CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3609|Reply: 23

[Jenayah] Jenayah sedut kredit prabayar, lima telco disiasat SPRM

 Close [Copy link]
Post time 30-11-2020 03:06 PM | Show all posts |Read mode
Kehilangan kredit prabayar adalah satu perkara yang sering dihadapi pengguna di Malaysia. Dianggarkan hampir 100 syarikat penyedia kandungan dikesan melakukan jenayah ‘menyedut’ kredit prabayar milik pengguna, menyebabkan kerugian hampir RM100 juta sejak 10 tahun lalu.
   
Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan kepada Harian Metro, syarikat ini akan menghantar pelbagai kandungan mesej melalui sistem pesanan ringkas (SMS) ke telefon bimbit pelanggan talian prabayar, sebelum mangsa dikenakan caj antara RM0.50 sehingga RM5 bagi setiap penghantaran ‘sampah’. Difahamkan syarikat ini aktif ‘mencuri’ wang milik pengguna talian prabayar, hasil kegiatan membeli data peribadi pengguna dengan menyogok kakitangan syarikat telekomunikasi (telco) tempatan.
   
Perkara ini dijayakan dengan bantuan ‘orang dalam’ syarikat telco, yang menjual data peribadi pelanggan prabayar. Siasatan dilakukan SPRM sejak bulan Mac lalu mendapati penipuan terancang ini membabitkan kerja ‘orang dalam’ telco yang memegang pelbagai jawatan penting.
     

   
Menurutnya, antara jawatan yang dikenal pasti menerima rasuah ini adalah pengurus proses pembayaran, bajet koordinator, penyedia kandungan eksklusif, penyedia tadbir urus, pengurus produk, ketua projek dan pelbagai jawatan penting lain. Kakitangan bahagian teknikal dan aduan, menjadi tumpuan ‘syarikat jahat’ ini berikutan mereka mempunyai akses untuk membocorkan data dan maklumat sulit pelanggan.
   
“Syarikat penyedia kandungan ini adalah syarikat berasingan yang dikesan membayar wang rasuah kepada ‘orang dalam’ tertentu di telco dengan bayaran antara RM100,000 hingga RM200,000 seorang. SPRM percaya jumlah keseluruhan rasuah yang sudah diberikan kepada kakitangan telco mencecah puluhan juta ringgit, sejak kegiatan ini bermula hampir 10 tahun lalu. Setakat ini lima telco sudah disiasat dan siasatan menyeluruh akan dilakukan terhadap lebih banyak syarikat komunikasi yang diyakini bersekongkol dengan syarikat penyedia kandungan ini,” tambahnya lagi.
   
‘Syarikat jahat’ ini beroperasi dengan menghantar mesej pelbagai kandungan SMS ke telefon bimbit pelanggan talian prabayar. Tetapi terdapat caj tersembunyi pada setiap mesej dihantar. Contohnya, kredit prabayar akan ditolak sehingga RM5 bagi setiap ring tone (nada bunyi), wallpaper dan permainan interaktif yang dihantar kepada pelanggan ini. Malah, ada juga situasi pelanggan dikenakan caj tanpa menerima apa-apa kandungan langsung.
   
[Sumber: Harian Metro]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-11-2020 03:08 PM | Show all posts
Dulu2 pakai topup mmg selalu kena RM0.50
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa SPRM tiba2 rajin betul skrg? Semua benda dorang korek. Bgs la cuma wondering.. pasal royalti artis pun dorang bongkar. Ka selama ni bongkar tapi takda liputan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2020 03:14 PM | Show all posts
Atata replied at 30-11-2020 03:10 PM
Kenapa SPRM tiba2 rajin betul skrg? Semua benda dorang korek. Bgs la cuma wondering.. pasal royalti  ...

I rasa selama ni mungkin Boss besar diaorang pun terbabit sama

Who knows.

Baguslah, kena lebih telus dan rajin
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 03:18 PM | Show all posts
hrap smpi ke akar umbi pembongkaran.

msa pakai prepaid dulu..byk kli aku mesej digi pasal kena curik.  ada yg .50, 1.50, 2.50, 3.00 hilang gitu je asal top up je duit tu hilang.

Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Zielathefatlady replied at 30-11-2020 03:14 PM
I rasa selama ni mungkin Boss besar diaorang pun terbabit sama

Who knows.

Huish berangkut pc kita nnt kang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-11-2020 03:36 PM | Show all posts
in the same time geng2 ni jugak la jual details ko ke 3rd party

jenuh la dapat sms & call offer buat loan, judi online, scammer

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2020 03:47 PM | Show all posts
rospinki replied at 30-11-2020 03:18 PM
hrap smpi ke akar umbi pembongkaran.

msa pakai prepaid dulu..byk kli aku mesej digi pasal kena cu ...

Kwn I pun sama, telco yg sama juga.

Topup rm 10 tiba2 tolak rm6. amok terus patahkan sim
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-11-2020 03:48 PM | Show all posts
saviour_09 replied at 30-11-2020 03:36 PM
in the same time geng2 ni jugak la jual details ko ke 3rd party

jenuh la dapat sms & call offer b ...

Tapi I rasa bank pun sama. Asal I mohon apa2 je call offer berlambak nak kurangkan loan lah apabenda.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 04:26 PM | Show all posts
Zielathefatlady replied at 30-11-2020 03:48 PM
Tapi I rasa bank pun sama. Asal I mohon apa2 je call offer berlambak nak kurangkan loan lah apaben ...

2x5 sis
tau2 je loan nak abis la, nak rendah loan la

padahal bukan dr bank yg kita loan pun


Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 04:37 PM | Show all posts
Masa pakai prepaid dulu sy tertanya2 knp bila topup rm10 bole pakai seminggu je..duit kita kan..kasi la pakai sampai bila2 pun..skrg pun masih pakai prepaid
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2020 04:39 PM | Show all posts
Boomibulat replied at 30-11-2020 04:37 PM
Masa pakai prepaid dulu sy tertanya2 knp bila topup rm10 bole pakai seminggu je..duit kita kan..kasi ...

Skrg I rasa postpaid lagi murah

Kenapa xnak tukar?
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 04:42 PM | Show all posts
Zielathefatlady replied at 30-11-2020 04:39 PM
Skrg I rasa postpaid lagi murah

Kenapa xnak tukar?

Nk tukar la  ni..smlm tnya member dia ckp tukar ke post-paid celcom..sebulan rm38 u tiub free unlimited..ke ada yg lebih hebat dari tu..?
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagi 1.. bila call ring beberapa kali jah.. pastu terus masuk voice mail jadah tu .. dahla potong kredit. Mmg senang keje telco ni buat duit
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2020 04:43 PM | Show all posts
Boomibulat replied at 30-11-2020 04:42 PM
Nk tukar la  ni..smlm tnya member dia ckp tukar ke post-paid celcom..sebulan rm38 u tiub free unli ...

hahaha, you pergi la buka website depa and compare

I pun xde tgk promo2 telco ni. haha
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 04:45 PM | Show all posts
Zielathefatlady replied at 30-11-2020 04:43 PM
hahaha, you pergi la buka website depa and compare

I pun xde tgk promo2 telco ni. haha

Maxis dgn umobile x de coverage kat tmpt sy ni..pilihan yg tggl celcom atau digi saja..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-11-2020 04:48 PM | Show all posts
Boomibulat replied at 30-11-2020 04:45 PM
Maxis dgn umobile x de coverage kat tmpt sy ni..pilihan yg tggl celcom atau digi saja..

I pakai digi sbb line celcom dekat kampung I mcm lahanat slow nya

Digi laju pulak, Padahal kat kampung tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 04:50 PM | Show all posts
pernah kena dulu2
mmg hanat
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru bekerjakah...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Atata replied at 30-11-2020 03:10 PM
Kenapa SPRM tiba2 rajin betul skrg? Semua benda dorang korek. Bgs la cuma wondering.. pasal royalti  ...

Bongkar2 tp smpi situ je. Anti climax btol. Macau scam pon da senyap
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 11:54 PM GMT+8 , Processed in 1.022755 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list