CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11764|Reply: 182

[Tempatan] Harga emas turun sebab vaksin Covid-19 ditemui

  [Copy link]
Post time 1-12-2020 09:42 AM | Show all posts |Read mode


Kuala Lumpur: Berita pengumuman penemuan vaksin Covid-19 yang memberi kelegaan kepada semua orang di dunia termasuk di Malaysia menjadi faktor utama penurunan harga emas secara mendadak sejak kebelakangan ini.

Perunding Pelaburan Emas Syukor Hashim berkata, dari awal Januari sehingga Ogos tahun ini, berlaku trend kenaikan harga emas sebanyak 37 peratus dan pernah melebihi RM300 segram, namun harga itu jatuh semula dan terkini, RM256 segram.

"Punca harga emas naik itu disebabkan ancaman Covid-19 yang telah menjejaskan ekonomi seluruh dunia dan orang ramai tidak berani berbelanja yang secara tidak langsung menyebabkan pelabur memilih emas sebagai aset selamat.

"Namun, apabila berita vaksin Covid-19 dijumpai tersebar, ia dilihat sedikit sebanyak mengurangkan risiko ancaman COVID-19 dengan pakar ekonomi dan pelaburan berpendapat ekonomi dunia akan kembali pulih. Justeru, dalam situasi ini emas dilihat hilang tarikan sebagai aset selamat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
–– ADVERTISEMENT ––

Media sebelum ini melaporkan orang ramai berpusu-pusu ke kedai emas untuk mengambil peluang membeli barang kemas sebagai simpanan pelaburan sehingga ada antara mereka mengabaikan SOP Covid-19 semasa urusan jual beli di kedai.

Ditanya mengenai bila jangkaan penurunan harga emas ini akan berakhir, Syukor berkata, ia tidak boleh dijangka kerana ia dipengaruhi berita dari semasa ke semasa yang memberi kesan kepada naik turun harga emas.

"Sebagai contoh, bagaimana proses peralihan kuasa Amerika Syarikat antara Joe Biden dengan Donald Trump, sekiranya ada 'drama' antara mereka harga emas boleh naik semula begitu juga implikasi berita politik mengenai Iran yang mendakwa saintis nuklearnya dibunuh oleh Israel.

"Dengan kata lain, harga emas naik bukan berpunca daripada Covid-19 sahaja tapi banyak faktor lain namun faktor utama tahun ini adalah wabak itu," katanya sambil menambah apa sahaja situasi yang berlaku di Malaysia tidak mempengaruhi langsung perubahan harga emas.

Sementara itu, tinjauan Bernama di beberapa kedai emas di sini, mendapati kunjungan orang ramai dilihat berkurangan pada hari biasa berbanding pada hujung minggu, namun masih ada yang mengambil peluang untuk membeli barang kemas yang diidamkan.

Peniaga emas di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Keramat, Munirah Aqilah Mohd Zahari memberitahu penulis, pekerjanya tak menang tangan pada hujung minggu apabila kedainya diserbu orang ramai dan jumlah pelanggan dua kali ganda berbanding hari biasa.

"Kejatuhan harga emas, menyebabkan pembeli mengambil kesempatan untuk menukar barang kemas lama dan ada juga yang mahu menempah yang baharu sebagai simpanan pelaburan dan aksesori untuk dipakai.

"Walaupun jumlah pembeli ramai, prosedur operasi standard (SOP) seperti penjarakan fizikal dalam kedai, nama dan suhu tetap direkod mengambil kira situasi jumlah kes yang masih tinggi di negara ini," katanya.

Munirah Aqilah berkata, walaupun harga emas turun dan jumlah pembeli yang ramai, namun keuntungan yang diperoleh tidak seperti semasa harga emas tinggi pada awal tahun.

Seorang lagi peniaga, Nik Ahmad Tarmizi Nik Hassan berkata, pada awal pemberian moratarium dilaksanakan, ramai pembeli mengambil kesempatan dengan duit simpanan yang ada membeli barang kemas meskipun harga emas ketika itu mahal.

"Ramai pelanggan yang datang menggunakan duit yang sepatutnya mereka bayar untuk pinjaman kereta atau rumah untuk dibelanjakan untuk membeli barang kemas sebagai pelaburan jangka masa panjang," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Disember 2020 @ 9:12 AM

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2020 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau turun bawah 200 baru aku beli
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2020 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg pun, so jgn nk sentiasa overclaim harga emas akan naik2 dan tak turun2. Benda supply n demand, dan harga emas ikut pasaran dunia, bkn ikut negara kt. Yg dok ckp emas jatuh sbb mora dah stop, sila take note ya. Rakyat msia ni main peranan kecik sgt utk mempengaruhi harga emas
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2020 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 1-12-2020 10:10 AM
Kalau turun bawah 200 baru aku beli

samalah sarah..aku xtaulah celah mana orv ckp rm230 tuh murah..sdgkan hrga 180 pun aku dh rasa mahal...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2020 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
msdummy.2018 replied at 1-12-2020 10:21 AM
samalah sarah..aku xtaulah celah mana orv ckp rm230 tuh murah..sdgkan hrga 180 pun aku dh rasa mah ...

Tu la.. Aku ada teringin rantai tangan.. Tapi aku tgg bawah rm200..baru beli.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2020 11:04 AM | Show all posts
allshares replied at 1-12-2020 10:19 AM
Mmg pun, so jgn nk sentiasa overclaim harga emas akan naik2 dan tak turun2. Benda supply n demand, d ...

masing2 nk speculate dgn harapan boleh jual tinggi bila ramai yg beli
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-12-2020 11:06 AM | Show all posts
Saya nak tunggu harga rm80  1g! BRu nak beli!
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2020 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 1-12-2020 10:24 AM
Tu la.. Aku ada teringin rantai tangan.. Tapi aku tgg bawah rm200..baru beli.

