View: 1408|Reply: 6
|
Jaga-Jaga, PDRM Pantau Anggota Suka Tayang Kekayaan Di Media Sosial
[Copy link]
|
|
Tindakan segelintir anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang suka mempamerkan kemewahan di laman sosial mungkin akan memberi natijah buruk.
Hal ini kerana Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya berkata, pihaknya sedang memantau rapi trend mempamerkan kemewahan untuk mengekang salah laku dalam kalangan anggota dan pegawainya, demi menjaga integriti pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Zamri berkata demikian selepas ada pegawai dan anggota PDRM yang menonjolkan gaya hidup 'ala orang kaya' seperti melancong, bermain golf dan memiliki kenderaan mewah walaupun tidak setara dengan jawatan serta gaji bulanan yang diperoleh.
Kredit foto: Bernama
“Saya diberitahu ada anggota sering bermain golf selain membuat taruhan dalam aktiviti itu. Kalau dilihat bermain di kelab golf bertaraf sederhana sahaja, sekali bermain memerlukan kos RM200... kalau sebulan dah berapa perbelanjaan digunakan?
“Ada juga yang didapati kerap ke luar negeri untuk bermain sukan berkenan sedangkan ia melibatkan pembiayaan tinggi. Apabila diperiksa berdasarkan jawatan atau pendapatan, sebenarnya mereka tidak mampu untuk menampungnya,” katanya seperti dilapor Bernama.
Gaya hidup mewah yang ditonjolkan itu juga secara tak langsung banyak mendatangkan tanda tanya terutama dalam kalangan orang awam tentang sumber kekayaan mereka.
Sehubungan itu, katanya anggota dan pegawai yang telah dikenal pasti itu akan diminta memberi penjelasan tentang sumber kewangan diperoleh bagi membiayai cara hidup mewah itu.
“Jika tidak dapat memberikan justifikasi, mereka akan berdepan tindakan lanjut,” tegasnya.
Jelasnya, sebagai seorang penjawat awam dan anggota badan beruniform, mereka perlu mengelakkan sebarang perbuatan salah laku yang boleh menjejaskan imej pasukan polis. -CARI
Sumber & Foto: BERNAMA |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sibuk pantau yang bawahan,
padahal yang jerung di atas yang korup |
|
|
|
|
|
|
|
Biasanya bini yg kantoikan suami...lagi2 kalau bini x koje.. keje die menayang la kemewahan suami kt medsoc... mendapat la ko kan.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau benar2 telus,tak perlu amaran.nampak gaya mewah terus soal siasat. |
|
|
|
|
|
|
|
Pantau je. Sama jugak dengan jpj/majlis perbandaran. Tengok gred rendah je masuk pakai spm tapi melaram mengalahkan jusa |
|
|
|
|
|
|
|
Baru sekarang ke nak buat
Dah kenyang lama dah kut
Dengan keadaan ekonomi sekarang kita perlukan org2 cemgini untuk merancakkan ekonomi negara
Nak harap duit gaji mmg tak dapat merasa
Takkan nak jadi macam kami ni
Emas turun pun mampu tgk sajork{:yameteh |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga lebih ramai lagi kantoi dan dibawa ke pengadilan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|