CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8606|Reply: 82

[Tempatan] Harga terkini RM223 - RM234 per gram. Kedai emas di Kelantan terutama di Kota Bh

  [Copy link]
Post time 29-11-2020 04:35 PM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 30-11-2020 03:04 PM

Kedai emas di Kota Bharu diserbu orang ramai
    myMetromutakhir
Nor Fazlina Abdul Rahim




Kota Bharu: Harga emas turun secara mendadak sejak minggu lalu menyebabkan kedai emas di Kelantan diserbu orang ramai.

Kebanyakan penduduk mengambil peluang untuk membeli emas memandangkan harga terkini antara RM223 hingga RM234 per gram.

Tinjauan di sekitar Kota Bharu mendapati, kedai emas mula dipenuhi pengunjung seawal 9 pagi bagi mendapatkan koleksi emas diidamkan.

Bagaimanapun, keterujaan pengunjung untuk membeli emas menyebabkan sebahagian besar mereka mengabaikan penjarakan fizikal.

Malah, ada sebahagian kedai agak kecil, padat dengan pengunjung dan pemilik tidak mengetatkan prosedur operasi standard (SOP) atau meminta pengunjung masuk secara berperingkat.

Walaupun masing-masing memakai pelitup muka, mereka bagaikan terlupa bahawa kes Covid-19 semakin meningkat khususnya di Kelantan.

Pengunjung, Rosnani Abdul Rahman, 40, berkata dia sanggup datang dari Pasir Mas ke Kota Bharu selepas mendapat tahu harga emas di bandar ini lebih murah berbanding di Pasir Mas.

"Sebagai peminat emas, saya sudah menjangka situasi di kedai emas padat dengan pengunjung memandangkan harga emas turun sejak minggu lalu dan hari ini paling rendah.

"Memang keadaan agak padat dan saya perlu menunggu hampir 30 minit untuk melihat koleksi memandangkan premis dipenuhi orang ramai," katanya.

Sementara itu, pemilik kedai emas di Pasar Siti Khadijah yang enggan dikenali, berkata disebabkan ketidakpatuhan pengunjung, kedai miliknya dikenakan kompaun dua kali termasuk semalam.

"Kami memang menekankan SOP supaya pengunjung masuk ke kedai secara berperingkat, namun disebabkan pengunjung terlalu ramai dan mereka gagal mematuhi SOP sehingga kami menjadi mangsa.

"Justeru, mulai hari ini, kami membuat kawalan lebih ketat dan polis kelihatan meninjau kawasan pasar bagi memastikan semua orang mematuhi SOP," katanya.

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata, pihaknya mengingatkan orang ramai termasuk pemilik kedai emas supaya menitikberatkan SOP memandangkan kes Covid-19 semakin meningkat.

Beliau berkata, sejak semalam dan hari ini, sebanyak sembilan kompaun dikenakan terhadap pemilik kedai emas di Kota Bharu kerana gagal mematuhi SOP ditetapkan.

"Kami maklum orang ramai mahu membeli emas, namun perlu memastikan pakai pelitup muka selain menjaga penjarakan fizikal.

"Pada masa sama, saya sudah mengarahkan anggota supaya memantau lebih kerap di kedai emas dan akan mengambil tindakan sekiranya mendapati mereka gagal mematuhi SOP ditetapkan," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), Datuk Dr Zaini Hussin, turut mengingatkan pembeli dan penjual emas supaya menitikberatkan SOP kerana kes di Kelantan semakin meningkat.

Beliau berkata, setakat ini Kelantan sudah mempunyai tiga kluster dan pihaknya mengharapkan kerjasama semua untuk memutuskan rangkaian Covid-19.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 November 2020 @ 3:51 PM

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2020 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalam gambar tu kat Pasar Siti Khadijah ke? Ke Bazar Tok Guru?
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
eh makcik nani guna surat palsu ke ape rentas daerah masuk zon merah ni makcik?!
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Harapnya yang membeli emas macam beli baju ni tak
lupa bayar zakat emas...
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Kluster emas sebungkal la plak lps ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 05:11 PM | Show all posts
berapa banyak turun? banyak sangatkah sampai kena serbu? dah lama ker harga emas tak turun mcm ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-11-2020 05:16 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 05:20 PM | Show all posts
ninja9 replied at 29-11-2020 05:11 PM
berapa banyak turun? banyak sangatkah sampai kena serbu? dah lama ker harga emas tak turun mcm ni... ...

banyak juga kaka... dari 2032usd per oz jadi 1780usd per oz ke bawah tak reti iols nak convert ke gm and rm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2020 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 29-11-2020 05:20 PM
banyak juga kaka... dari 2032usd per oz jadi 1780usd per oz ke bawah tak reti iols nak conver ...

