CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1547|Reply: 1

Dua import Jepun perkuat Kelantan United

[Copy link]
Post time 3-12-2020 07:58 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 3-12-2020 04:00 AM

Dua import Jepun perkuat Kelantan United[size=0.8]Disember 3, 2020 @ 11:35am

Presiden KUFC, Datuk Che Abdullah Mat Nawi. - Foto ihsan FB MFL.



KOTA BHARU: Kelab bola sepak Kelantan United (KUFC) akan mendapatkan khidmat dua pemain import dari Jepun bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2021.

Presiden KUFC, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata khidmat pemain dari negara matahari terbit itu adalah hasil daripada kerjasama antara kelab berkenaan dan syarikat minuman probiotik, Yakult (M) Sdn Bhd.

"Salah seorang pemain adalah legenda yang pernah beraksi bersama sebuah kelab di Liga Jepun manakala seorang lagi mempunyai pengalaman bermain dengan beberapa pasukan pada saingan Liga M sebelum ini.

"Jalinan kerjasama ini juga membabitkan penajaan persiapan pasukan bagi mengharungi saingan Liga-M 2021," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Che Abdullah turut merakamkan penghargaan kepada Pengarah Urusan Yakult Sdn, Bhd Hiroshi Hamada atas tajaan dua pemain Jepun itu dan berharap kerjasama sedemikian dapat diteruskan demi memajukan bola sepak Malaysia khususnya di Kelantan.

Sebelum ini, Bernama melaporkan KUFC tidak menyambung kontrak pemain importnya, Adil Kouskous dari Maghribi (pertahanan), Alyton Alemeo dari Brazil dan Gassama AlFussainey dari Gambia (tengah).

Sementara itu, Che Abdullah berkata KUFC juga akan menjalinkan kerjasama strategik bersama sebuah lagi syarikat dari Jepun dalam mendapatkan input teknologi sukan bola sepak dan bekerjasama dengan kelab-kelab bola sepak dari negara itu.

"Syarikat itu akan kami umumkan nanti bersama Yakult yang mana mereka turut menjadi sebahagian daripada penajaan KUFC di Liga Malaysia pada musim 2021," katanya.
- BERNAMA


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-12-2020 08:37 AM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 3-12-2020 05:24 PM

Oh ok lah ini bukan isu semasa!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15886 Replies : 27
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 193357 Replies : 7103
Betul ke ayat" ni semua?
beansoyaBetul ke ayat" ni semua?
Views : 3152 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 113716 Replies : 4976
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24475 Replies : 18
Jalan-jalan cari hantu
BicaraHatikuJalan-jalan cari hantu
Views : 40594 Replies : 42
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25782 Replies : 146
Komputer ada problem..
faristoyouKomputer ada problem..
Views : 16951 Replies : 3
Putera Harry sahkan pemastautin tetap Amerika Syarikat
maklukpenggodaPutera Harry sahkan pemastautin tetap Am
Views : 10023 Replies : 24
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29191 Replies : 10

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 02:27 AM GMT+8 , Processed in 0.383385 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list