CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4486|Reply: 39

[Tempatan] 50 Kali Minta Sheila Berhenti - Harian Metro

[Copy link]
Post time 2-12-2020 10:11 AM | Show all posts |Read mode


Ridzuan Abdul Rahman

mohamadridzuan@hmetro.com.my

BUKAN sengaja mencari musuh atau mahu bergaduh dengan Datuk Sheila Majid, sebaliknya Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez hanya mahu membela nasib penyanyi dan pemuzik yang terkial-kial mencari rezeki selepas hilang pendapatan akibat pandemik Covid-19.

Jalan terbaik yang ada hanyalah menerusi bayaran daripada hasil kutipan royalti. Namun, dia kecewa apabila individu yang diberi kepercayaan gagal menjalankan amanah sebaik mungkin.

Justeru, ia mendorong Freddie mendesak Sheila meletak jawatan sebagai Pengerusi Recording Performers Malaysia (RPM), bagi membolehkan penyusunan semula dibuat dan royalti dapat diagihkan kepada ahli.

"Ada RM140 juta royalti yang dikutip oleh Music Rights Malaysia (MRM) tapi malangnya MRM pula ditutup. Itu buatkan saya tertanya-tanya. Badan Pengutip Royalti Hak Pelaku dan Persembahan Artis (PRISM) juga sudah ditutup dan sekarang RPM adalah badan pengutip royalti tunggal mewakili artis.

"Kenapa Sheila langsung tak ajak ahli PRISM sertai RPM dan boleh bantu kendalikan royalti. Marilah bersatu selesaikan masalah ini," katanya dalam sidang media bagi mendesak Sheila meletak jawatan sebagai Pengerusi RPM, kelmarin.

Hadir sama, penyanyi, Datuk Khadijah Ibrahim, penyanyi Blues Gang, Ito Mohd dan komposer dan pemuzik, Rafi Suhu.

Freddie berkata, hampir 50 kali dia meminta Sheila meletak jawatan tetapi Sheila enggan berbuat demikian.

"Saya melihat Rafi layak memikul tanggungjawab ini. Namun, saya takkan pilih pengganti Sheila dan biarkan ahli pilih ketua mereka secara demokrasi. Saya sudah 'lawan' isu ini sejak 20 tahun lalu dan ini kali terakhir saya berusaha menyelesaikannya. Saya menghormati Sheila sebagai penyanyi. Biarlah dia terus kekal menyanyi dan bukannya mengetuai RPM," katanya.

Sementara itu, Rafi atau nama sebenarnya Mohd Rafi Shafie, 51, menawarkan diri sebagai Pengerusi Recording Performers Malaysia (RPM) selepas ini.

Rafi yang juga komposer dan pemuzik yang aktif melihat dirinya layak memikul tanggungjawab ini.

"Saya melihat perlu campur tangan kerana melihat banyak hasil kerja saya tak dapat bayaran yang setimpal dan terlalu banyak benda yang disimpan. Kita minta, tak dapat. Kita hantar e-mel, tiada jawapan. Jadi, sejak tiga hingga empat tahun kebelakangan ini, saya cuba mengatur langkah bagaimana untuk mendapatkan hak saya.

"Selepas hampir tujuh tahun, dah tentu ada keluhan daripada ahli dan di sini ahli juga berhak bertanya dan perlu ada respons," katanya.

Menurutnya, selama beberapa tahun ini, ahli RPM seolah-olah tidak diutamakan.

