CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 853|Reply: 0

[Tempatan] Pengambilan Beramai-ramai: Tukang Simbah Cat RM300 Sekali Simbah

[Copy link]
Post time 30-11-2020 02:10 PM | Show all posts |Read mode
Gombak: Rekrut pemuda sebagai penyimbah cat dengan upah lumayan RM300 melalui iklan di laman sosial.

Itu tawaran diberikan sindiket along untuk satu kerja simbah cat bagi menarik golongan terbabit bersekongkol dalam kegiatan mereka.

Bagaimanapun, kegiatan sindiket itu terbongkar selepas tertangkapnya tiga lelaki berusia 20 hingga 25 tahun yang melakukan kerja simbah cat di sekitar daerah ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, orang awam yang melihat kehadiran tiga lelaki dalam keadaan mencurigakan di Jalan Bukit Permata, Selayang di sini, pada Isnin lalu menahan mereka sebelum diserahkan kepada polis.

"Hasil siasatan terhadap tiga suspek itu mendapati mereka ditawarkan upah RM300 untuk menyimbah cat di rumah dan kenderaan yang diarahkan 'majikan'.

"Suspek mendakwa tidak tahu tujuan mereka menyimbah cat itu. Mereka hanya memberi gambar kepada seorang lelaki dikenali sebagai Kelvin sebaik selesai kerja dan dibayar upah," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di sini, hari ini.

Arifai berkata, hasil penahanan suspek itu polis turut merampas beberapa telefon bimbit, komputer riba dan tong serta botol berisi cat merah dalam dua kenderaan dinaiki tiga suspek terbabit.

Katanya, semakan mendapati sebanyak enam laporan kejadian simbah cat diterima pihaknya sejak awal tahun ini yang dipercayai dilakukan suspek sama.

"Bertindak atas maklumat suspek, polis berjaya mengesan dan menahan Kelvin di rumah sewanya di Kajang pada hari sama.

"Hasil siasatan awal, Kelvin dipercayai bertindak sebagai orang tengah kepada sindiket along," katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 November 2020 @ 2:00 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:11 AM GMT+8 , Processed in 0.079741 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list