CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1294|Reply: 6

[Dunia] Banjir di selatan Thailand

  [Copy link]
Post time 4-12-2020 07:33 AM | Show all posts |Read mode
Banjir di selatan Thailand ragut tiga nyawa, lebih 260,000 keluarga terjejas
Bernama
Disember 4, 2020 04:03 MYT


Sembilan wilayah yang terjejas ialah Surat Thani, Nakhon Si Thammarat, Phatthalung, Trang, Songkhla, Pattani, Narathiwat, Satun dan Yala. - Gambar REUTERS

SONGKHLA: Hujan lebat berterusan sejak lebih seminggu menyebabkan sembilan wilayah di selatan Thailand dilanda banjir yang mengorbankan tiga nyawa dan menjejaskan kira-kira 261,253 keluarga setakat ini.
Sembilan wilayah yang terjejas ialah Surat Thani, Nakhon Si Thammarat, Phatthalung, Trang, Songkhla, Pattani, Narathiwat, Satun dan Yala berikutan hujan lebat sejak 25 Nov.
Nakhon Si Thammarat merupakan wilayah paling teruk terjejas akibat bencana itu.
Gabenor Nakhon Si Thammarat Kraisorn Wisitwong berkata kesemua 23 daerah di wilayah itu dilanda banjir yang telah menjejaskan kira-kira 500,000 penduduk.

Sehubungan itu, jurucakap kerajaan Anucha Burapachaisri berkata Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha telah mengarahkan agensi berkaitan dan pihak berkuasa tempatan untuk terus memantau khususnya di kawasan berisiko banjir.
"Perdana menteri mahu pihak berkuasa mempercepatkan proses bantuan dan pemindahan mangsa banjir sekiranya perlu," katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Thailand meramalkan hujan lebat dijangka melanda Chumphon, Surat Thani, Nakhon Si Thammarat, Phatthalung, Songkhla, Pattani, Yala, Narathiwat, Ranong, Phang-nga, Phuket, Krabi, Trang dan Satun.
-- BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2020 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Bak kata babi forum... ni sebab pembalakan lah ni jd punca banjir... bodo punya leluhur indon
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 08:26 AM | Show all posts
aku suka monk tu..
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 08:56 AM | Show all posts
Sekarang ni mana-mana negara ada sahaja bencana alam, ini semuanya berpunca daripada sikap alpa kita terhadap alam sekitar, segala tindak tanduk kita terhadap alam sekitar telah memakan diri kita.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
sekngucing replied at 4-12-2020 08:12 AM
Bak kata babi forum... ni sebab pembalakan lah ni jd punca banjir... bodo punya leluhur indon

Wohaaaa.. Ang dok guna perkataan tu.. Karang kena report.. Eh.. Silap.. Aku ja yg bakal kena ambik tindakan kalau aku mencarut.

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Walaupun ini berita bencana, akak tergelak tengok sami tu mendayung di air paras atas buku lali saja.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-12-2020 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Tok sami pun......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:46 PM GMT+8 , Processed in 0.154949 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list