Sehingga 13 November lalu, RPM kini mempunyai 1,868 ahli.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2020 10:26 AM | Show all posts
wowwww dasatnya sheila ketegaq...kalau betul lah.
nanti jadi perang ego je
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 10:42 AM | Show all posts
Tak penah tau pun dia pegang jawatan tu selama ni.. Betapa insignificant-nya.. Sudah2 la.. Mintak2 badan2 berkenaan siasat apa dia buat selama dia dok dalam jawatan tu.. And please step down..
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Meiizu replied at 2-12-2020 10:26 AM
wowwww dasatnya sheila ketegaq...kalau betul lah.
nanti jadi perang ego je

nmpk baik sheila majid tu xsangke ye..pakai tudung x, kalu pakai tudung kiteorg melayu boleh memaafkan, nanti lps covid sheila kne pi umrah pi cuci dosa balik malaysia nescaya akan suci murni
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 10:51 AM | Show all posts
kenapa duit kutip tapi tak sampai ke tangan ahli???
lama tu 7thn
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 10:55 AM | Show all posts
mesti ada apa2 tu sampai tak nak lepas jawatan tu.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-12-2020 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Meiizu replied at 2-12-2020 10:51 AM
kenapa duit kutip tapi tak sampai ke tangan ahli???
lama tu 7thn

Semua masuk tembolok jerung2 di atas la tu. Sebab tu tak mau letak jawatan. Nanti habes penyelewengan terbongkar. Cash untuk Sheila Majid suara biasa2 ja pon mampo diangkat jadik diva negara.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 11:01 AM | Show all posts
dua_chzy replied at 2-12-2020 10:58 AM
Semua masuk tembolok jerung2 di atas la tu. Sebab tu tak mau letak jawatan. Nanti habes penyelewen ...

tapi meoolsss suka lagu sinaran & hitam putih kehidupan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2020 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Meiizu replied at 2-12-2020 11:01 AM
tapi meoolsss suka lagu sinaran & hitam putih kehidupan


Meols pun suka tapi meols berpendapat suara acik Shiela ni taraf biasa2, bukan macam Siti Nurhalizah yang betul2 talent dari perut (mak). Sheol naik dulu pun karna Roslan Aziz berhabisan push sheol.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 11:06 AM | Show all posts
dua_chzy replied at 2-12-2020 11:03 AM
Meols pun suka tapi meols berpendapat suara acik Shiela ni taraf biasa2, bukan macam Siti Nurhal ...

ooh yelah logik jugak tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
kenapa MRM kutip rm140 juta, lepas tu tutup?
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg penyanyi dan komposer lagu kene kencing dari 2014 pun. Kemain pusing sana pusing sini tup2 tutup badan yg kutip duit. Bila tutup tu duit yg dah kutip pegi mana? Tiap2 thn alasan stsn sana tak bayar, stsn sini hold duit, padahal ade je kutipan. Emang dasar mkn duit harom
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 11:54 AM | Show all posts
shiela ni pun, kalau aku, dah lama aku sendiri letak jawatan...dah jadi cenggini(kena paksa letak jawatan/kena pecat), tak pasal2 malu,jatuh standard dah...

tp kita tak tau masalah sebenarnya kenapa dia tak nak letak jawatan..
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 12:10 PM | Show all posts
untong la.....dpt pegang duip sekeput byk tu.....peram setahun kat TH, ASB cukup la....dpt dividen pastu bagi blk la pokoknya....
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 01:43 PM | Show all posts
Meiizu replied at 2-12-2020 10:26 AM
wowwww dasatnya sheila ketegaq...kalau betul lah.
nanti jadi perang ego je

ada fight dgn atok & DSAI
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak sangka hajah sheila majid sedegil ini
Org kecik ni mmg ikut kepala dia je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2020 02:04 PM | Show all posts
x sangka nyaaa
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Duit royalti tu dr mana? Xfhmla..xkn penyanyi lepas nyanyi terus xdpt payment
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 03:54 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 2-12-2020 10:58 AM
Semua masuk tembolok jerung2 di atas la tu. Sebab tu tak mau letak jawatan. Nanti habes penyelewen ...

Wow... Drag her sis. Ai loike
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 03:59 PM | Show all posts
dah kecoh2 mcm ni lg lah kot sheila tu tak nak letak jawatan..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:48 PM GMT+8 , Processed in 0.070271 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list