuni mangsa dan bersama isteri berusia 70 tahun dipecah masuk dua lelaki bersenjata parang.

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Elle_mujigae replied at 29-11-2020 12:07 PM
Kita tinggal seorang ,perempuan...takut juga la..huhu

Hati2 awak. Make sure kunci rumah betul2.  Beli extra selak if needed
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-11-2020 12:00 AM | Show all posts
Edited by antikorokprovok at 30-11-2020 12:05 AM

Penjenayah tetak Dr Wan Hassan diberkas

Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my



Kuala Lumpur: Suspek yang menyamun dan menetak bekas Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), Dr Wan Hassan Wan Embong, 71, sudah ditahan polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid ketika dihubungi mengesahkan penahanan mereka.


Menurutnya, mereka ditahan selepas usaha memburu suspek dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

"Alhamdulillah kita percaya kes bunuh dan samun ini dapat diselesaikan.

"Maklumat lanjut akan dimaklumkan nanti," katanya.

Harian Metro hari ini melaporkan Wan Hassan yang maut ditetak perompak dalam kejadian rompakan di Bukit Bandaraya, di sini.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi tadi, rumah dihuni mangsa dan isteri, Sarifah Yusof, 70, dipecah masuk dua lelaki bersenjata parang.

Suspek yang tidak memakai topeng meminta duit menyebabkan mangsa cuba melawan sebelum ditetak di muka dan leher manakala isteri mangsa ditetak di bahagian bahu kanan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 29-11-2020 10:43 PM
Sebenarnya... Org dulu2 bela angsa sebagai ganti guard dog.. Angsa lagi cengei dan over protector  ...

Aku ada pengalaman ngeri dikejar angsa yg jadi guard rumah ni masa kecik-kecik dulu. . Kalau duk kampung dan halaman rumah besar boleh la bela. Tapi agak bising la. Karang jiran complaint.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 12:12 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 30-11-2020 12:04 AM
Aku ada pengalaman ngeri dikejar angsa yg jadi guard rumah ni masa kecik-kecik dulu. . Kalau  ...

hahaha...aku pun...aku terkejut...aku sambar tengkuk angsa tu aku himbau...marah betul tuan angsa sebab aku himbau angsa dia...hahaha sejak dari tu angsa tu x pernah kacau aku.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 29-11-2020 03:17 PM
rumah ios ada psg alarm ..masalahnya bila ribut ke, tgh2 tido alarm bunyi sbb pintu sedikit bergerak ...

U pakai alarm brand apa u?
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 12:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg sgt risaula mak ayah dkt kampung.. duduk rumah teres.. paling hujung.. Duduk berdua je.. risau risau risaunyer!!!!! Rasa nak bawak mak ayah duduk sekali dkt kondo dkt KL ni.. tp kang, kebosanan pulak.. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 01:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah buat keluarga tersebut. Tak tahu nak kata apa, Sedih, marah, geram & takut pun ada. Harap hukum bunuh saja perompak tu.
Taman aku pun dah ada beberapa kes lately. Especially rumah corner lot yang dekat tepi-tepi pagar. Masuk tengah malam jugak. Dengarnya foreigner yang buat. Sebab tu aku hargai jugak anjing jiran sebelah ni. Rumah kita dia tolong jugak tengok-tengok kan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 01:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Arwah nampak sihat walaupun dah 71. Semoga mendapat syahid mempertahankan diri dan harta benda drp perompak. Isterinya diberi kekuatan fizikal dan mental. Keadaan semasa membuatkan makin banyak jenayah. Seram baca kes2 mcm ni. Nauzubillah.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 02:06 AM From the mobile phone | Show all posts
meteorspeed replied at 29-11-2020 10:43 PM
Bangsa mana la yg rompak tue. Skrg malaysia, dah, tak selamat.. Riso ler..

Leluhur sis .. keling
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2020 02:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Perompak mmg jahat kot..masa kecik org taman aku kena kapak kt bibir sbb byk bunyi masa rompakan rumah dia.. rumah aku pun pernah nak kena masuk pukul 4 pagi tapi mak aku jerit..papaaaa amek pistol cepat.. (padahal takde pistol) berlari okay 4 ekor perompak.. mesti dieorg tau bpk aku keje apa kot. Dah besar sikit weolss pindah gated n guard tp ada rumah ujung kena rompak gak..anak dara kena rogol sekali..kesian. ni dah kawin aku pindah taman cap ayam.. sekali rompak 4 biji rumah satu mlm. Pagi baru kecoh.. dieorg kata tak sedar.. takut wey.. dah ler aku ni tido seolah bervogel..naya je kang..
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 05:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by zehra2 at 30-11-2020 05:22 AM

rumah kedua, rumah jurutera ada 12 org pun dapat 3500 dgn brg lain. rumah arwah, nyawa melayang.. beringat je la kot terkena, bg je la apa yg ada. asal tak usik org. bila mana kita pun tak berdaya.. perompak ni geledah, biar je. dia pun tk nk duduk lama2 dlm rumah kita.
tp mmg hati kering. ko dah bunuh org, boleh plak rompak lg rumah lain lps tu
berkumpulan ke? sbb tv pun depa bwk lari
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 06:30 AM | Show all posts
Penjenayah tetak Dr Wan Hassan diberkas
    myMetro>utama
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Suspek yang menyamun dan menetak bekas Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), Dr Wan Hassan Wan Embong, 71, sudah ditahan polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid ketika dihubungi mengesahkan penahanan mereka.

Menurutnya, mereka ditahan selepas usaha memburu suspek dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

"Alhamdulillah kita percaya kes bunuh dan samun ini dapat diselesaikan.

"Maklumat lanjut akan dimaklumkan nanti," katanya.

Harian Metro hari ini melaporkan Wan Hassan yang maut ditetak perompak dalam kejadian rompakan di Bukit Bandaraya, di sini.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi tadi, rumah dihuni mangsa dan isteri, Sarifah Yusof, 70, dipecah masuk dua lelaki bersenjata parang.

Suspek yang tidak memakai topeng meminta duit menyebabkan mangsa cuba melawan sebelum ditetak di muka dan leher manakala isteri mangsa ditetak di bahagian bahu kanan.


Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 November 2020 @ 11:28 PM
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 06:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Elle_mujigae replied at 29-11-2020 12:07 PM
Kita tinggal seorang ,perempuan...takut juga la..huhu

Jangan sentiasa update status check in,jangan lakukan rutin harian yang sama.selalu lah tukar jadual harian agar sukar diramal keberadaan anda.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:47 PM GMT+8 , Processed in 0.110023 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list