Edited by FORUMCARIII at 6-2-2021 09:11 AM
KUALA LUMPUR: Fattah Amin dan isteri, Nur Fazura sedia mendedahkan wajah puteri tersayang, Nur Fatima Aisya apabila sampai waktunya.
Menafikan terikat dengan perjanjian eksklusif dengan mana-mana pihak, Fattah menjelaskan, keputusan enggan berkongsi wajah Nur Fatima kepada khalayak dibuat atas persetujuan mereka berdua. "Kami memang merancang berkongsi wajah anak, tetapi tidak tahu bila... Insya-Allah tidak lama lagi.
"Merahsiakan wajah anak adalah keputusan saya, Fazura dan keluarga. Kami sengaja berbuat demikian.
"Keputusan ini bukan disebabkan ada pihak tertentu atau stesen televisyen (TV) yang mahu paparan eksklusif.
|