Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
12Next
Return to list New
2926
View
24
Reply

Tekanan jiwa melanda hatiku, susah nak keluar KWSP-ku' - Lagu coverosak Azman kini trending di media sosial

[Copy link]

Author: YgBenar    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 4-12-2020 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 5-12-2020 06:53 AM

Tidak dinafikan, sejak pandemik Covid-19 ramai yang terkesan terutamanya golongan B40, M40 dan T40. Ada yang hilang pekerjaan, terpaksa 'direhatkan' sementara dan sekali gus hilang punca pendapatan menyebabkan mereka terpaksa mencari jalan lain untuk menyara kehidupan.

Ada suara yang meminta pihak kerajaan membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengeluarkan wang simpanan dari Akaun 1 bagi mengurangkan beban golongan terjejas. Pada pembentangan Belanjawan 2021 lalu, kerajaan merealisasikan permintaan itu dan sedikit sebanyak melegakan rakyat.

Bagaimanapun, keputusan pihak KWSP mengenakan pelbagai syarat menimbulkan rasa kurang senang golongan berkenaan. Sedangkan bagi mereka, wang simpanan dalam akaun tersebut adalah wang milik mereka dan beranggapan tiada salahnya sekiranya mereka mahu menggunakan wang tersebut tanpa perlunya dikenakan pelbagai syarat ketat.

Baru dimuat naik hari ini, lagu 'coverosak' dari Mohd Nur Azman Naim menerima banyak Like dan komen dari netizen yang bersetuju dengan luahan kekecewaannya itu.

Menggunakan background muzik instrumental Getaran Jiwa nyanyian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Azman dalam mesej ringkasnya berkata, dirinya sudah penat nak bercakap dan menyampaikan kekecewaannya melalui nyanyian lagu coverosak itu di mana harapan pada i-Sinar kini menjadi i-Malap.

"Bila i-Sinar jadi i-Malap. I cuba diam, tapi I tak boleh. I dah penat nak cakap, so I nyanyi," tulisnya pada kapsyen video tersebut.

LIRIK LAGU GETARAN JIWA VERSI 'COVEROSAK' OLEH AZMAN NAIM DENGAN LIRIKAN MATA YANG DEEP

Tekanan jiwa, melanda hatiku

Susah nak keluar, KWSP-ku

Walau itu duit aku

Tetapi banyaknya syarat

Moga dapat dimudahkan

Sedarlah kami wahai han*t



Dan mungkin hilang

Undi di PRU (Pilihan Raya Umum)

Rakyat dah bengang, barulah kau tahu



Andai nak keluar

Tapi banyak syarat

Engkau tiada berjiwa rakyat

Sumber: Azman Naim
IMG_20201204_192037.jpg
IMG_20201204_192429.jpg
IMG_20201204_191821.jpg

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 4-12-2020 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahahah aku pn nak keluar jgk..tp xlayak sedih
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Semalam viral di twitter. Sedap juga di dgr
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Let the pic speaks itself

IMG_20201204_234938.JPG
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2020 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Hanya berlaku di zaman PN-UMNO
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2020 02:21 AM | Show all posts
kimsa-ra replied at 4-12-2020 03:48 PM
Semalam viral di twitter. Sedap juga di dgr

ada satu lagu i cipta sendiri

" Tuhan Sengaja menduga kita "
" Dimanakah kesabaran Manusia "
" Engkau KWSP yang ku sanjungi "
" Lambang Semangat Kita Bekerjaaa"

" pasti engkau terkenangkan"
" peristiwa semalam"
" Saat ku gadaikan harta benda"
" pada onak dan duri asmara"
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2020 02:42 AM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 5-12-2020 02:21 AM
ada satu lagu i cipta sendiri

" Tuhan Sengaja menduga kita "

Terngiang ngiang suara nash.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2020 03:45 AM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 5-12-2020 02:21 AM
ada satu lagu i cipta sendiri

" Tuhan Sengaja menduga kita "

Aku tak baca tapi aju ternyanyi
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2020 03:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Zaman ph jangankan i-sinar, entah2 i-lestari pun tak boleh keluar. Cuma bagi rm30 online saja. Aku nak tergelak masa kat twitter ada la macai2 ph kata kau suka kerajaan pn/bn sebab dapat duit percuma. Tapi bila kerajaan pn umumkan duit online rm50 percuma haritu, tiba2 berdesup geng2 macai ph di twitter berebut2 nak tebus duit rm50 bagi alasan tu duit cukai rakyat hahahaha.  Tapi aku harap kerajaan boleh permudahkan urusan rakyat keluarkan kwsp dan percepatkan masa untuk keluarkan duit kwsp. Dah lama rakyat tunggu nak keluar duit kwsp.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2020 05:44 AM | Show all posts
pyropura replied at 5-12-2020 12:04 AM
Hanya berlaku di zaman PN-UMNO

Yang pasti tak akan berlaku di zaman PH sebab memang bantuan tidak akan diberi sebab PM masa tu akan cakap, cukup2lah bertongkat, jangan harapkan kerajaan bantu semua. Cukuplah bantuan RM 30 hinggek tu. Alhamdulillah, PH dan tersungkur.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2020 07:22 AM | Show all posts
hihi not bad. KWSP harap faham bahasa ea...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2020 11:04 AM | Show all posts
Edited by renko at 5-12-2020 11:05 AM
Itzy replied at 5-12-2020 03:45 AM
Zaman ph jangankan i-sinar, entah2 i-lestari pun tak boleh keluar. Cuma bagi rm30 online saja. Aku n ...

bukan sama je ke dua2 cacai ph pn sume tu
masa rm30 bising sal data peribadi la data mengundi la apa la
masa rm50 sume matikan diri daftar senyap2 g tebus lupa da pasal data peribadi
baik cacai ph n pn
hahahahaha kalau zaman ph dia bagi i-nasihat je
kerja rajin2 jangan malas katanya
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2020 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedap suaranya
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2020 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Masuk je lirik
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2020 02:41 PM | Show all posts
haha.. kelakarlah lagu
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2020 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Opkos ler byk syarat2 ... duit modal nak pusing2 kot
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2020 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ResellerMaxis at 5-12-2020 03:17 PM
Itzy replied at 5-12-2020 03:45 AM
Zaman ph jangankan i-sinar, entah2 i-lestari pun tak boleh keluar. Cuma bagi rm30 online saja. Aku n ...


Zaman ph ewallet rm 30 tu untuk galakkan pengunaan ewallet. Terbukti ianya langkah bijak. Malahan kerajaan pn ikut langkah sama. Cuma dinaikkan lebih rm 50.

Brim di zaman bn diteruskan oleh ph dan ditukar nama kepada bantuan sara hidup.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2020 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Syarat untuk keluarkan kwsp mmg mcm x ikhlas.... pimpinan muhyidin ni mmg failed
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2020 04:56 PM | Show all posts
expresi muka heols , kena sgt dgn lagu
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2020 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
....best lagu ni.....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list