|
Lumut: Seorang lelaki ditemukan lemas berhampiran sebuah kedai makan di Teluk Batik di sini, semalam.
Mayat mangsa ditemui terapung di permukaan air oleh orang awam.
Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada 5.45 petang.
Menurutnya, bertindak daripada maklumat itu, anggotanya digerakkan ke lokasi untuk siasatan lanjut.
"Siasatan mendapati mangsa berusia 40 tahun dan berasal dari Pulau Pangkor.
"Waris mangsa memberitahu lelaki itu dikatakan sering meracau dan keluar dari rumah seorang diri dengan menaiki sampan sejak dua hari lalu," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat.
"Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut," katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|