CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5102|Reply: 50

[Tempatan] Daging sejuk beku seludup akan jadi makanan haiwan dlm zoo. Selesai masalah

  [Copy link]
Post time 4-12-2020 03:53 PM | Show all posts |Read mode
Rampasan daging seludup bakal dihantar ke zoo
    Oleh KHAIRUL MOHD ALI
    4 Disember 2020, 3:05 pm

KULAI: Daging sejuk beku seludup masuk di samping menggunakan logo halal palsu yang dirampas pihak berkuasa di sebuah gudang di sini baru-baru ini akan dihantar ke zoo-zoo negara ini untuk dijadikan makanan haiwan.

Pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia Kanan (Bahagian Penguatkuasaan) negeri, Khalik Drahman memberitahu, ia merupakan antara satu langkah untuk melupuskan daging rampasan tersebut selain ditanam.

Katanya, bagaimanapun status kesihatan daging berkenaan perlu diperiksa terlebih dahulu sebelum dihantar ke zoo-zoo.

“Daging-daging disita ini akan dihantar ke Jabatan Kimia dalam masa terdekat untuk ditentukan jenis dagingnya, sebelum tindakan lanjut boleh diambil.

“Setelah siasatan selesai, ia akan dilupuskan mengikut kaedah yang ditentukan, ini termasuklah mengagihkannya ke zoo untuk dijadikan makanan haiwan sekiranya kualiti kesihatannya terbukti ataupun ditanam,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, beliau bersama Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Tosrin Jarvanthi mengadakan tinjauan gudang itu terletak di Taman Perindustrian Senai yang didakwa menyimpan daging itu selepas diseludup ke negara ini dan dibungkus semula dengan logo halal palsu.

Pada Rabu lalu, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) mengetuai serbuan melibatkan sebuah syarikat yang menyeludup daging sejuk beku itu ke negara ini.

Difahamkan, daging tersebut kemudian akan digunakan untuk memenuhi permintaan pasaran tempatan.

Sementara itu, Khalik memberitahu, pihaknya hari ini telah menahan seorang pengarah syarikat berkaitan yang merupakan seorang warga tempatan dan berusia 40-an susulan serbuan itu.

Jelasnya, suspek ditahan di bawah Akta Kastam 1967 kerana gagal mengemukakan dokumen diperlukan ketika diperiksa.

“Pada hari ini juga, Kastam telah menyita tiga buah lori yang mengandungi produk daging sejuk beku yang tidak memiliki logo halal.

“Manakala Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah menyita produk daging sejuk beku yang menggunakan tanda logo halal,” ujarnya.

Tambah Khalik lagi, mereka juga tidak menafikan kemungkinan terdapat pihak lain yang melakukan kegiatan serupa kerana pasaran daging halal adalah besar termasuklah di negara ini.

“Tindakan kartel ini memalsukan logo Halal Australia adalah kerana logo halal negara berkenaan diyakini masyarakat Islam. Secara tidak langsung mereka boleh menjualnya dengan harga yang lebih tinggi,” tambah beliau. -UTUSAN ONLINE

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2020 03:54 PM | Show all posts
Terbaik. haha...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Baguslah. Takdelah kelaparan binatang2 itu
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 04:08 PM | Show all posts
dah rezeki haiwan..untonglerr

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 04:22 PM | Show all posts
zoo negara tgh kritikal tu elok sgt laaa

halal @ haram daging tu nanti jangan sorok2 result dia

ingat, tanggung sampai ke mati nanti
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Dari buang mcm tu.. Baik bagi haiwan kat zoo makan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-12-2020 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
bijak pun..
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 04:49 PM | Show all posts
rezeki tak pernah salah alamat katanya....
dah abes nanti..boleh mkn anjing2 liar pulak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2020 04:49 PM | Show all posts
terbaikkkk.... boleh la merasa daging kan binatang dalam zoo...
penat di sukat2 daging zaman2 covid nih...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2020 04:50 PM | Show all posts
aku nak tahu gak
Musang King seludup yg dirampas tu
siapa yg makan
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 04:50 PM | Show all posts
bijak tapi harap2 haiwan kt zoo tu bkn jenis pemilih.  mcm kucing aku,  taknak ikan lain selain ikan kembung. hahahaa
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 05:00 PM | Show all posts
R2D2 replied at 4-12-2020 04:50 PM
aku nak tahu gak
Musang King seludup yg dirampas tu
siapa yg makan

bg front liner pun ok hantar kt hospital or mana2. daripada lupus xde hasil
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 05:20 PM | Show all posts
alhamdulillah..kenyang la haiwan2 kt zoo tu..terbaiklah
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 05:26 PM | Show all posts
meskipun dioffer daging, pihak zoo tetap akan mempertahankan perbelanjaan besar mereka tu dgn mengatakan banyak haiwan makan tumbuh2an/sayur/daun.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok la tu. Dri membazir, baik campak bgy binatang kt zoo makan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Syukurrrrr
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2020 05:53 PM | Show all posts
Kalaulah binatang kat zoo tu boleh dengar berita ni, pasti binatang2 trs mengucapkan syukur Alhamdulillah.  Berapa banyak dagingnya dan berapa lama boleh bertahan?
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Takmo nak yang fresh baru sembelih - Encik Ghimau
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 09:11 PM | Show all posts
merasa lah ummah kat zoo makan patty beef u olls
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 09:24 PM | Show all posts
epuepy replied at 4-12-2020 05:34 PM
Elok la tu. Dri membazir, baik campak bgy binatang kt zoo makan.

Elok juga klu org yg terlibat dlm penipuan penyeludupan ni kasi sekali binatang kat zoo makan dorang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:05 AM GMT+8 , Processed in 0.070006 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list