CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3834|Reply: 15

Kawan Dari Kayangan! 14 Rakan Dapat RM4 Juta Seorang Daripada George Clooney

[Copy link]
Post time 30-11-2020 10:39 AM | Show all posts |Read mode
Bayangkan betapa kaya dan banyaknya harta dikumpul penerbit, pengarah, aktor Hollywood, George Clooney hasil daripada kariernya dalam bidang hiburan apabila beliau pernah memberikan sejumlah ASD14 juta bersamaan RM57 juta kepada 14 teman baiknya.




Kredit foto: France 24




Clooney mengaku memberi setiap seorang daripada 14 teman baiknya wang tunai bernilai ASD1 juta atau RM4 juta beberapa tahun silam kerana masih belum berkahwin apalagi memiliki keluarga.


Rahsia itu diceritakan pemenang tiga kali Golden Globe berkenaan dalam wawancara terkininya bersama majalah GQ yang juga menobatkan suami Amal Clooney ini sebagai Icon of the Year.


Menurut Clooney, 'pembahagian harta' itu dilakukan selepas filem lakonannya bersama Sandra Bullock, Gravity yang dibintangi pada 2013 menjadi blockbuster.




Kredit foto: Magzter




Lantaran itu, lelaki berusia 59 tahun ini mendapat bahagian lumayan hasil daripada filem yang menjadi hit.


Namun, kata Clooney, oleh kerana pada saat itu beliau tidak punya sesiapa, belum berkahwin dan memiliki keluarga sendiri, dirinya memutuskan untuk memberikan RM4 juta seorang kepada 14 teman rapatnya.

"Tanpa mereka, saya tidak akan ada di sini atau berada pada tahap ini," dedah Clooney dalam wawancara tersebut yang dipetik dari CNN.


Ayah kepada dua orang anak, Alexander Clooney dan Ella Clooney itu kemudian melanjutkan ceritanya dengan mengatakan beliau memandu sebuah van buruk ke sebuah gudang di luar bandar Los Angeles, lokasi dirinya memiliki RM57 juta sebelum menelefon 14 temannya untuk datang ke rumah.

"Macam mana saya boleh membayar jasa mereka yang telah bersama saya selama ini? Dan saya katakan pada diri sendiri, 'apa kata saya berikan kalian RM4 juta seorang?

"Dan saya keluarkan peta, tunjukkan saja tempat mana di dunia yang ingin saya lawati dan saya dapat lakukannya kerana mereka," kata Clooney.






Sumber: Gempak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2020 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Cerita graviti tu best tp spjg cerita pelakon yg sama je memanb untung la siapa berlakon citer tu dia sorg je satu cerita haha
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 10:55 AM | Show all posts
cerita lama. clooney hadiah pada kawan2 zaman dia bbnu
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan hasil con orang persis ocean 11
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 01:22 PM | Show all posts
Rasa mcm cerita lama je..ke ada di kasi lg baru2 ni..mana tau mgkn Bnyk pelakon Hollywood  terjejas kobit..
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Cerita lama ni. Nasib baik amal bukan melayu islam msia.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-11-2020 03:36 PM | Show all posts
Bagus tu share kesenangan dengan kawan baik.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Byk tu sejuta USD sorg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2020 05:33 PM | Show all posts
untunglah 14org kawan2 dia tu..walaupun cerita lama tp menjadi ingatan buat kawan2 dia yg 14org tu kan...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh tak nak tau siapa kenkawan dia yg 14 org tu{:spot
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2020 01:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Filem gravity tu best giler. Tapi ramai tak minat.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2020 07:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Untung betul kawan-kawannya itu, semoga persahabatan yang terjalin itu kekal sehingga akhir hayat
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2020 03:26 PM | Show all posts
Walau cerita lama tapi sifat dia yang tak lupa pada kawan2 lama lepas terkenal boleh dijadikan contoh
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 01:03 AM | Show all posts
OOT tapi ada orang speku wife dia si amal tu tak mengandung pon, pakai surrogate mom kekdahnya tapi tak nak ngaku
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by delia3003 at 28-7-2021 05:28 PM
heythere123 replied at 27-7-2021 01:03 AM
OOT tapi ada orang speku wife dia si amal tu tak mengandung pon, pakai surrogate mom kekdahnya tapi  ...


Kalau betul pun lantak ler, duit laki berkepuk2 7 keturunan pun makan tak habes, mesti bayar mahal utk surrogacy tu, kalau betul. Lagipun bukan nak mewarisi takhta diraja ke ape nak kena sahkan susur galur.

Artis2 Hollywood grade A ke atas ni bayaran berlakon pun tinggi, lepas tu kalau pandai invest lagi bertambah kaya.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 05:31 PM | Show all posts
delia3003 replied at 28-7-2021 05:26 PM
Kalau betul pun lantak ler, duit laki berkepuk2 7 keturunan pun makan tak habes, mesti bayar mah ...

itulah, tapi macam pelik kenapa diorang nak sorok kalau betul
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:21 AM GMT+8 , Processed in 0.067712 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list