CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10199|Reply: 93

[Tempatan] Isteri maut manakala suami dan tiga anak parah apabila kereta yang dinaiki direm

  [Copy link]
Post time 1-12-2020 11:39 PM | Show all posts |Read mode
Edited by antikorokprovok at 2-12-2020 10:57 AM

Isteri maut, suami dan tiga anak parah
30 Nov 2020


Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit selepas kereta Proton Exora yang dinaiki mereka terlibat kemalangan dengan sebuah kereta Honda Accord di Jalan Salleh, Persimpangan Parit Setongkat, Muar malam tadi.


MUAR - Seorang wanita maut manakala lima lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Jalan Salleh, Simpang Parit Setongkat di sini awal pagi tadi.

Kejadian jam 2.07 pagi itu melibatkan dua kereta jenis Proton Exora dan Honda Accord.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, mangsa, Nor Aina Farahin Jai, 31, yang duduk di bahagian penumpang hadapan kereta Proton Exora maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Menurutnya, pemandu yang merupakan suami mangsa, Muhammad Alliashia Othman, 37, dan anak tirinya, Alif Siraj Abdullah, 3, Alif Farahin Abdullah, 7, dan Aliya Farhana Abdullah, 10, masing-masing duduk di tempat duduk penumpang belakang cedera parah di kepala.

"Keluarga berkenaan dalam perjalanan menghala ke Pagoh dan sebaik tiba di lokasi kejadian sebuah kereta jenis Honda Accord yang datang dari arah sebelah kanan secara tiba-tiba keluar dari persimpangan Parit Setongkat menuju ke Jalan Salleh.

Mangsa, Nor Aina Farahin Jai yang duduk di bahagian penumpang hadapan kereta Proton Exora maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

"Kereta Honda Accord yang dipandu Ong Chun Chuan, 49, merempuh kereta dinaiki lima beranak itu sehingga menyebabkannya hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini.

Zaharudin berkata, Chun Chuan mengalami kecederaan retak tulang kaki dan sehingga kini masih tidak sedarkan diri.

"Semua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini untuk diberikan rawatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar, Pegawai Bomba Kanan II Zuraimi Harun berkata, seramai 12 dari BBP Muar dikejarkan ke tempat kejadian.

Katanya, pihaknya mengeluarkan pasangan suami isteri itu dan seorang anaknya yang tersepit dalam kereta Proton Exora.

"Pegawai perubatan yang hadir mengesahkan wanita berkenaan telah meninggal dunia dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.

https://www.sinarharian.com.my/a ... dan-tiga-anak-parah



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-12-2020 11:46 PM | Show all posts
Edited by antikorokprovok at 4-12-2020 09:47 AM

Rakaman CCTV kemalangan melibatkan kereta Proton Exora yang dinaiki lima sekeluarga dilanggar oleh kereta Honda Accord yang dipandu secara melulu dan berbahaya.



Link video:https://www.facebook.com/inforoa ... os/484860642488717/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2020 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by antikorokprovok at 2-12-2020 10:53 AM

Luahan hati ahli keluarga allahyarhamah.



Alhamdulillah. Terima kasih pada semua yg mendoakan. Yg byk membantu urusan pengkebumian tadi petang.

Alhamdulillah, jenazah telah selamat dikebumikan. Sama kita mendoakan agar arwah ditempatkan dikalangan orang yg beriman. Diampunkan segala dosanya. Dipermudahkan segala urusannya didunia dan diakhirat. Sesiapa yg mengenali arwah sangat mengetahui peribadi arwah. Alhamdulillah.

Sungguh. Bukan mudah bagi kami sekeluarga.
Alya Farhana masih berada di ICU dan masih belum sedarkan diri. Sama lah kita doakan agar Kakak diberi kekuatan utk bangkit. Kekuatan melawan segala kesakitan. Kakak kena tahu semua orang tunggu kakak bangun dan mengharapkan kakak sedar. Kami ada dengan kakak. Walaupun tak dapat jenguk kakak pd jarak dekat.