Serius lah?

Camna nak beli, ini yg mcm emas maybank/public gold tu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 05:42 PM | Show all posts
wak_pijah replied at 29-11-2020 05:38 PM
Serius lah?

Camna nak beli, ini yg mcm emas maybank/public gold tu ke?

wahed ada, maybank ada, rhb ada, cimb pun ada...patuh syariah punya...

kena apply dulu...
paling senang wahed la sebab senang apply...
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 29-11-2020 05:42 PM
wahed ada, maybank ada, rhb ada, cimb pun ada...patuh syariah punya...

kena apply dulu...

kalau yg sejenis mengumpul emas suam2 kuku ni kan, baik beli brg kemas ke beli emas dgn bank gini?yg dgn bank ni emas fizikal jugak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
sarahmirza replied at 29-11-2020 04:52 PM
Harapnya yang membeli emas macam beli baju ni tak
lupa bayar zakat emas...

Kalau sentiasa pakai tak kena zakat sis.emas yang disimpan sahaja,apabila cukup nisab dan haul kena zakat.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Skrg masa terbaik ke beli emas (pakai)? Takut harga turun lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 06:07 PM | Show all posts
syamzana replied at 29-11-2020 05:58 PM
kalau yg sejenis mengumpul emas suam2 kuku ni kan, baik beli brg kemas ke beli emas dgn bank gini? ...

kalau beli dengan bank atau broker... zakat ke apa semua deorang dah bayarkan... kita dapat untung je...
kalau physical gold pun best kaka sebab boleh pakai... beli dari bank tak boleh pakai
dan iols sarankan beli emas physical dengan syarat pakai yach jangan tak pakai... nanti takut hilang dan zakat pula kena bayar sendiri..

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 06:22 PM | Show all posts
dudaberhias replied at 29-11-2020 05:20 PM
banyak juga kaka... dari 2032usd per oz jadi 1780usd per oz ke bawah tak reti iols nak conver ...

1780usd / 31gram = usd 57.419 per gram
57.419usd x 4 = rm 229.7 per gram

sebelum ini..
2032usd/ 31gram = usd 65.548
65.548 x 4 = rm 262.192 per gram

Rm262 - Rm 229 = Rm 33 per gram
kalau beli satu kilo beza dia dah jadik = RM33 x 1000 = RM33,000

1 Kilogram = 32.15 troy ounce, 1 troy ounce = 0.031104199066874 Kilogram. Today, Sunday 22 November 2020 in Malaysia, 1 Kilogram of gold = 246,148.72 Malaysian Ringgit.

untuk mudah, boleh kata dah turun sekitar 30,000 per kilogram, klu pengiraan tak salah... tapi harga satu kilogram hampir RM250,000.. siapa yang ada duit mcm ni ... tu pun masih bahaya sebab kalau tengok graf dengan tempoh lebih kurang sebulan diatas, fluctuation atau turun naik graf tu ganas.. bila2 naik, bila2 turun.. tak sampai sebulan turun rm30,000...2 minggu lagi turun lagi 30,000.. menyesal tak sudah.. ... kalau nak beli kena tahu kenapa dia turun harga banyak dlm bulan ni, baru boleh jangka turun naik graf tu..


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 29-11-2020 05:42 PM
wahed ada, maybank ada, rhb ada, cimb pun ada...patuh syariah punya...

kena apply dulu...

Nanti wak tanya tengok.

Thanks ya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2020 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Urm..emas tgh turun skrg... katanya next year akan naik..betul kee
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 06:33 PM | Show all posts
ninja9 replied at 29-11-2020 06:22 PM
1780usd / 31gram = usd 57.419 per gram
57.419usd x 4 = rm 229.7 per gram

ha'ah kaka, flunctuation memang ganas sebab emas ni pun naik secara mendadak tahun ni... sebabtu iols tak beli emas
buy amazon jah sebelum black friday haritu sebab black friday ni confirm jualan berganda2 gittew
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
sebab jumpa vaksin covid kn, sian kawan2 yg bru dok jual emas sekarang mcm x laku, hri tu masa pkp laku betul emas diaorg tpi skrg senyap dah
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Tggu bonus b4 krismas klu harga emas tgh cantik lg i nk tmbah lg 5 gram lh kt rantai tgn
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 03:21 PM GMT+8 , Processed in 0.323062 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list