CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8199|Reply: 105

[Tempatan] Zoo Negara: Kos elektrik tempat panda RM10,000 - RM20,000 sebulan. UPDATE Persat

  [Copy link]
Post time 29-11-2020 04:30 PM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 30-11-2020 04:36 PM

Kerajaan diminta bantu kos kendali panda Zoo Negara
November 29, 2020 @ 2:17pm
Oleh Suzalina Halid dan Latifah Arifin

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta membantu dalam menguruskan kos mengendalikan panda di Zoo Negara dengan memberi kadar lebih rendah terhadap bayaran elektrik yang mencecah puluhan ribu ringgit setiap bulan khusus dalam penjagaan haiwan itu.

Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly Ahmat Lana, berkata pihaknya terpaksa menanggung bayaran sekitar RM10,000 hingga RM20,000 sebulan untuk elektrik berikutan panda memerlukan kemudahan penghawa dingin setiap masa.

"Kita tiada masalah menjaga panda pada asasnya cuma penggunaan penghawa dingin setiap masa menyebabkan bil elektrik mencecah ribuan ringgit sebulan.

"Jika kerajaan boleh bantu, kita minta kadar lebih murah dengan pengiraan dibuat berdasarkan kiraan domestik dan bukannya komersial. Komersial ini dua kali ganda kadar bayarannya," katanya ketika dihubungi BH, di sini.

Sebelum ini, Zoo Negara dilaporkan berdepan krisis kewangan yang teruk susulan gelombang ketiga COVID-19 di negara ini sehingga menyebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Rentetan itu, tabung kecemasan Zoo Negara dilaporkan hanya mampu bertahan kira-kira tiga bulan sahaja lagi.

Pada masa sama, Rosly berkata, selain kos elektrik yang tinggi, pihak Zoo Negara juga turut membelanjakan ribuan ringgit bagi bagi menyediakan makanan panda iaitu buluh yang terpilih sahaja.

Namun beliau berkata, pihaknya tidak berdepan masalah untuk mendapatkan bekalan buluh daripada kebun bagi keperluan panda berkenaan.

Katanya, sebagai penjaga (caretaker) panda, pihak Zoo Negara bertanggungjawab menanggung semua kos penjagaan haiwan itu di kemudahan terbabit.

"Walaupun berdepan kos tinggi elektrik, namun keadaan masih terkawal lagi untuk kita meneruskan penjagaan terhadap panda ini," katanya.

Sehingga kini, Zoo Negara menjaga tiga ekor panda termasuk seekor anak haiwan itu yang diperoleh dari China sejak 2014.

Sementara itu, Rosly berkata, pihaknya mempunyai perancangan untuk membuka operasi Zoo Negara secara maya pada masa depan dalam mendepani pandemik COVID-19 ini.

Katanya, perbincangan akan dijalankan dengan pihak teknologi maklumat untuk pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) pada setiap 'rumah' haiwan.

"Kita memang dalam proses merancang untuk membuka operasi zoo ini secara maya namun ia mengambil sedikit masa kerana membabitkan kos sehingga jutaan ringgit.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2020 04:33 PM | Show all posts
Kerajaan perlu buat sesuatu bagi menyelamatkan zoo negara ini daripada tutup buat selamanya
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 04:50 PM | Show all posts
hantar ke rumah najib
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 04:57 PM | Show all posts
hantar je la balik kt sne..
skrg ni..nasib manusia pun blum tentu terbela..
ni kan plak haiwan.. takut mati je nanti panda tu..
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Guna ekon inverter tak tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
myoujin replied at 29-11-2020 05:06 PM
Guna ekon inverter tak tu

Berapa min suhu kena set?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-11-2020 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
mikasa replied at 29-11-2020 05:07 PM
Berapa min suhu kena set?

Ntah la...  10kot?
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Terpaksa hantar pulang dan sewa fasiliti di china buat masa ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2020 05:31 PM | Show all posts
kilang ais kan banyak kt malaysia simpan je panda dalam kilang ais. dia dh beku baru letak balik kt kandang dia
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 05:37 PM | Show all posts
myoujin replied at 29-11-2020 05:06 PM
Guna ekon inverter tak tu

Hahaha..kandang besar sangat kot. Apa kata sumbat dalam bilik kecik dan pasal aircond inverter 1hp aje..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2020 06:21 PM | Show all posts
Terima kasih sumbang dana untuk Zoo Negara
    myMetromutakhir
Suraya Roslan

Kuala Lumpur: Jumlah sumbangan terkumpul bagi mengisi 'kantung' Zoo Negara yang makin kering kini melebihi RM300,000.

Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly @ Rahmat Ahmat Lana berkata, pelbagai pihak menyumbang dana sebaik media melaporkan mengenai beban kewangan zoo makin tenat dan hanya dapat bertahan setakat tiga bulan saja.

"Terima kasih kepada semua pihak terutama orang ramai, bank dan pelbagai agensi yang menyumbang dana kepada kami.

"Sejak kami membuka peluang untuk orang ramai menyumbang, pelbagai pihak tampil membantu termasuk orang persendirian dan sambutan sangat menggalakkan," katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, setakat ini ada individu yang menyumbang RM15,000 manakala bank pula RM50,000.

"Daripada sekecil 20 sen sumbangan yang kami terima sehingga RM50,000, kami sangat menghargai usaha semua pihak yang mahu membantu haiwan kami.

"Sebaik selesai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) saya akan umumkan keseluruhan sumbangan yang diterima," katanya.

Metro Ahad hari ini melaporkan dana Zoo Negara yang menjadi ikon riadah negara sejak 1963 dikatakan hanya mampu bertahan tiga bulan lagi.

Peruntukan yang semakin tipis itu bukan hanya untuk kelangsungan hidup 140 kakitangan tetapi kos besar bagi mengisi perut kira-kira 4,000 haiwan yang menghuni Zoo Negara itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 November 2020 @ 6:00 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
10 ribu sebulan.baik kau beli wind turbines kat shoppe tu baru rm 400.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Gedik nya panda nih.. mampus ke kau dek kalau x dok dalam aircond????
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Haiwan2 lain kat zoo tu mesti panas hati je kan tgk panda ni.. mesti dorg mengumpat sesama dorg hari2 x puas hati
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Jom derma

Malaysian Zoological Society
514422103830
Maybank Berhad
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 07:06 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2020 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Agak2 la econ utk panda tu semahal tu..ke "econ lain" ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuba bagi detail sikit berapa buah dan jenis econ utk rumah panda ni. Jadi senang netizen boleh hadam
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
damsel_fiji replied at 29-11-2020 06:30 PM
Gedik nya panda nih.. mampus ke kau dek kalau x dok dalam aircond????

Panda kat negara asal rasanya takda pun dpt keistimewaan mcm kat sini waktu musim panas kat sana
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak boleh ker pulangkan jer panda2 tu balik. Atau mmg sain kontrak duduk kekal kat malaysia?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.079575 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list