Semoga Papa juga kuat utk bangkit utk kakak, alif and afif.

Alif, Afif. Both of you are strong boy. Alif antara yg dpt tengok umi dia buat kali terakhir. Walaupun berkeras dia enggan. Berkeras dia taknak cium umi dia. Walaupun kita tak dpt mengerti apa yg ada dalam hati dan fikiran Alif saat menatap sekujur tubuh umi yg dah tak bergerak. Walaupun Alif kelihatan seperti seorang kanak yg kuat yg cuba menahan perasaannya dan cuba mengerti apa yg jadi pada umi.

Airmata Alif jatuh saat bergeraknya van jenazah yg membawa Umi. Kami tahu Alif faham. Kami ada dengan Alif.

Afif yg masih tak mengerti. Umur 3tahun apa shj yg dia tahu. Afif, suatu hari Afif akan faham semuanya.

Mohon doakan diberikan keajaiban buat Alya Farhana. Kekuatan pada yg lain.

Kak Aina, adik masih rasa mcm mimpi. Pergi hospital utk jaga Afif, adik rasa jiwa kosong. Fikiran kosong. Kak, terima kasih utk segalanya. Kau dah jadi seorang yg sgt baik pd ramai org. Rehatlah kak.

Credit: Halimatul Jameiyah Othman.

Al fatihah

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2020 11:47 PM | Show all posts
antikorokprovok replied at 1-12-2020 11:46 PM
Rakaman CCTV kemalangan melibatkan kereta Proton Exora yang dinaiki lima sekeluarga yang dilanggar o ...

Video unavailable....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2020 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Xim replied at 1-12-2020 11:47 PM
Video unavailable....

Ok. Saya dah betulkan. Video daripada FB.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2020 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahi wainna ilaihi raji'un...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-12-2020 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Driver honda tu mabuk ke
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku pun nak tanya.. mabuk ke driver honda accord tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2020 12:10 AM | Show all posts
jalan punya lah lurus itu pun boleh lagi langgar orang..jahanam...
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 12:12 AM | Show all posts
mana mungkin mabuk....atau ambik dadah...
puak2 ni selalunyer....
kompom la OKU.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2020 12:16 AM | Show all posts

Baca dari komen, katanya mcm mabuk. Tapi, belum ada apa2 maklumat lanjut. Insha Allah, sekiranya ada apa2 update nanti, saya akan update di thread ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2020 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts
little_sis replied at 2-12-2020 12:07 AM
Aku pun nak tanya.. mabuk ke driver honda accord tu..

Belum dapat dipastikan sama ada pemandu Honda Accord itu mabuk atau tak. Pemandu yang melanggar tu pun tu tak sedarkan diri. Nanti saya akan update jika dapat maklumat baharu. Insha Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah...

nampak mcm mengantuk je sbb masa dah terlajak simpang driver honda tu tekan brek

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2020 12:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by antikorokprovok at 2-12-2020 12:33 AM


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 12:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Mabuk la ni. Sat lagi keluar kad oku, lepas la. Pastu sambung lagi mabuk
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 12:46 AM | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirojiun..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2020 01:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Geng oku japgi ni...tp mmg bodoh laa kalau oku nak mabuk2.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 02:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Mabuk la tu...

Kalau nk husnuzon sikit mungkin diserang sakit jantung
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 02:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah...takziah pada keluarga. anak kecik2 lagi parah plak tu
almost tiap2 hari bc news driver mabuk langgar org
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 02:42 AM | Show all posts
Ça ana kuratin bagai di Malaysia tapi orang boleh keluar mabuk itu ini? Bukan tutup ke semua
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 02:44 AM From the mobile phone | Show all posts
kuajo kalau ko mabuk. kesian keluarga tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:31 AM GMT+8 , Processed in 0.094315 second(s), 57 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list