CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1313|Reply: 10

[Tempatan] Sangkal statistik rakyat Terengganu kuat makan. Actually kos sara hidup area Pak

[Copy link]
Post time 30-11-2020 11:04 AM | Show all posts |Read mode
Bukan kuat makan tetapi kos sara hidup di Terengganu tinggi
    Oleh ROSALINDA MD. SAID
    29 November 2020, 9:08 pm

KUALA TERENGGANU: Purata perbelanjaan bulanan bagi makan dan minum rakyat Terengganu yang didapati tertinggi di Malaysia sebanyak RM967 bukan disebabkan oleh tabiat pemakanan sebaliknya dipengaruhi oleh kos sara hidup yang mahal.

Pensyarah Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof. Madya Dr. Roshaiza Taha berkata, isu itu bukan sesuatu yang baharu di negeri ini, bahkan telah bermula sejak penemuan minyak di perairan pantai Terengganu, hampir 40 tahun lalu.

Katanya, pembangunan Paka dan Kertih di Dungun sebagai pusat perindustrian petroleum Terengganu menjadikan kos sara hidup di kedua-dua kawasan itu jauh lebih tinggi berbanding di daerah lain hingga menghimpit penduduk tempatan.

“Masyarakat turut terkena tempias walaupun pendapatan yang diperoleh mereka tidak semewah pekerja industri petroleum yang kebanyakannya merupakan golongan berpendapatan tinggi.

“Bahkan, jangan tidak percaya harga barangan asas seperti ikan yang ditangkap di perairan Terengganu jauh lebih mahal jika dibandingkan dengan harga ikan di negeri lain,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kajian Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang mendapati penduduk Terengganu paling tinggi menghabiskan belanja bulanan bagi tujuan makan dan minum sepanjang tahun lalu.

Rekod sama dipegang oleh Terengganu menerusi kajian dijalankan pada 2016 apabila membelanjakan purata sebanyak RM916 sebulan dan angka untuk dua tahun itu juga adalah jauh di atas paras nasional.

Menurut Roshaiza, keadaan itu dipercayai berlarutan hingga kini kerana kurang persaingan di antara peniaga di samping tiada permainan harga.

“Berbanding negeri lain, Terengganu tidak mempunyai lambakan pasaraya besar yang bersaing dengan sengit untuk mendapatkan pelanggan, oleh itu permainan harga tidak berlaku di sini.

“Berdasarkan pemerhatian saya, penduduk Terengganu juga agak setia dan lebih selesa untuk membeli di pasar basah walaupun kos barangan di premis itu tinggi,” katanya.

Roshaiza berkata, kenaikan kos sara hidup di Terengganu itu turut dipengaruhi oleh pengiktirafan yang diterima negeri ini sebagai hab pelancongan di samping peningkatan harga rumah misalnya di kawasan sekitar Kuala Nerus yang menjadi pusat tumpuan pendidikan. – UTUSAN

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2020 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by antikorokprovok at 30-11-2020 03:06 PM

Saya sangat bersetuju dengan Prof. Madya Dr. Roshaiza. Memang betul pun harga makanan kat Terengganu mahal setanding bandar besar seperti Kuala Lumpur dan JB. Harga makanan di kedai makan di Kerteh dan Paka lebih mahal daripada Bandaraya Kuala Terengganu sendiri. Orang luar yang datang melancong ke Terengganu sendiri mengakui rata-rata harga makanan di Terengganu sama mahal dengan area Lembah Klang. Ni bukan sebab faktor orang luar, orang Terengganu sendiri pun kena caj harga sama. Memang faktor petroleum lah punca kenapa harga makanan mahal kat Terengganu. Sama je dengan kedai makan di area Miri, Sarawak. Member yang pernah kerja sana cakap pun mahal jugak. Adakah penjual fikir orang yang datang singgah makan di kedai semua orang kerja di pelantar minyak?
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Tempat orang minyak saja la kot jual mahal2 tapi terengganu pun negeri tumpuan pelancong kan tu yg jual mahal makanan kot
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg..duduk dungun ni makanan mmg mahal sayur mahal..ikan apa lg....masa duk kl dulu lg murah beli sotong ikan etc...tapi satu lah yg blh puji..ikan segar...klu beli masuk dlm freezer. 3 bln br masak pun ok lg rasa dia..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 12:32 PM | Show all posts
aku g kat KT mkn2 sedap n murah jek.. tp tak sangka plak daerah lain mahal rupanya..
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 12:33 PM | Show all posts
mung cakak luor je, ye slalu kene katok bayor harge ayoh pin
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-11-2020 01:42 PM | Show all posts
Mmg mahal & btol juga mungkin sbb faktor xbanyak pasar raya besar, so xde perang harga
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 01:45 PM | Show all posts
Memang mahal...terkejut rasa skali sekala balik kampung...dah la kampung kita area tu. Cekik darah betul harga makanan. Kat penang pun tak mahal macam tu..even dikategorikan sebagai bandar besar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2020 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Peniaga ambik kesempatan dh bertahun tapi org tetap bayar
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
glump replied at 30-11-2020 02:55 PM
Peniaga ambik kesempatan dh bertahun tapi org tetap bayar

Betul tu, dah lama sebenarnya isu makanan kat Terengganu mahal.
Malah, ada thread Cari bahagian Pantai Timur sendiri dah bincangkan berkenaan isu makanan Terengganu mahal sejak tahun 2012 lagi...huhu

https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=684320&mobile=2
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 03:16 PM | Show all posts
Düngung pun mahal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:15 AM GMT+8 , Processed in 0.150595 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list