CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1192|Reply: 15

[Tempatan] SELAIN tertinggi kes Covid-19, pencemaran sungai etc. Selangor jugak tinggi kes

[Copy link]
Post time 30-11-2020 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Lima daerah rekod kes demam denggi tertinggi
MUHAMMAD AMINNURALIFF | | 30 November 2020

SHAH ALAM - Lima daerah di Selangor merekodkan bilangan kes demam denggi tertinggi di negeri ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr Sha'ari Ngadiman berkata, antara daerah tertinggi adalah Petaling dengan mencatatkan kes demam denggi sebanyak 14,767 kes (34.8%).

"Jumlah itu diikuti dengan Hulu Langat 9,187 kes (21.7 peratus), Klang 6,743 kes (16.0 peratus), Gombak 6,257 kes (14.8 peratus) dan Sepang 2,334 kes (5.5 peratus).

"Pada minggu epid (ME) 48 iaitu bagi tempoh 22 November hingga 28 November 2020, sejumlah 377 kes demam denggi telah dilaporkan di Selangor," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Sha'ari bagaimanapun berkata, jumlah tersebut mencatatkan penurunan sebanyak 7.4 peratus berbanding 407 kes pada minggu sebelumnya.

"Sebanyak 42,795 kes demam denggi dilaporkan untuk sehingga ME 48 yang berakhir pada 28 November 2020.

"Jumlah ini turut mencatatkan penurunan sebanyak 35.3 peratus (23,375 kes) berbanding minggu yang sama tahun 2019 (66,170 kes)," katanya.

Menurutnya, masyarakat perlu kekal fokus dalam kawalan pencegahan demam denggi walaupun tren menunjukkan penurunan kes.

"Pencegahan penyakit demam denggi adalah tanggungjawab semua, luangkan hanya 10 minit seminggu, pastikan semua takungan air yang tidak digunakan di-persekitaran masing-masing dimusnahkan.

"Bagi takungan air kekal hendaklah sentiasa ditutup atau diletakkan ubat pembunuh jentik-jentik serta diperiksa seminggu sekali," katanya.

Jelasnya, sebarang maklumat tambahan berkaitan kawalan dan pencegahan denggi boleh diperoleh melalui https://www.infosihat.gov.my/index.php/demam-denggi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-11-2020 01:09 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
so what? negeri lain jeles ker selangor tapau sma...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 02:13 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 05:02 PM | Show all posts
negeri selangor, tp belum tentu rakyat selangor yg buat..
sana kan byk pendatang locally and internationally, maybe penyumbang utama..
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
*sigh*                                       
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-11-2020 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
X nak kira populasi anjing liar? Rasanya selangor ada peluang juga juara kot??
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah selangor paling padat penduduk dengan hijrah orang dari negeri lain dan pendatang asing, nak hairan buat apa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2020 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Masalah ketuk pintu........
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
MissVixen replied at 30-11-2020 05:46 PM
Dah selangor paling padat penduduk dengan hijrah orang dari negeri lain dan pendatang asing, nak hai ...

Kat corner meja aku ni..
Org Selangor 10 je. Meh aku kira
Kelantan 2, melaka.1, n9 1, kedah 2
Pahang 1 .belum kira department lain.lagi

Sah2 la yg padatkan selangor ni org luar.. grrrr..
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Y selangor yyyyy???
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2020 02:03 PM | Show all posts
Moga kaum yang gemar menganjing Selangor tu (e.g. TT)  sedar ini semua masalah bawaan orang luar yang cari makan di Selangor termasuk masalah air.

Maybe Johor is next.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2020 02:24 PM | Show all posts
Pasti marah orang Selangor dilebal macam tu pada hal kebanyakanya akibat dari orang yang cari makan di Selangor.  
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2020 02:27 PM | Show all posts
selangor = dalam gerhana
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2020 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
bagi pendapat iols, ini masalah dan tanggungjawab bersama..dah duduk selangor,tak kira asal negeri mana, tetap la dah jadi rakyat selangor sbb dah bermastautin kat selangor..troll ni utk semua org yg menetap di selangor..so,anak jati selangor jgn nak sentap x tentu pasal @ divert masalah ni pada org negeri lain..kerajaan malaysia dah pilih selangor utk dimajukan..kena hadap la..
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2020 03:54 PM | Show all posts
belum ada kan yang kata ini semua salah Dapig?

Ini semua salah Dapig

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:13 AM GMT+8 , Processed in 0.099884 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list