CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 11941|Reply: 64

Yusuf Bahrin lebih menyerlah berbanding Rizal (Kamal Adli)

  [Copy link]
Post time 4-12-2020 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 4-12-2020 06:48 PM

ADA segelintir peminat yang menganggap watak Rahman lakonan Yusuf Bahrin lebih menyerlah berbanding Rizal (Kamal Adli) menerusi drama Perempuan Tanpa Dosa (PTD) yang menutup tirai, Isnin lalu.

Sememangnya itu hak masing-masing dan setiap individu bebas membuat pilihan sendiri

Bagaimanapun, realitinya ia berjaya menonjolkan nama Yusuf Bahrin sebagai bintang baharu industri hiburan tanah air.

Yusuf, 28, atau nama sebenarnya Muhammad Yusuf Bahrin mula berlakon sejak hujung 2018 memegang watak pembantu menerusi beberapa drama seperti Cik Reen Encik Ngok Ngek Raya, Calon Menantu Tuan Rumah, Sweet Dreams, Kau Yang Pertama dan Satukan Rasa.

"Orang mula pandang saya menerusi watak Dr Amar dalam Sweet Dreams arahan Michael Ang. Banyak ilmu yang diperoleh apabila bekerja dengannya. Menerusi PTD saya sekali lagi berlakon bawah arahan Michael dan kami dapat membentuk keserasian bersama.

Alhamdulillah ramai yang suka kerana watak Rahman yang baik. Saya pun berusaha memberikan yang terbaik dan menjadi," katanya.

Menurutnya, hasil usaha keras serta berkat doa ibu bapa antara punca kejayaannya dalam drama ini.

"Ikutkan apa yang dibuat tak berapa baik dan masih banyak kelemahan. Tapi saya berpuas hati dan peminat juga berpuas hati. Itu yang paling penting.

Saya juga berterima kasih dengan semua pelakon terutama Kamal, Uqasha, Azza Elite dan ramai lagi pelakon-pelakon senior yang saya berlakon sebelum ini kerana banyak beri tunjuk ajar. Alhamdulillah, dengan ilmu yang diberikan, nampak ada perubahan dalam lakonan saya," katanya.

Yusuf yang berazam untuk terus memberikan lakonan terbaik, gembira kerana tawaran berlakon untuknya sentiasa ada.

"Selepas selesai PTD saya ada penggambaran untuk dua telefilem iaitu genre seram untuk Astro Citra dan romantik komedi untuk Naura. Terbaharu, saya ditawarkan membintangi dua drama iaitu untuk slot Samarinda dan Akasia. Saya juga akan berlakon filem pertama yang akan memulakan penggambaran dalam masa terdekat," katanya.


Menurutnya, pemilihannya dibuat oleh penerbit tetapi dia tetap melalui uji bakat untuk memastikan boleh membawa watak yang diberikan.

"Saya hanya menunggu masa untuk penggambaran. Perasaan teruja memang ada untuk berlakon filem," katanya.

Yusuf tidak menafikan populariti yang dikecapi menerusi PTD membuat dirinya semakin dikenali ramai peminat.

"Dah tentu saya gembira dengan kewujudan saya. Insya-Allah saya akan terus buat yang terbaik dalam karier. Secara tak langsung, jumlah pengikut saya di media sosial juga meningkat. Banyak perbezaan kehidupan sekarang berbanding dahulu. Pergi ke mana-mana pun orang tetap kenal walaupun pakai pelitup muka. Bagaimanapun saya tak mudah lupa diri dan tetap seperti dulu," katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2020 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
terpaksa setuju
sbb sorang eager sbb baru lagi
yg sorang lagi selesa
and the way he carry watak adalah sama mcm nely versi lelaki
*
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Hensem yummeh
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 01:34 PM | Show all posts
dalam PTD kenapa kaki dia macam tu?

lakonan tak menghampakan..
semoga dapat watak utama lepas ni..
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Nie betul,, si rahman nie lagi bagus acting dr rizal
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Eye candy
Enjoy tgk dia dr ushu, tiberr
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-12-2020 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Abg man ni je yg lbh rasional nak banding dgn rizal dan yg lain2.haha
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Lakonan leh tahan tapi banyak lagi nak kena improve. Rupa kira ok la tapi not my taste
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2020 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni abg khai bahar..

Muka x ploles.. Kena g spa muka.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Amboiiii kemain kangkangan tu.. semoga dapat terjatuh atas riba yusuf bahrin. Manakala @dudaberhias & @Themilo bergaduh tarik rambut berebutkan ucop mentor

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Herlokkkk

Semoga tiada yg berterbangan yaaa
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm pelakon drama Riviera , Dimitri Leonidas
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 03:08 PM | Show all posts
EvieWanKenobi replied at 4-12-2020 01:34 PM
dalam PTD kenapa kaki dia macam tu?

lakonan tak menghampakan..

episode pertama dia accident dengan lili sebab lili suruh driver berhenti kereta mengejut dia nak muntah
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka die besepah sikit, xpela watak kampung..masa last week yg die g kl jumpa lili kat restaurant tu wangi pulak xla busuk..igt da hensem nak ngorat lili hahahha..yg kamal deli tu mmg besepah dari dulu watak apepun.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 03:17 PM | Show all posts
sejenis eye candy.... lazaaat2 je
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
arffa replied at 4-12-2020 03:08 PM
episode pertama dia accident dengan lili sebab lili suruh driver berhenti kereta mengejut dia nak  ...

ok.. tq kaka for info..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2020 03:28 PM | Show all posts
Heouls helokkk!
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 03:36 PM | Show all posts
Kurex replied at 4-12-2020 02:56 PM
Amboiiii kemain kangkangan tu.. semoga dapat terjatuh atas riba yusuf bahrin. Manakala @dudaberhias  ...

@Themilo yang warna coklat belah kanan tu...
iols yang kiri baju pink...
bergaduh tarik rambut minit 2:32


Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
chenta_dewi replied at 4-12-2020 12:42 PM
Hensem yummeh

Setujuuuu.. Yummmehhh
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
awenda507 replied at 4-12-2020 02:20 PM
Abg man ni je yg lbh rasional nak banding dgn rizal dan yg lain2.haha

Kak..rasional ke relevan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:35 PM GMT+8 , Processed in 0.325691 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list