Dulu saya borong emas nie masa tusegram Rm45/-je....siap penjual suro saya beli jongking sekilo masa tu RM 45K je....kalaulaa beli
Hmmmmmm ..sekarang da 300K da
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2020 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Nokiaman replied at 1-12-2020 11:10 AM
Dulu saya borong emas nie masa tusegram Rm45/-je....siap penjual suro saya beli jongking sekilo ma ...

masa tu sy tak berduit...hihi..skrg nak beli sy rasa mahai sangat sebab sy bukan la peminat barang kemas...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2020 11:18 AM | Show all posts
sarah82 replied at 1-12-2020 10:24 AM
Tu la.. Aku ada teringin rantai tangan.. Tapi aku tgg bawah rm200..baru beli.

Teringat tahun 2007, beli gelang tangan untuk nikah dalam rm1800. Masa tu emas dalam rm80/gram.Skang nilainya dah naik dekat 6k hehe kan best turun dalam 100 pun dah kira boleh tahan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2020 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
kuchenta_81 replied at 1-12-2020 11:18 AM
Teringat tahun 2007, beli gelang tangan untuk nikah dalam rm1800. Masa tu emas dalam rm80/gram.Ska ...

mula2 hari tu nak beli juga..tapi dok fikir sabar sat..nak beli satu buat tanda kerja dgn tok ni...hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2020 11:20 AM | Show all posts
Edited by CiliPadiSedap at 1-12-2020 11:29 AM



technical analysis:

>fibo hanya favourite place for retracement but perlu confluent untuk confirmation entry
>fibo terbaik ialah fibo yang break snr/trendline, break supply demand zone
>fibo boleh tarik dari multi time frame tapi setiap time frame ni kena tengok big time frame
> biasanya bila big time frame retracement , small time frame fibo akan mengarut dan tak ikut trend jadi ranging
> zone ranging jangan guna fibo , guna snr dan trendline
> zone ranging yang power akan ada setup compression yang mana price akan terjun laju atau terbang tinggi dalam tempoh sekejap
> zone ranging dalam technical analysis ni mcm chart pattern triangle symmetrical triangle ( price compress clearkan demand/supply sebelum ikut arah trend sebenar)
> bila price dah clear demand supply, price akan senang terjun terbang dengan candlestick sebatang dua tiga empat. sangat laju dan sesuai untuk layer entry di compression setup


Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2020 11:22 AM | Show all posts
sarah82 replied at 1-12-2020 11:20 AM
mula2 hari tu nak beli juga..tapi dok fikir sabar sat..nak beli satu buat tanda kerja dgn tok ni.. ...

Takpe Sarah tunggu sat mana tau turun lagi. Saya memang tak beli bila harga dah cecah 200 ni.
Last saya beli emas masa harga rm180/gram kat kampung.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2020 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
allshares replied at 1-12-2020 10:19 AM
Mmg pun, so jgn nk sentiasa overclaim harga emas akan naik2 dan tak turun2. Benda supply n demand, d ...

Nak tengok trend harga bukan dalam jangka pendek. Kalau harga emas just turun/naik dulu harga 50-80 ringgek segram skrg 200-300 segram. Jauh beza tu.
Selalunya akan turun sikit untuk correction. Mungkin akn naik balik pass 300 kalau ekonomi tak ok
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2020 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Harga Kami Beli Harini (  1-Dec-20  ):   
        
999.9  =  RM  232.00  /g
999  =  RM  227.40  /g
950  =  RM  217.00  /g
916  =  RM  208.80  /g
835  =  RM  185.60  /g
Paun  =  RM  174.00  /g
750  =  RM  162.40  /g
585  =  RM  116.00  /g
375  =  RM  69.60  /g


tak berbaloi jual emas.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2020 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
kuchenta_81 replied at 1-12-2020 11:22 AM
Takpe Sarah tunggu sat mana tau turun lagi. Saya memang tak beli bila harga dah cecah 200 ni.
Las ...

sementara tunggu...sy beli gadget la...hahahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2020 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
apam replied at 1-12-2020 11:28 AM
Nak tengok trend harga bukan dalam jangka pendek. Kalau harga emas just turun/naik dulu harga 50-8 ...

Mmg pun, tapi utk claim harga emas naik tak turun2, tu dah overclaim tu. Iols  lagi back in 2010 ke 2011 mcmtu, mmg harga naik mendadak, lpstu turun blk n quite stable. Skrg naik mencanak mcm sbb pendemic. Tak mustahil akan turun lagi n jadi stable semula. Jgn la compare harga emas thn 20, 30 thn yg dulu, sedangkan makanan dan barangan asas pun harga mmg jauh beza kalau compare dulu dan skrg.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2020 11:54 AM | Show all posts
Ramai tertipu dengan peniaga atau gossip dalam whatsapps sebab tak tahu sebab sebenar turun naik harga pasaran emas.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2020 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 1-12-2020 11:20 AM
technical analysis:

>fibo hanya favourite place for retracement but perlu confluent untuk con ...

Kaka cilipadi, mind to explain? Iols buta la Nan Graf ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2020 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tak minat emas n brg2 emas ni
Tak faham aku nape org berebut2 beli emas
Time pandemik covid ni, nko ada emas smpai ke siku pun dah kalau kedai pajak/al rahnu pun tutup disebabkan SOP PKP, celah mana nak gi gadai nya pun.
Aku lgi prefer ada duit simpanan, at least kalau bank tutup, masih ada mesin Atm serata2 nak kluarkan duit bila sesak2.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:02 PM GMT+8 , Processed in 0.124000 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list